Bicara Bumbung
People comes and go
Jumaat, November 06, 2015 | 1:37 PG | 0 comments
For this holiday sem, I left this ;


[aman. adam. (unknown). oby. farish. ammar. adam haris. haziq. iman. fahim. irsyad]


Apa punya cikgu (punya pembantu), tak ingat nama anak murid. Well, saya memang ada masalah nak ingat nama orang tapi muka inshaAllah boleh. Dan selalunya cikgu ingat anak murid yang banyak cakap dan banyak perangai haha #faktatentangcikgu 


Cerita tentang mereka;

Adam - budak hyperrr. Sangat. Balik-balik nama dia lah kena panggil. Berlari sana sini, kacau kawan, buat kawan nangis itu la dia. The bright side of him is dia cepat buat kerja dan suka tolong cikgu walaupun tak disuruh. Pastu adam kalau cakap memang mengalahkan orang dewasa. 

Satu masa tu si Farish kawan Adam ni termenung depan pintu. Si Adam ni pelik la kawan sepermainan dia tiba-tiba je diam padahal si Farish pun sekepala jugak -tak boleh duduk diam. Senang kata kawan gaduh la.

"Hei kawan, apasal diam je ni? Awak ada masalah ke? *sambil merangkul bahu si Farish
Saya pandang dengan penuh minat dan mulut tahan gelak.
"Takde pape ah" Hambar Farish menjawab.
"Kenapa ni cakap la hidup kena gembira blabla" Adam tunjuk bakat motivasi dia.
"Tengok burung tu ha..." Tak sempat Farish cerita si Adam dah potong.
"Burung tu biar la dia akan terbang. Kita ni blabla" Saya tak sempat nak rakam dialog diorang.

Then, ni citer cikgu lain. Cikgu tu macam hela nafas jap kat dapur. Tetiba Adam yang ada kat belakang cikgu menyampuk.
"Duduk dulu la cikgu minum-minum. Sekarang memang musim. Ummi saya pesan minum air banyak-banyak"


#faktabebudak Kita suruh diam sekali je, tapi bising diorang berkali-kali. Harapan nak tengok diorang diam menikus tu bila kena marah -tu pun dengan cikgu yang betul-betul garang. Tapiii kids being kids, cikgu tu senyap atau hilang kejap, maka bising la kembali seperti lebah berterbangan.

So satu cara untuk caught attention adalah; kita buat aktiviti dengan diorang. Antara caranya adalah zikir berjemaah dan story-telling. Nanti sem berapatah saya bakal ambil subjek Teknik Bercerita.




#amdoing; Jaga periksa bebudak yang belum periksa kat luar kelas. Kadang-kadang hari panas feh mashaAllah, adakalanya hari mendung angin bertiup malu-malu kucing.


This one kid named Irsyad. Age 4. Apa yang saya pernah nampak dia buat ialah angguk geleng dan mata memaku (sepanjang saya jaga dia la hehe) oh dan juga menangis. Seorang kanak-kanak yang well-mannered takpernah buat nakal hoho. Cikgu-cikgu ibaratkan pipi dia seperti pau! keh keh



Ini Hasnol Haris. Maaf ye dik gambar agak tak senonoh haha lobang hidungmu tetap menjadi pojaan. Kanak-kanak yang aktif. Sementara tunggu masuk sekolah/nak balik, dia antara budak yang main kejar-kejar pastu gelak ketawa. Pastu Hasnol ni suka bercerita. Dia pergi dapur nak minum air je pun, dia boleh cerita pasal dia buat apa semalam kat saya. Kalau kita cakap, mata dia tak ke kita tau. Tapi mata dia melilau macam fikir benda lain haha cari stok cerita I guess.


Favourite place diorang haha suka benar main kat sini.
Waktu ni periksa - ada 2 sesi which 2 group berganti-ganti periksa. Yelah kelas tak besar.
Alhamdulillah la ada orang jaga diorang yang tunggu turn ni -if not memang tak terkawal laa adeh.




Salehuddin. Orang yang soleh. Hihi saya kalau panggil dia sebut sekali dengan makna dia biar jadi doa. Suara dia alahai punya la halus pastu kan waktu dia cium tangan cikgu mulut dia muncung kemain ;p


Video diorang ni saya upload di insta mungkin tengok lah faktor kerajinan edit ;P Mentang-mentang sekarang ada apps VivaVideo heh heh.



Farewell, warga PASTI Taman Scientex 12.
People comes and go. May we get benefit from each other.

Orang datang dan pergi. Ianya bukan mengenai perpisahan, tapi seberapa banyak kita memberi manfaat dan menghargai setiap detik bersama.


Gonna ________ all of them. 
Kalau terer cuba teker.

Sem 2 aku datangggggggggggggg! New chapter begin oyeah. 


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha