Bicara Bumbung
Bagaimana aku(boleh) menjadi guru?
Jumaat, Mei 08, 2015 | 10:00 PTG | 0 comments
... (pst, yang tidak ditauliahkan)


Siapa sangka lepas habih STAM, kitorang dipertanggungjawabkan untuk ( photo 1z.gif) handle satu kem akhir tahun untuk adiks-adiks junior. Majlis makan-makan kecik akhirnya bertukar tragik dan dramatis apabila ianya berakhir dengan perbincangan awal fasal kem tu.

Bak kata MiraBat masa post-mortem; "Oh ini rupanya jamuan kita!" -Hahaha.

Siapa sangka awal tahun 2015 yang penuh dengan mimpi-mimpi kaca kelepakan dan ke-enjoyan (dah pegang title lepasan sekolah der) jatuh bersepai. Kah!

( photo 2z.gif) Kitorang (kena) buat game explorace untuk riadah bebudak ni masa minggu orientasi diorang. Walaupun kelam kabut sebab yelah seminggu je kot masa diberi, walaupun berlaku kacau bilau ketika explorace dijalankan, walaupun tetiba fasi dia blur (aku....T_T), boleh tak barang yang lepas jangan dikenang wakaka.

Apapun, may Allah bless.. semua kerja kita =)


Nak dijadikan cerita, aku selamat diijabkabulkan diberi amanah untuk menjadi tenaga pengajar oleh ustaz aku yang kini merangkap boss aku, pada 20Januari yang lepas. Mulanya ustaz cuma cakap nak mintak tolong. Rupa-rupanya pertolongan yang berbentuk 'mengajar dalam kelas'. Aku sebenarnya acah paksa rela juga menerima tawaran tu........pada masa tu la.



 photo blockquote.gifSo, apakah persediaan yang telah aku buat untuk menghadapi cabaran sebagai seorang guru?


 photo pastel1.gif GOOGLING

Aku search 'cara mengawal kelas'. Maka terjumpa dan terjatuh cinta la aku pada blog Ustazah Siti Khadijah ni yang dikenali sebagai USK. USK ni seorang guru Quran yang menggunakan teknik-teknik Nabi dalam pengajaran beliau. So, nak tahu lebih lanjut? Go read her blog!

Aku siap khatam weh baca dan touching sebab ustazah ada citer pengakhiran anak-anak murid kelasnya cemana. Daripada dia tak boleh, lemah semnagat dan begitu begini, kepada boleh, yakin diri dan begitu begini. Ustazah siap screenshot result akhir tahun kelas 5 Ali tu. Masa ustazah tu nak pindah, anak-anak murid dia sedih dan macam berat nak melepaskan ustazah tu. Taching kan...taching la. Ikuti kisahnya di sini >> KLIK

Aku cuba apply pelbagai teknik dalam blog USK tu. Alhamdulillah, aku sendiri dapat rasa yang teknik-teknik tu menyenangkan hati aku sebagai seorang cikgu, dan jugak murid. Tapi aku perasan yang semua teknik tu semacam tak berkesan pada sesetengah murid dan keadaan. Sebab aku pun sendiri pun rasa ada budak yang tak makan saman dengan teknik tu huahua. So, kena cari teknik lain lagi ni.


 photo pastel2.gif READING BOOK(S)

Antara buku pilihan aku adalah; *drumroll*


How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk

Jatuh cinta pandang pertama seh pandang buku ni sekali. Pandang dua kali rasa nak memilikinya. Cewah. Bahasanya mudah difahami dan santai. Setiap akhir bab nanti ada satu nota rumusan. Selain tu, ada juga surat-surat pembaca beserta jawapan penulis. Yang paling best, diorang ada sertakan contoh dialog yang menggunakan semua teknik. I personally recommend you this book especially parents, teachers and the one who are into human science.


Lepas baca buku ni, kita akan faham kenapa kita marah budak selama ni macam tak beri kesan padahal pada hemat kita, kita macam dah mengajar mereka.


 photo pastel3.gif EXPERIENCES


Aku juga mengambil inisiatif untuk mencedok pengalaman guru-guru di sekolah tu hihihi. Sampaikan aku plan nak masuk kelas dan tengok guru tu mengajar. Tu agak luar tabiat ye kawan-kawan haha patut la diorang pakat menolak. Yelah siapa tak segan orang nak tengok cara kita mengajar?

Aku juga belajar daripada pengalaman. Setiap kali habis kelas, ada je benda aku belajar daripada diorang. Sesungguhnya mengajar ini juga satu pelajaran untuk aku.



 photo icon_arrow_sm-1.gif APA YANG AKU DAPAT SEPANJANG PENGALAMAN MENJADI SEORANG GURU...

Guru ni rupanya kena ada 2 sifat dominan;

 photo 20080605_470165.gif TEGAS + BERDISIPLIN
 photo 684b6812f5620fcd8e0d1f0c2ae560d4-1.gif PENYAYANG + PRIHATIN

Kedua-dua elemen sifat ini harus diseimbangkan. Ya, seperti kita balance-kan antara clutch dengan minyak. HAHAH sangat banyak aku belajar pasal balancing daripada kelas memandu kereta.

As for me, aku menunjukkan ketegasan+disiplin semasa di dalam kelas dan dalam perkara yang melibatkan arahan. So that budak-budak tu tahu aku sangat tegas dalam memastikan kerja diorang siap seiring dengan arahan aku. Tegas dan berdisiplin tak bermakna kita kena garang dan bersuara kuat ya. Kita boleh apply teknik mendorong, memuji dan memberi pilihan dsb untuk memastikan pelajar kita dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam kelas. Untuk kes-kes seperti bergaduh, mengadu, tidur dsb, ha kita ada teknik lain pulak. Phewh *kesat peluh*


Di luar kelas barulah kita sebagai guru menunjukkan sifat penyayang+prihatin tu kepada anak murid. Sebagai contohnya, kami mengamalkan senyum&salam ketika bertemu. Aku percaya dengan ini boleh mengikat hati antara guru dan anak murid. Bila hati sudah terikat, guru tiada masalah yang besar untuk memastikan pelajarnya mengikut arahan.




Budak-budak ni permata. Permata ni la yang guru kena gilap supaya bercahaya. Kalau permata ni berhabuk atau retak, guru adalah insan yang kena muhasabah kembali.


Aku pernah ada cita-cita untuk taknak menjadi guru. TAKNAK. Siryes. Hamek, last-last jatuh hati dengan  profesion guru. Firman Allah,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


 photo bullet4.gif HUSNA, AWAK AJAR BUDAK MANA NI DAN AJAR SUBJEK APA?


Sebenarnya, aku mengajar pelajar jurusan Tahfiz; yang hafal Quran tu. Diorang ni ada belajar akademik setiap minggu. Diorang ada 4 kelas mengikut tahap; Tahun1, Tahun2&3, Tahap2(tahun 4,5,6) dan Tahap3(Menengah).

So yieh Alhamdulillah syukur, secara tak langsung aku belajar mengenai manusia daripada yang kecik molek 7 tahun sampai la yang dah besar-besar ni. Pelbagai ragam, pelbagai keletah, pelbagai latar belakang.


Pada 3 bulan pertama, setiap kali lepas kelas je rasa nak nangis hahaha dan lenguh badan. Aku macam nak give up layan bebudak ni dari yang kecik (yelah budak hyper gitu), sampai la yang besar (sebab silibus tinggi). Apapun semua tu ngajar aku jadi manusia.


Sekarang; aku sedang menunggu jawapan IPG. Doakan aku yeh dapat buat pilihan yang tepat sebab aku dapat tawaran UPSI jugak; dalam kos pendidikan awal kanak-kanak.


Picture by HzmWhb


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha