Bicara Bumbung
TEKAD.
Jumaat, Julai 18, 2014 | 9:30 PG | 2 comments
Hah boleh la Play lagu Satu Tekad by UNIC sempena penghasilan post yang bertajuk TEKAD ni. Macam biasaa lagu dan nfhusna seakan takleh berpisah. Hahah ada satu perasaan yang unik sebenaunya bila lirik lagu tu macam match je dengan storylife kita. Keee, aku je perasan cemni? Ha ha ha.



Hari ni kami bertiga menjadi mak jaga kat pusat tuisyen sorang ustazah. Sebab ustazah ada hal kat JB, so perlukan khidmat unit amal daripada students kesayangannya lalala. Pusat tuisyen beliau, pusat tuisyen kami gaaaak. (Anak angkat beliau baca ni habih laaa)


Situasinya adalah, saya sedang berimaginasi pasal nak buat ayat untuk karangan Arab, while Syah tengah belek tafsir Quran. Dia dok cari makna ayat Quran yang dibaca oleh sorang budak Myanmar yang dipenjara tu. You'll understand if only you take part in current issue. Hahah bajet koo di situ padahal video tu dapat from wassep. Makhluk laaagi sorang tu dok scroll timeline facebook, citer pasal Gaza la, pasal Tok Guru Nik Aziz la, pasal burger sebelah Maslee la. Takyah bukak tivi ha, wartawatan sedia ada!

Syah tutup tafsir Quran, dan bersuara..

"HUSNA, KITA NAK TEKAD LAA"

Telinga saya ni ada bakat semulajadi yang mampu detect maksud ayat dari segi tona suara wakaka. Wehh ni bunyinya acaca serius dan matang. So haruss bagi perhatian!

"Tekad apa?" Imaginasi saya mengenai kepentingan gotong royong untuk karangan sirna serta merta. Jadik jugak ayat gramatis saya ye.

"Kita nak amek TAHFIZ."

TAHFIZ? Good for you.



"Syaaaaah, kita sama la. Lagi-lagi lepas tengok musabaqah(pertandingan) tu hari. Semangat nak hafal Quran tu ada. Bestnyaaa hafal Quran pastuu faham makna dia"

Dan, darul Quran adalah tempat impian saya untuk menyambung hafalan. Hmm word sambungg cam tak sesuai jaa. Sebab tak start hafal lagi pun. Mohon doakan kami yaaa?

Pastu, kitorang dok borak and exchange info pasal menghafal Quran. Antaranyaaaa;

1. Stick pada 1 Quran untuk menghafal. Bila setia, kita sampai boleh ingat and imagine kedudukan ayat tu kat belah mana. Ala macam manusia jugak, kalau selalu bersamaa tu rasa ngam la. Chemistry gitu.

2. Untuk start menghafal, baca dulu ayat tuu sampai sebati dengan lidah. Selagi macam rasa susah and sangkut, JANGAN berangan nak start hafal. Ulang lahh sampai 10-20 kali pun. Bila dah smooth pada lidah, inshaAllah mudah nak hapai.

3. Jaga adab dengan Quran; seperti mengambil wuduk dan menutup aurat.

4. Ustazah Wani share, dengar MP3 surah semasa tidur boleh membantu. Sebab minda bawah sedar kita 'hidup' je masa kita tidor pun.

5. Hafal ayat Quran tuu, sekali dengan maknanya sekali. Disamping hafal, kita boleh tadabbur(menghayati) sekali arung. Quran kaan panduan hidup, tak ke?


Anyone yang ada pengalaman dalam industri penghafalan ni, meh ler bantu saya, eh kami.

Ummi ada tegur jugak, sungguh keee saya nak hafal Quran nii padahal masa tarawih boleh tershashul-shashul masul ayat Al-Baqarah dalam surah Luqman. Wahaha batal belaka solat sebab adik dok gelak. Pastu kitorang sekali tak tahan tergelak sekali. Epik amaaaat haha.

Allah, tunjukkan aku pilihan yang paliiing baik.
He knows better.

Boleh jadi saya tak mampu, makanya Allah tak izin saya menghafal. Chill ya bebeh, semuanyaa dalam hikmah.

Oraito, kita dah masuk ke fasa ke-3 Ramadan. Buruan Lailatul Qadar bermulaaa! Dah boleh pecut haa ye semua peserta!!
Hah kita dok citer lagi pasal Lailatul qadar. Acam best je acam syok je.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha