Bicara Bumbung
Resipi sepetang bersama saya.
Jumaat, September 19, 2014 | 8:56 PG | 0 comments
Waktu tu baru bangun daripada nap. Dalam keadaan mamai sememeh, saya turun bawah dalam keadaan lapar banget. Macam tak makan selama 6458 saat. Sekarang ni memang agak perasan perut selalu mogok lapar padahal beta dah bersantap nasi goreng time sarapan. Baru perasan diri sendiri ni jenis kena makan kerap tapi dalam kuantiti sikit.

Ok takyah nak berbelok sangat dah la takde lesen kang terbabas di divider. Bhaha. 

Ha terus saya teringat resipi mendealah ni kat majalah iSihat. Medulla oblongata terus naik atas dan menyambar majalah pink covered itu yang terpampang budak kecik dalam isu 'Untunglaaa tinggi'. Haha ok saya tak ingat exactly tajuk isu dia tapi memang pasal tinggi. Sebab tu saya beli. Kwang kwang.  Ada masa nanti kita bertukar citer pasal ketinggian pulak. Bukan meninggi diri tau! Isk isk tak soleh tu sedara.

Terdetik jugak kat usus, ehh apesal tetiba rajin nih nak memasak? Soalan yang skema jawapan dia sangat abstrak. Takde kajian yang boleh jadi bukti kepada sifat rajin yang tetiba ni. Tapi kalau ada moh ler bagitau saya.

Nama resipi ni; PUDING ROTI iSihat. U nak sihat moh ler cuba puding ni.


All you need is; tadaaaaa. 


Susu segar | Telur ayam | Oat | Tepung gandum | Roti 7 keping | Kismis | Gula kastor

(ni bahan-bahan asal tapi saya adjust sikit mengikut bajet isi dapur ummi saya)




Saya guna ni,

Susu kambing 600ml
Telur ayam 8 biji
Nestum madu
Tepung gandum 50g
Roti wheatmeal berbijan
Kismis
Gula perang blender
Saya jugak menjemput yogurt kranberi masuk dalam puding roti saya


Prosedur;

1. Pukul telur sehingga kembang. Bukan pukul dengan kekerasan ye. Ini penting bagi mengelakkan telur berketul. Pukulan boleh guna garfu atau pemukul telur. Pemukul lalat diminta letak jauh-jauh.

2. Satukan hati telur bersama susu segar dalam satu bekas kasih sayang. Godak jangan tak godak guna sudu.

3. Masukkan tepung, nestum/oat dan gula kastor dalam bekas penyatuan telur dan susu tadi.



Godak guna sudu lagi ye adik-adik. 
Kalau kalian berhati halus, nestum tu boleh blender.
Dah siap? OK boleh ketepikan dia jap.


4. Sediakan satu loyang. Tak kesah la hok bulat ke berpetak ke janji loyang aluminium. Sebab jakgi kita nak bakar dalam oven. Tak boleh pakai pinggan kaca, plastik mahupun mozek.

5. Susun roti atas loyang dengan susunan-sesuka-limpamu.


Jangan lupa taburkan kismis! Buahan kering pun boleh. Macam aprikot, kiwi kering, mangga kering.


Simbahan yogurt kranberi. Waha dah nampak kelemakan berkrim di situ.


6. Curahkan adunan yang pertamaaa tadi ke atas loyang.


Kolaman puding roti. OK bersiap untuk mandi sauna!



Letak air bawah tu sebab kat resipi tulis ketuhar stim. Saya pun mengalami kekeliruan, eh eh nak stim ke bakor ni? Hah terus amik tindakan drastik buat je laaa dua-dua sekaligus.


TARA!



Nampak jer macam crunchy, tapi kata orang UK don't judge a book by it's cover. Dalam dia lembuuut je rasa cam tak masak pun ada haha tapi tekak boleh ja telan. Cuma tak puas makan sebab sebenarnya perut lapor nasi T____________T Darah jawa mengalir pekat dalam saluran darah ni wahaa.

Ummi cakap sedap. Kejap cakap macam cheesecake, kejap kata seperti kek cendawan. Overdose ngat pujian tu tapi maafkan kuuuu tak cair dengan kata-katamu bagai mimpi di siang hari.
Uma pulak, bila disuap je suapan pertama, muka terus awkward. Seolah-olah mencebik 'NI KATA SEDAP?'. Terus dia melangkah ke rak dapur dan mencapai setin susu cair untuk dijadikan kuah. Hah baru sedap katanyaa la kan.


Am just sharing. Manatahuuuu kalian ada tips-tips mudah nak mensedapkan atau memeriahkan lagi puding roti?

Teringin nak belajor buat nasi goreng Thai. Sedap sangaaaat. Puas la makan sepinggan 6hingget tu. 


Saya akhiri resipi ini dengan satu kata-kata berhikmah, 'nine hands ruin the cook'. Itu pasai laa saya buat mendealah ni sensorang. Padahal......takda siapa yang nak teman. Ummi la teman sambil tanda kertas soalan hihi.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha