Bicara Bumbung
TEKAD.
Jumaat, Julai 18, 2014 | 9:30 PG | 2 comments
Hah boleh la Play lagu Satu Tekad by UNIC sempena penghasilan post yang bertajuk TEKAD ni. Macam biasaa lagu dan nfhusna seakan takleh berpisah. Hahah ada satu perasaan yang unik sebenaunya bila lirik lagu tu macam match je dengan storylife kita. Keee, aku je perasan cemni? Ha ha ha.



Hari ni kami bertiga menjadi mak jaga kat pusat tuisyen sorang ustazah. Sebab ustazah ada hal kat JB, so perlukan khidmat unit amal daripada students kesayangannya lalala. Pusat tuisyen beliau, pusat tuisyen kami gaaaak. (Anak angkat beliau baca ni habih laaa)


Situasinya adalah, saya sedang berimaginasi pasal nak buat ayat untuk karangan Arab, while Syah tengah belek tafsir Quran. Dia dok cari makna ayat Quran yang dibaca oleh sorang budak Myanmar yang dipenjara tu. You'll understand if only you take part in current issue. Hahah bajet koo di situ padahal video tu dapat from wassep. Makhluk laaagi sorang tu dok scroll timeline facebook, citer pasal Gaza la, pasal Tok Guru Nik Aziz la, pasal burger sebelah Maslee la. Takyah bukak tivi ha, wartawatan sedia ada!

Syah tutup tafsir Quran, dan bersuara..

"HUSNA, KITA NAK TEKAD LAA"

Telinga saya ni ada bakat semulajadi yang mampu detect maksud ayat dari segi tona suara wakaka. Wehh ni bunyinya acaca serius dan matang. So haruss bagi perhatian!

"Tekad apa?" Imaginasi saya mengenai kepentingan gotong royong untuk karangan sirna serta merta. Jadik jugak ayat gramatis saya ye.

"Kita nak amek TAHFIZ."

TAHFIZ? Good for you.



"Syaaaaah, kita sama la. Lagi-lagi lepas tengok musabaqah(pertandingan) tu hari. Semangat nak hafal Quran tu ada. Bestnyaaa hafal Quran pastuu faham makna dia"

Dan, darul Quran adalah tempat impian saya untuk menyambung hafalan. Hmm word sambungg cam tak sesuai jaa. Sebab tak start hafal lagi pun. Mohon doakan kami yaaa?

Pastu, kitorang dok borak and exchange info pasal menghafal Quran. Antaranyaaaa;

1. Stick pada 1 Quran untuk menghafal. Bila setia, kita sampai boleh ingat and imagine kedudukan ayat tu kat belah mana. Ala macam manusia jugak, kalau selalu bersamaa tu rasa ngam la. Chemistry gitu.

2. Untuk start menghafal, baca dulu ayat tuu sampai sebati dengan lidah. Selagi macam rasa susah and sangkut, JANGAN berangan nak start hafal. Ulang lahh sampai 10-20 kali pun. Bila dah smooth pada lidah, inshaAllah mudah nak hapai.

3. Jaga adab dengan Quran; seperti mengambil wuduk dan menutup aurat.

4. Ustazah Wani share, dengar MP3 surah semasa tidur boleh membantu. Sebab minda bawah sedar kita 'hidup' je masa kita tidor pun.

5. Hafal ayat Quran tuu, sekali dengan maknanya sekali. Disamping hafal, kita boleh tadabbur(menghayati) sekali arung. Quran kaan panduan hidup, tak ke?


Anyone yang ada pengalaman dalam industri penghafalan ni, meh ler bantu saya, eh kami.

Ummi ada tegur jugak, sungguh keee saya nak hafal Quran nii padahal masa tarawih boleh tershashul-shashul masul ayat Al-Baqarah dalam surah Luqman. Wahaha batal belaka solat sebab adik dok gelak. Pastu kitorang sekali tak tahan tergelak sekali. Epik amaaaat haha.

Allah, tunjukkan aku pilihan yang paliiing baik.
He knows better.

Boleh jadi saya tak mampu, makanya Allah tak izin saya menghafal. Chill ya bebeh, semuanyaa dalam hikmah.

Oraito, kita dah masuk ke fasa ke-3 Ramadan. Buruan Lailatul Qadar bermulaaa! Dah boleh pecut haa ye semua peserta!!
Hah kita dok citer lagi pasal Lailatul qadar. Acam best je acam syok je.
Erti sebuah kemaafan.
Khamis, Julai 10, 2014 | 12:46 PTG | 2 comments
Cuba teka sekarang pukul berapa?
It's already 3:15 a.m! Tak sampai beberapa jam lagi loceng ummi akan berbunyi menandakan ummi akan bangun dan menyiapkan sahur.

Mu bakpe tak lena gi?

Ni hah, kawan saya ajar minum kopi lepas tarawih so that boleh tahan stay up untuk siapkan kerja kursus. Saya selalu kemain awal tidoq lepas terawih terus laloq menuju katil. Haha.

Ok tu status saya sekarang. Panjang benor ko buat muqaddimah. Kita masuk kepada main topic ye.

Tadi petaang lepas balik sekolah, saya dikejutkan dengan satu pengakuan. Pengakuan daripada sorang kawan rapat saya. Imagine thaaat, kitorang kawan since form 1 sampai ler form 5. Istimewanya dia ni kan, sebab dia sangat appreciate diri saya haha lewlz. Kerana diriku begitu berharga~ Sebab saya sedar saya ni feelingless punya orang well I can say la. Tak reti nak express feeling sangat.....kecuali dalam writing. Hah kalau menulis sebat ah saya nak tulih apa haha ikut suka limpa saya la kan.

Kisahnya, kawan saya ni mengaku satu kesalahan dia pada saya. Ala benda tu pun terjadi masa form 1. Cenonet dulu haa yang kalau boleh nak buat nota tu kalerful je haha eh eh sekarng pun ye tak.

Apa dia buat weh?

Atas sebab saya yakin yang reader saya ni berapa ketul je dan kawan sayaa bukan la pembaca blog, saya citer jugak atas dasar untuk sama-sama amek ibrah untuk kisah ni. Tambahan pulak, saya macam yakin saya dah hilang banyak readers. Huahuahua.

Masa form 1 tu, dia la pencuri buku-buku tulis saya. Memang dua tahun pertama sekolah saya mengalami misteri kehilangan buku secara drastik. Memang melampau ah dia punya kehilangan. Penat ja nanges depan classmates lol. Tapi reda je masa tuu saalin balik pinjam kawan punya. Saya pernah je update ni kat post lepas tahun 2010.

Kawan rapat sendiriiiiii peminat buku aku rupanya selama ni? Hehey.

First reaction, yea for sure terkejut ah. Tapi dah dasar feelingless kan pastu dah la lapor, rasaaaa entah takde menda. Wehh dah berzaman kot. PMR SPM lepas dah. What for nak marah pun?

But, i am proud of her sebab kejujuran. Lega laa sikit kan. Padahal takyah cakap pun takpe sebab ianya aib diri sendiri. Cukup la sekadar mintak maaf. Settle.

Moreover, kebaikan yang dia pamerkan sepanjang perkenalan kami terlaluuuuuu banyak. Sampai dah terhapus dah kejahatan yang satu tu. So ada apa hal.

Dia, walaupun bukan bijak pandai yang boleh diajak study sama-sama, tapi dia ada ajar saya sesuatu. Yang takde dalam buku.

Dia, eventhough bukan la ahli agama yang boleh nasihat + bawak saya ke jalan lurus pun. Taaapi people changes kan? Manusia tu fitrahnya suka kepada keelokan. Pagi exam mid year tu dia la yang ajak saya pi tunai solat Duha kat surau.

Dia, bukan la berhikmah dalam kata-kata. Tapi hadirnya dia tu mampu mengubah atmosfera yangbsuram jadik ceria. Kan tuu satu anugerah?

Saya taktau apa saya dah buat untuk dia, sampai dia appreciate saya terlalu dan dia kata hanyalah saya sorang best friend dia. Saya taktau T.T Padahal biasa je rasa lol. Ye saya memang seorang memboringkan. Lalala.

Hmm, moral value? Appreciate ah orang yang appreciate anda. Saya niii pun kalau dia tak sayang saya, ingat nak ke saya sayang dia? Lol.

Moga-moga kami dibimbing je jalan yang lurus.



Wahai awak, saya tau awak tahu link blog ni taaapi ada awak baca? Tak kaan haha. Tapi andaikata awak terbaca, bukan niat saya nak memburukkan awak tapi sebenarnya ni satu penghargaan. Saya cuma nak menyeru kepada readers saya supaya jujur apa adanya. Oh yeah tu tambah nilai untuk awak. Awaaak sangat ah jujur and outspoken orangnya.

Dan, kemaafan menjanjikan satu kemanisan. Believe meee.


Inilah kekuatan ukhuwah, bro.
Bukan kaau, tali ni.
Haha teringat matluthfi kbyez.



Ah rindu nak menulis. Post ni pun terlahir sebab diri sendiri dok seru orang jangan berhenti menulis tapi blog sendiri dibiar sepi. Eh kalau cakap pasal rindu, kanggg mesti ada yang menyampuk, "Eh dah tahu makna rindu?" --Saya masih fail bab rindu orang laa haha.

Ni kompem esok tidoq dalam kereta on the way ke key ell.

Sekeping kertas yang menumpahkan air.
Ahad, Julai 06, 2014 | 3:18 PG | 2 comments
Al-kisahnya, tadi Open Day bagi warga MITT. Atau nama lainnya adalah Perjumpaan Tiga Penjuru.

Rukun-rukun ni Open Day nii biasa ah ada guru, pelajar, parents dan paaaaling penting adalah SLIP.

Teringat MatLuthfi.

"Kita buat kenduri untuk tengok...."

"Tengok cheq" *tangan ke dada*
"Bukan hang, tengok ni ha!" *kibas slip* "Hang nanti dok dapur cuci pinggan"

Peh hanya kerana sekeping kertas.

Oyeah, kertas ni ler yang berjaya menumpahkan air yang berkolam kat mata saya ni ha untuk harini. Tears burst out from my eyes. (ah lamanya weh tak buat essay)

Tumpah laju-laju takyah la citer ek.

"Okay la ni Husna. Usahaaa sikit lagi je ni. Tinggal lagi berapa bulan je lagi"

"Ustazah, acane nak dapat semangat balik tu?"
Saya dah pandang ummi. Tak dan dan (tak habis habis) dengan semangat engkoooo ni)

"Buat benda yang awak suka+minat la sampai jadi semangat"

Saya pi throwback zaman menengah bawah saya dulu. Saya ada satu buku kecik dan pensel bawak gi memana. Sukaaaa sangat menulis dulu. Nak kata pendiam, tak ye jugak. Cuma tak peramah. Hihi. Amende yang saya tulis? Ala-ala diari jugak. Budak buli pun saya tulis. Saya conteng nota sambil gelak dalam kelas pun saya mention je dalam buku tu. Ustaz masuk ceramah sat pun masuk dalam tulisan saya. Znything that happens randoml

Dan, photography is my passion. Every weekend saya mesti update Flickr tu ha. Dia sebenarnya macam bagi satu feeling of a satisfiction lepas habis edit gambar tu. Siyes talk. Lagipun dulu saya rajin dok explore luar rumah cari objek untuk disnap.

Ye masalah MALAS ekceli telah didetect. Hurrr.

Borak juga tadi dengan kakak ex-STAMittz tahun lepas, dia kata memaaang umur 18 ni ada satu perasaan indescribable hinggap. Susah nak dikabor. Yelah indescribable kan. Sampai ada perasaan mcm benci diri sendiri. Anyone with me? Aneh-aneh punya perasaan.

Satu pesan ustazah yang saya tak lupa dan taknak lupa adalah;

"Setiap hari cuba hafal Quran sikit-sikit. Orang hafal Quran ni Allah tolong punya"
Peh kata have a faith kan. Yelah dah hati terang mesti lah senang je benda benda baik masuk.

Awak yang baca ni, doakan saya rajin hafal dan kuat ingatan yaa.
Kelas Feqah +U.Gazali
Sabtu, Julai 05, 2014 | 7:30 PG | 0 comments
For the first time in this year, terjadilah satu kelas tambahan STAM. Ye seingat saya lah. Tadi adalah kali pertama. Kelas Feqah bersama Ustaz Gazali. Minggu pertama dalam bulan puasa.

Hujan pulak tu. Sejuuuuuk. Just nice.

Allah izinkan saya datang, bersama dua orang classmate(s) lelaki. Dah tiga orang ja dalam satu kelas bersama ustaz. Classmate(s) sekaum saya memasing punya sebab tersendiri; takde transport, badan panas tak sihat dan ikut keluarga pulang ke kampung. Memasing punya jalan citer memasing kata orang.

Tu pun Alhamdulillah sempat call sorang tu untuk remind ada class. Nasib baik rumah dekat. Kalau taak, kang tinggal saya berdua je dalam class.

Saya sendiri, memula memang kalau ikut malas boleh je tak datang. Rumah pun bukannya dekat. Tapi bila ingat janji beria dengan ustaz, pastuuu rumah ustaz dengan sekolah lagi jauh sebenarnya! Peh peh. Ok datang je ah. Bukannya kena drive pun. Ummi ada nak offer hantarkan.

Oyeah. Kami bertiga campur ustaz dalam kelas Feqah di tingkat 2 sebab kelas kitorang tetiba takde elektrik. Dengan bau kilangnya lagiii haha pasir gudang kan. Tapi Alhamdulillah sejuk tuu patut sangat buat hati lapang.

Ok citer dia bermula,

Tetiba je ada ustazah datang serang hendap,
"Laa ingat ada 30 orang tadi"
Mungkin kerana suara ustaz yang bergema dalam kelas yang besar tu yang dengar macam meriah.

"Ustazaaah, takpe ada sayap malaikat banyak ni"
Sambil tangannya diapung-apungkan ke atas udara.


Sejuk tu terus-terusan terasa.
May Allah bless.

Saya tak kisah sangat kut sorang perempuan. Tara apa hal. Sebab tahu saya rasa safe dengan diorang. Ala dulu addmath class pun camtu saya sorang. Daan saya tau, lepasni takde jaminan yang saya akan terus berteman. Am i right??

Rabu ni SYAFAWI! Ala kata englishnya, ORAL ha. 
SPM Moments.
| 5:34 PG | 0 comments
Ala-ala throwback kut...agaknya.

Minit-minit terakhir paper Bahasa Arab. Ramai keluaq dah masa ni.

Masa yang ditunggu..la kan.

Keluaq dewan terus serbu guru S/U SPM.
Sebab beliau adalah bunsen burner kami.
Speechlessz weh time ni. Sangat.
Indescribable pun ada.


Huk aaa..lost in action. Semula, semula.


Eh terzoom pulak. Laaaagi sekali.

Tarikh keramat; 3DIS 2013. 
Bukan semua calon MITT ada di dalam gambar. Ini hanya sebahagian sahaja.

Takperlu la berkeramat sangat. *kuis pasir*




Di sebalik tabir:

Kelas Arab

Kelas Sains hari Sabtu.
Terkujat jugak acane boleh ramai tetiba...salahkan group! Salahkan!
Haha..no use la pointing others.

Budak bakal engineer ajar pasal enjin.
Kelemahan budak perempuan yang menjadi kelebihan pada budak lelaki.
Budak perempuan terer bab apa eh....makanan dan nutrisi la kot.

Antara tajuk-tajuk yang ditekankan.

Budak ni terangkan fasal imej.. tajuk CAHAYA.
Kanta cekung dan kanta cembung tu sebenarnya terbalik dia punya rabun.
So, pardon me.

Ustaz Selamat bikin revision Math.
Time ni pakat orang sibuk makan kot.
Tapi gigih je ustaz lukis graf laju-masa demi kitaorang. Kehkeh

Kami tak kuat dan kami tak besar,
sebab tu lah kena belajaaaar!

Study Sejarah dalam library.
Paper SEJ kan ada banyak masa sengkang..dalam 5 hari kut. So sakan aa kitorang belajar kat sini.
Tapi anehnya, otak macam gagal berfungsi dengan baik (saya laa).
Tidoq boleh mimpi jawab paper SEJ macam smooth...tapi ekceli menyeramkan. Sebab tau orang tak ready mana.
Tengah-tengah jawab soalan dengan buku memasing, nanti memasing tetiba keluar soalan,
"Nak tau ark Bandar Harappa tu kan.........."
"Korang cer tengok soalan fasal Epik Gilgamesh ni???!"
"Wei bukan ke Malayan Union tu blablabla"
*tidooo. kroh kroh*
Library pulak suhunya bukan lah suhu bilik. Haha suhunya rendah dek aircond yang terpasang.
*lap hingus. sok sek sok sek*
Haaa! Lagi-lagi paper 3 SEJ. Punya laaa haru kitorang cari bahan. Kalau boleh nak fotostat semua yang ada kat internet. Pehhhh tak sayang pulak pokok en. Nanges di situ T____T


Embedded image permalink



BAGUIH LA BUAT KOJE SEPARUH JALAN HAHA.

Taaaapi, something is better than nothing?
Recently shopping
| 4:18 PG | 2 comments
Berbekalkan baucer RM50 yang terakhir, taraaaaaa inilah mangsa saya!

My Precious Iris
Diari Mat Despatch - Naluri Ayah
Siri Ada Yang Menyayangimu - 22 Cerita Seronok dengan Fiqah

Tu pun kena tambah lagi 5hingget. Kwangkwangkwaaangso. Dahsat betul nilai mata wang sekarang.

Yang pasti, novel ni bukan lah prioriti untuk masa sekaranggg. Ada yang lagi penting sebenarnya.
Wassep pun laaa kan tak penting sebenarnya. Ha ha hambar.

Husna is being naive and lol this week. Wakaka. Ingin diceritain tapi aiyo.
But i just love the way i am. Daripada dok senyap je pikiaq bukan-bukan, saya lagi suka saya yang outspoken bertanya itu ini. Barlah terlihat naif kejap.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha