Bicara Bumbung
Exam.
Khamis, Ogos 14, 2014 | 9:05 PTG | 0 comments
Nak tahuuu tak, kami calon STAM telah pun selesai tajribi untuk minggu yang pertama. Minggu kedua tu minggu depan lah haha. Bytheway, tajribi tu dalam John Smith punya bahasa bermaksud trial.

Tengok kat U pun, tengah musim ekzem jugak. Tapi diorang panggil mid term. Angkuh sikit laaaaa kan hakhak macam dah besar.

Adat ketika musim macamni, for sure bilik bersepah. Ala ala kandang kangaroo pun ada sekali teropong. Maka tadi saya kemas meja dan susun buku masuk balik dalam cage diorang iaitu rak buku. Ada hormon rajin lagi sikit, kemas sekali side table. Berkepuk ha kertas lama yang patut dibuang. Orang perempuan ni memang ambil masa sikit nak buang barang lama. Ada nilai sentimental la nostalgia la. Ni untuk perempuan yang penyayang dan suka makan je. Kah.

Terpandang sehelai kertas, saya buat conteng. Ler ni contengan masa ekzem lepas! Ekzem mid-year. Sekarang dah tajribi ko. So nak campak hasil contengan tu kat sini je lah.

EXAM MOOD; Baru nampak semua orang pakat pulun study, bawak buku ke hulu hilir. Ada yang dok stress + tension, ada yang dok langguk sajo macam confirm esok masih ada. Tapi yang pasti ekzem ni dia punya pembawaan bukan main-main. Mesti ada kesan a.k.a footprint yang ditinggalkan. Bagi manusia yang masih hidup la.

Berbahagialah dengan exam.
Jadikan exam ni satu pemangkin semangat, atau wake up call kepada diri sendiri atau penampor 130° sebab malas dah lama sangat. Weh ko ni hidup untuk apa?

KALAU takde exam,
Ada kita nak bukak buku lepas balik sekolah?
Ada kita nak cuba faham dengan tanya kawan?
Ada kita nak highlight buku berkaler kaler?
Ada kita bawak sticky note kecik bertulis nota dalam poket?
Ada kita sedar yang selama nii kita takde correction tape? Ye ah baru sibuk nak pinjam kawan sebelah.
Ada kita sedar dah 8 bulan weh ko sekolah?


Banyak benda saya tokok tambah daripada contengan asal. Peace.

Masa tu sebenarnya tension amat dengan minggu exam. Macam angka kosong. Tak fully prepared. Antara asbab dia adalah saya terlibat dengan program hari guru. Lagi satu, alaa sebab diri sendiri kot. Orang lain kalau boleh bangga kalau bikin program sendiri, saya nii rasa macam benda tu nightmare. Haha tapi it's still a nice experience anyway.

Menghafal atas katil sampai tertido, bangun malam ingat nak sambungg study sekali terlepas la tersambung tido la. Haih tu la saya untuk minggu tu. Tak best langsung.

Maka untuk tajribi, I decided to change. Tapi masih menghafal atas katil. Cuma kali ni tak baring, tapi meniarap. Kah. Dont try this at home ye adik adik.

Tapi sebenarnya still rasa tak perform dengan balik laT_____T Siryes taknak tension dah. So saya chill je haha. Pujuk hati sikit yang I have tried my best. Pastu tetiba rasa macam am i spoiling myself much T_____T Nanges jap.

Entah aa. Yang penting taknak fikir dah. And keep focus to next paper. Dah.


Koraaaang yang sedang ekzem, bittaufiq wannajah!! Keindahan ekzem terletak pada usaha kita study, buat discussion and menghafal sebenarnya. SEBENARNYA la.

Masih gunakan kata nama saya dalam blog. Nanti dah capai angka 18 fikir balik nam guna aku ke tak. Ahahaha



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha