Bicara Bumbung
"I have an interview."
Jumaat, April 24, 2015 | 9:53 PG | 4 comments
Assalamualaikum korang.

Untuk pengetahuan korang, aku ni telah menamatkan zaman sekolah aku pada tahun lepas. So lepas habis sekolah dan tunggu tawaran sambung belajar ni sinonim pulak dengan interview. Bulan lepas aku experienced interview dQ dan ditakdirkan aku tak tersenarai untuk masuk dQ. Pedih jugak mula-mula tapi hidup kena diteruskan. We have to move on. Benda ni memang ajar aku untuk accept the fact that yang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Haha selama ni memang tahu dah teori tu, feh sekarang baru praktikal dia.

Yeah, aku jugak ada buat permohonan ke IPG atas saranan pakcik aku yang jugak seorang pensyarah. Boleh kata IPG ni sebenarnya tak masuk langsung dalam plan aku. Nak kata last choice pun tak boleh jugak sebab dah memang tak tersenarai. Aku hanya mohon atas dasar suka dan ambil pengalaman.

Peh masyaAllah, aku dipanggil untuk ujian bertulis dan ujian kecergasan bulan lepas. Ujian ni adalah saringan untuk menentukan kita ni layak atau tak untuk dapat temuduga.Then dah pass temuduga baru la dikira berjaya masuk IPG. And say hi to the new teacher. Kihkih

Guess what, aku dapat panggilan untuk temuduga tu untuk bidang bimbingan dan kaunseling (first choice aku muehehe). Orang kata bidang ni tak ramai yang mintak tu yang senang dapat. Ada junior (named izzah) ngan sepupu (called kakcik) aku mohon jugak tapi rezeki diorang kat tempat lain; diorang mohon bahasa arab memang banyak saingan la. Alhamdulillah sujud syukur weh kalau tak syukur taktau la.


Waa, interview tu kan dia merangkumi aspek;
 photo 1z.gif. Isu semasa pendidikan
 photo 2z.gif. Komunikasi
 photo 3z.gif. Bidang dipohon
 photo pastel4-1.gif. Sahsiah dan kepimpinan

Aku tengah menaip pun tangan bergegar ni. (menggeletar ye sebenarnya anak-anak haha aku suka pakai bergegar sebab best bunyi)

OK, fasal isu semasa pendidikan; apakah, aku dah la tak cakna dengan current issue, tengok berita memang tak lew. So next plan apa lagi, search google hohoho. Aku call cikDiah; makcik aku merangkap pensyarah kat IPG Batu Pahat ni bagitau, nanti dia akan kasi kita tengok satu video dan kaitkan dengan pendidikan. Video tu bukan fasal pendidikan, dia video biasa je maybe cerita tapi kita kena link dengan pendidikan. Arasso? Nanti ada interview berkumpulan, kena bincangkan satu tajuk la kot. Kita kena pandai-pandai la masuk dalam perbincangan tu. Jangan monopoli sangat, and hey come on don't be shy. Join our interesting conversation. Katanyew.

Fasal bidang dipohon pulak; aku takda la buat kajian mendalam tentang kaunseling, tapi aku ada baca buku 'How To Talk So Children Will Listen, and Listen So That Children Will Talk'. Boleh kata ianya menambah pengetahuan aku dalam bidang ni. It's a good book and worth la :) Seronok baca buku tu sebab ada contoh conversation, experience and testimony. Yet it is so inspiring i tell ya!

buku bagus camni jangan terkujat la tengok harga dia yelah buku import pulak tu.
ada la around 50rm.


NEXT; 

Youtube-ing tips interview. Life sikit kan daripada baca. Nah. Dua video ni paling detail dan kemas dia punya presentation. Satu formal, satu lagi lawak sikittt.






Pst, sesapa yang yang dapat IPG tu meh la habaq mai. Lagi-lagi yang interview JB; boleh hello-hello kat sana. For those yang nak interview tu, I am wishing you goodluck and all the best. Semuanya daripada Allah, dan kepada Dia la kita minta pertolongan. Sape yang pernah ada pengalaman interview dan ada extra tips, moh share la sikit.

Doakan untuk saya jugak; agar dipermudahkan and get blessing from Him.
The Talentime
Khamis, April 23, 2015 | 10:36 PG | 0 comments
Hi guys. It's already 1:14 a.m and I'm writing..geez.


Ada sesiapa tak kat sini pernah dengar lagu Kau Pergi- Aizat Amdan?
Ataupun I Go (english version je)
Ok, dah tangkap leleh??

You should try watch this film then. Arahan arwah Jasmin Ahmad.





Pelbagai watak. Pelbagai background. Pelbagai isu diketengahkan. Pelbagai emosi.

Haha tu my point of view la.
Eventouugh saya tahu filem ni takda menerap unsur agama...
but after watching this, I just feel I want to be better. Kemanusiaan.

Part paling kelakar; kakak & uncle Ganesh borak satu apa saya tak faham. Dah habis gelak satu scene tu baru tahu ada translation kat youtube ni.

Part touching; mak Melur tahan mak Manesh daripada pukul Manesh. dan, kawan Cina yang akhirnya dipanggil bestfriend join Hafiz punya performance main 'erhu' (kot). Dah la bunyi music benda tu memang peranan dalam lagu tu.

Part sentap; Datin Kosong dok sibuk tanya fasal MeiLing "eh you tak takut ke dia pegang apa-apa lepastu dia masak untuk you?" konon macam sinis kat non-muslim sebab diorang take non-halal -- Last-last, "datin dah solat??" - "eheh saya lupa pulak bawak telekung saya". Then, rupanya MeiLing tu Islam.

Part comel; tengok happy family Melur. dan cara Hafiz treat his mother.

Part illegal; lovey dovey tu a.k.a monkey love. Hehe monkey manesh.

Part tanda soal; Kenapa doctor tu emo semacam?
Saya tak faham part Hafiz kata probability/kemungkinan jawapan betul dengan dadu tu 100%. Pastu fasal judi. Tak paham!

Dan dan dan, kalau awak dah tengok filem ni bagilah tahu saya ye! Saya macam perlukan seseorang untuk kongsi rasa dan pendapat tentang filem ni.

Oklah, baba suruh tidur sejam yang lalu rasanya. Keh.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha