Bicara Bumbung
ADD-MATH
Rabu, November 20, 2013 | 3:49 PG | 3 comments
Haha..gaya cam pilih kasih je. Pilih kasih pada subjek. Kehkehkeh.

YA MEMANG!

Subjek ni laaaa. errrgh. SUBJEK ni lah.
Yang buat aku berada di sini sekarang.
Haha memori setahun lalu berputar di kotak ingatan. Nak aje aku coretkan buat tatapan bersama, takpa ada rezeki+masa+kerajinan+ilham daripada Dia, ada lah tu.

Aku tak belajaq subjek ni pagi-pagi, masa PnP.
Kelas dia start pukul 4 petang sampai laaa 6 petang; setiap Isnin + Selasa.
Dengan seorang bekas engineer. Ya profesyen seorang guru bukan lah into him sangat pun.
Tapi beliau redah je menggalas tanggungjawab nak ajar kami, kanak-kanak minor yang dahagakan variance serta differentation.
Waktu-waktu kritikal camtu...kekadang hujan. Gelap ada la. Peeeergh angin masyuk kot. Bebudak lain pakat main bola sepak kat bawah. Kami?? Tersengguk menghadap graf dan menumbuk kalkulator.
Dah la tu, MINORITI pulak tu.

Setiap Khamis petang pulak, aku merantau cari tuisyen dekat-dekat rumah. 2 jam. Sampai pukul 5.
orang lain pasang t-shirt dengan track suit, aku tersarung jubah sekolah koot. Dengan hamis masham lagi.
Haha..

Pernah ork rasa, satu benda tu susaaah. Tapi kita punya minat tuu sampai tak heran dah susah yang berlaku. Enjoy jeee walaupun banyak duri. Hahahaha ala rasa nak gelak je bila ingat. I'll story it later.

Aku nak ADDMATH aku cun.
Pastu harap2 ilmu ni diberkati. Amiin.
Moga Allah rahmati guru-guru + sifu+sifu aku...semuanya lah.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha