Bicara Bumbung
Berjemaah.
Rabu, November 19, 2014 | 7:46 PG | 0 comments


Makan rasa lebih sedap bila makan berjemaah. Setuju?

Ye ah, sambil makan tu kita boleh tambah perencah taaruf. Sambil menyuap tu kita boleh tambah ilmu. Sambil tangan gaul lauk dengan nasi tu boleh tahu hal semasa. Tangan tengah cubit isi ikan tu kita boleh bergelak bermesra menjalin magnet ukhuwah. Aiwah!

So, lepasni boleh la ringankan tangan belanja kawan makan sama demi mendapat ganjaran hebat itu!


Wonderpets guna, "APA YANG PENTING?" -- "KERJASAMA"
Boleh imagine hehaiwan comel dan suara kecik diorang tu. Takder masalah punya haha.


Budak dQ pulak pakai, "APA YANG PENTING?" -- "KEBERKATAN"



Hm izinkan saya gunakan tagline ini please?

"APA YANG PENTING?" -- "BERJEMAAH!"

Mihmihmih.

Esok last sekolah. Kitorang ni nama je dah habis ekzem tapi setia je datang sekolah saban hari. Ada je keje yang menanti daripada para asatizah. Tawaran tak pernah putus (ayat artis kauu) Alhamdulillah. Paksa diri untuk syukurrr, walaupun kekadang ada je terselit rasa lelah dan penat. Bak kata ustazah Wani, "Barangsiapa tidak disibukkan dengan kebaikan maka dia akan disibukkan dengan keburukan"


Woh, betapa lama rasanya tak buat perangai online memalam duk depan laptop untuk bebelzz update blog.
Sama tapi tak serupa
Selasa, November 18, 2014 | 5:00 PG | 1 comments
Perkataan 'datang' dengan 'hadir'.

Sama dari segi makna bahasa. Sejenis perbuatan yang melibatkan pergerakan makhluk bernyawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Tu definisi seorang pelajar STAM la. Heh heh. Bagaimana dengan definisi anda?

Jap, aku check kamus dewan edisi keempat.


datang 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat)
hadir ada, ada datang
Eh sekali pandang macam sama je kan makna dia. Mari kita lihat contoh ayat di bawah untuk membuktikan dua perkataan ni tak sama.

Contoh ayat:

 photo 1z.gif. Situasi orang ketuk pintu rumah;

DATANG :"Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh! Kami datang nak beraya ni!" kata segerombolan kekanak kecil di pagi raya ketika kita sedang mengunyah biskut samprit.

HADIR : "Assalamualaikum. Kami hadir ni ada hajat, nak memetik bunga di taman syurga ni. "

Aiwah sopan santun makbapak sape laaa ni. Monolog hati mak jemah dan pak awang.

 photo 2z.gif. Situasi orang nak post tweet. Of kos la kat twitter. Takkan frenster pulak kan.

HADIR : Mana mungkin aku lupakan dikau; yang pernah hadir dalam hidupku. TWEET!


Cer kalian tukar perkataan hadir tu dengan perkataan datang.
Macam kelakarrr je.


Perasan tak, perkataan hadir tu bila diguna pakai automatik rasa sopan jaa ayat tu.
Cuma nak bagitahu satu fakta, hadir tu asalnya daripada perkataan Arab. Ahaha!


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha