Bicara Bumbung
Cerita jatuh.
Ahad, Februari 15, 2015 | 12:27 PG | 2 comments
Assalamualaikum dan HAI! Saya kembali menaip di sini dan inshaAllah akan publish post setelah beberapa kali asyik draft je hak hak. Doalah kak una ko ni bisa menaip sampai penghujung cerita dan post entri ni ye. Amin.

Harini terasa nak mengetengahkan topik JATUH sebab bila saya buat throwback balik saya memang ada banyak kenangan jatuh bila waktu kecik. Nak kata saya nakal entah la sebab tak pernah ada rekod disiplin kat sekolah tapi nakal dari segi banyak gerak ye kut mwahaha. Saya ni boleh kata menggelitis. Apa itu menggelitis? Menggelitis ni sinonimnya tak reti duduk diam. Dan sifat ini terjadi bila dekat rumah, ataupun bersama dengan orang yang saya selesa dan kenal lama. Kalau dengan stranger, amboi kaku seperti patung bernyawa.


 photo 1z.gif. JATUH BASIKAL




Adat la kan kalau namanya first time menunggang, mesti la ada adagen jatuh terjadi. Nak belok sebenarnya tapi terlanggar bonggol so basikal tak balance maka jatuh hasilnya haha. Takpun, dah tekan brek tapi basikal pulak tinggi so kedua kakiku tak sampai nak menongkat, jatuh la dengan basikal secara berjemaah. Kita dihempap basikal huahua. 

 Kalau tak jatuh, tak namanya belajar ok anak-anak? 

Dulu saya memang suka ah main basikal ni. Sehinggakan malam pun menunggang. Ala round satu baris taman tu je takde pergi jauh pun. Kalau petang rajin sikit round jauh-jauh. Tak cukup pakcik sedang menyiram pokok disapa "Eveningg uncle!", anjing pun saya beramah mesra. Sebab anjing ni pemalu ah saya berani tegur. Kalau dia serang balik takda makna saya nak say-hye kepada dia.


 photo 2z.gif. JATUH KOLAM

Ni kalau diingat balik memang mengundang sengih sendiri. Bhahaha. Kat rumah kami masa tu ada la sebuah kolam kecik; ni tempat tinggal ikan sebenarnya tapi bila ikan pun dah demand nak tinggal kat darat (diorang main lawan-lawan lompat luar kolam --'), so kami mengalah je la. Ha nak tinggal di darat sangat kan, meh kami kuburkan sekali hek hek.

Ummi sedang menyidai baju waktu tu; waktu malam. Waktu terpasang tv siar berita. Saya pulak memang rajin teman ummi sambil bermain-main kat halaman. Sehingga la satu tahap, saya mengelilingi kolam. Tepi kolam tu ada la border kayu kan, saya pi tawaf kat situ.


Tawaf punya tawaf, saya jatuh ke dalam kolam dek lantai yang licin. Jatuh pulak tak silap kebelakang. -__________-



 photo 3z.gif. JATUH DIHEMPAP ICEBOX

Saya nak capai apentah kat bahagian atas petisejuk tu. Disebabkan ketinggian tak mengizinkan tangan saya capai bendealah itu, maka saya gunakan kaki untuk memanjat peti sejuk (icebox tu dalam keadaan terbukak) Atas icebox tu pulak ada susunan pinggan, peh maka apa lagi.. saya jatuh dengan icebox senget sebelah dan pinggan jatuh bertaburan.

Yang saya ingat, ibu jari kaki saya la berlumuran darah. Habis satu rumah riuh dengan teriakan saya. Duk depan pintu toilet, baba siramkan air sejuk. Peh darah melimpah ruah. Still, masih segar dalam ingatan =)

Pergi sekolah dengan jari senget hek hek.

Pastu saya macam perasan, ada lagi accident yang melibatkan ibu jari kaki. Tapi ni bukan fasal jatuh la.

Baba memang suka beli kereta control dulu. Petang-petang ajak kitorang main depan rumah. Waktu tu excited first time pegang remote control dia hihihi. Main punya main, lepas straight belok kiri kanan dan gostan. Tetiba kereta tu langgar saya (punya kaki, sebetulnya kat jari kaki). OK bukan langgar sangat lah -__- Saya yang control kereta tu ke arah kaki saya dan melanggarnya.

Time boleh pulak cakap "Adoi" je sambil sesengih, dan teruskan permainan hakhak. Walhal tak sedar jari kaki dah dicalit darah sekepuk. Besar jugak ah. Kulit jari tu macam terkopek. Eee ngeri bila ingat. Dah siap main baru perasan darah tu dan seterusnya menjerit.




Ini sebahagian cerita jatuh saya semasa 'husna junior'.

Semasa 'husna senior', ada kisah jatuhnya tersendiri.

Baru-baru ini, Januari yang lalu.

Ramai yang dah maklum pun kot akan status saya sebagai pelajar STAM. Well, result STAM telah pun keluar 28 Januari yang lalu.

Alhamdulillah, saya direzekikan Tuhan untuk gagal dalam STAM. Saya tak layak dapat sijil STAM. Sebab satu subjek kantoi. STAM ni stail dia satu subjek fail so dikira fail terus; tak dapat sijil. Ini rezeki saya. Subjek lain syukur cantik dah (lulus), cuma satu aje yang kantoi.

Semasa result tu mendarat di tangan, mata meliar ke sekitar kertas tu, dan sengih hambar.

"Ummiii, rosib la" (rosib = gagal)

"INI UJIAN" - kata ummi dengan suara yang dibuat-buat seperti kartun. Nak menjentik hati anaknya kot mih mih.

Mata tak terasa nak merembeskan air mata. Tekak tak terasa nak melepaskan teriakan, sepertimana jatuhnya saya semasa kecik dulu.

Peluk kawan sebelah. Ini rezeki kita berdua. Say thanks to each other, thanks for all da memories.

Oncall dengan baba;
"TAKPE LA, takde rezeki. So apa plan..?"
blahblahblah

Ustaz Hamidon kata;
"Banyakkan istighfar. Tak perlu salahkan diri sendiri, ataupun orang lain. Terima dengan hati yang terbukan dan ini juga rezeki daripada Allah. (sejak ni la baru sedar yaa ini juga rezeki)

Pesan ustazah Syikin;
"Apapun rezeki kita, kita kena percaya yang Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Dengan result tu, ada la tu Allah nak hantar kita ke tempat yang Allah tahu sesuai dengan kita"


TERIMA KASIH + MAAF semuaaa. Semuaaaa lah. Alhikmahnya dengan kegagalan ini, kita boleh tahu siapa yang kekal menjadi penyokong kita saat kita jatuh.



Apapun, hidup kena diteruskan. Tak gitu?

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, berjaya sekali pun bukan bermakna berjaya selamanya.


KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,
BUKAN KEJAYAAN.
- Mahatma Gandhi.


Okay adik-adik, kemon and wake up! 



Alfatihah kepada Tok Guru kita. Syurga menantimu wahai murabbi.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha