Bicara Bumbung
Rezeki.
Sabtu, Januari 23, 2016 | 7:36 PG | 0 comments
Sabtu petang biasanya ada pasar malam kat Tanjung Malim ni. Kawan-kawan dok mengajak, saya follow je. Petang-petang ni elok keluar rumah ambil angin dan cuci mata. Bagi segar sikit kepala =)

The thing is, saya TERbeli macam-macam kat supermarket sebelum ke pasar malam tu. Beli biskut dengan susu- barang cemeleh (macam remeh temeh untuk kudapan ringan camtu). Sampai rm30 :( Sangat banyak ok untuk satu hari perbelanjaan makan sahaja dah macam tu. Ni belum membeli di pasar malam lagi.

Saya pelajar universiti dan saya harus berjimat cermat :( Sebenarnya terpengaruh dengan kawan jugak yang sangat berkira-kira dalam membeli belah. Dia siap buat listing dan kira bajet untuk pergi pasar malam. Sangat berdisiplin ok?

Al-implikasinya, saya hanya beli buah jambu batu 1 kilo dan air cincau. Rasional beli buah atas dasar kesihatan. Dah lama kot tak makan buah :( Kesian perut tak ada vitamin.

(dah kenapa banyak smiley :( )

Dan malam ni plan nak makan biskut cicah susu je (harap2 kenyang), tup tup lepas maghrib housemate kasi lebihan murtabak. Pastu nasi goreng pun ada lebih tinggal panaskan je. Malah boleh share dua orang =)

Tu namanya rezeki tak disangka-sangka.
Malam ni kenyang alhamdulillah.

-------- photo pic004demoji_18910958decoojp_zpst3ql6sj7.gif---------

Dan tiba-tiba je teringat,
Sem lepas masa study week ada ajak ummi jalan-jalan. Sebab terpengaruh isu kat majalan genQ tajuk backpacking. Lama weh tak melancong. Ummi hanya jawab 'inshaAllah'.

Cuti sem memang tak ke mana sebab sesi persekolahan masih berjalan. Then it's okay lah.

Tiba-tiba masa cuti mid sem haritu, Allah bagi peluang kami jejakkan kaki di Mekah dan Madinah. Lagi sekali, rezeki yang tidak disangka-sangka.

Terimakasih Allah atas segala nikmat.

=)

Kawan2, jom amalkan solat dhuha. Sebab Allah kan Al-Razzaq; yang maha memberi rezeki.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha