Bicara Bumbung
Over a cloud nine day.
Isnin, Oktober 28, 2013 | 9:31 PG | 0 comments
Assalamualaikum and heyya.

Alhamdulillah...what a day. I feel blessed. Rasa disayangi Tuhan. Energetic habis!

Izinkan saya mencoret catatan jurnal saya pada hari ini, bagi menggulung satu resolusi. Moga jadi satu panduan berguna bagi saya..dan juga kalian kelak.

Badan saya terjaga pada jam 3:52 a.m. 8 minit sebelum alarm. Haha..ironi betul. Sokmo bukan main liat nak mencampak selimut. Ini persoalan yang pertama. Persoalan mudah mencampak selimut sebelum alarm lagi.

Saya menapak ke bilik air. Air wuduk terpercik ke anggota wuduk yang lima. Purrr sejuk wei. Nak masuk musim tengkujuh katanya. Oh ya, semalam sekolah kami dilanda ribut. Aneyhnya, rumah ustaz Anuar yang dekat-dekat taman tak terasa ribut dia. Aneh bukan..tapi benar. Mood misteri nusantara jap.



Saya sempat mendirikan satu solat sunat..dan baca love letter. Dengan suara yang penuh serak. Semalam adalah hari bersin sehari. Allah nak kafarah dosa. Allah uji sebab sayang. Seterusnya, nilai ketabahan dan kesabaran ditunjukkn oleh watak utama.

Sejurus selepas itu, sereberum terasa senang mengawal tindakan terkawal saya untuk ke study table. Study lamp dipicit...dan medulla oblongata berbisik supaya menelaah subjek PQuran Sunnah. Notebook mini dicapai...bagi menconteng nota seadanya. Mudah nak dikendong ke mana-mana nanti.

Apabila jarum jam tiba di angka 5, jari-jari diletupkan. Kepala diteleng-telengkan. Pinggang dipatah-patahkan. 'Masa untuk makang!' kata nafsu. 'Masa untuk isi tenaga!' kata usus kecil. 'Masa untuk beribadah!! kata iman. Eh? Eh? Kataaa seluruh kehidupan ni ibadah. En en.

Mee goreng mamak semalam diperangat. Disantap penuh selera. Pastu tegur air kosong. Sahur settle.

Time to get ready. For schoooool. Ai ai kapten!! Sempat lagi download lagu Bila Tiba by Ungu sebelum keluar rumah. Music of the day katanyew. Arigato kekWe for introducing my eardrum to listen this lovely song.

Sampai sekolah bawak semangat baru. Bawak niat baru. Bawak matlamat baru. Peluh kecil sikit. Campur debor sikit. May Allah ease everything. Nak jadi orang yang bahagia...dan mensebarkan bahagia. Can I? Ngee.

Pagi ni lepas je perhimpunan, kami kena pindah kelas. Untuk kesekian kalinya. Dah gaya orang Paleolitik..nomad..berpindah randah. Haha. Sudah tentunya ada babak-babak budak mengangkat meja............ Tetiba satu citer pahit kedengaran. Innalillah. Kawan kami jatuh tangga. Dengan meja beliau sekali. Tangganya pun licin aduii. I can't imagine that. Saya bukan lah saksi utama kejadian. Dengaq citer je dah ngilu gegendang telinga ni. Terkehel tu ada..luka nipis pun ada. Yang pasti, SAKIT. Sakit kan penghapus dosa.

Syah, sabar. Berbahagialah. Sakit jatuh tangga tak semua orang dapat. Kita haruspercaya+yakin, semua benda kat dunia ni berlaku mesti ada hikmah. MESTI. Kita pulak jangan ibarat menunggu piring terbang... Kita kena cari tahu apa HIKMAH dia. Deh?



Waktu Tasawwur Islam, ustazah Matahari men-divide-kan kami kepada 2 group. Nak habaq mai nama group ni meh la gelak. MarkerGemok VS MarkerKurus. Hahaha saya adalah di dalam kalangan MarkerGemok. Hidup Gemok! Tetiba.. Ustazah soal, pastu kami jawab di whiteboard. After that, we discuss about that question. Bagi saya cara belajor cemni interesting gak sebab kita berinteraksi dengan classmates.macam study group tapi in a fun way. Bravooo. Ini adalah persoalan kegigihan pelajar-pelajar 5C bermain kuiz puan Matahari sehingga menimbulkan kejelesan pelajar-pelajar 5Adan5B. Ops..ayat membunuh. No offense.

Pada waktu rehat yang singkat, kami beberapa orang idak lapar menapak ke surau yang terletak di bersebelahan kantin. Air wuduk diambil dan takbir diangkat secara berjemaah. Solat sunat Duha selalu disinonimkan dengan pembuka rezeki. People always interpret the term of 'rezeki' only comes in the form of money. It's not about money money money~ Rezeki boleh je datang dalam bentuk idea, mudah dapat ilmu, senang buat baik, kalu ajar kawan paham, rezeki anak.. Ah, betapa luar sebenarnya makna rezeki ni.

PnP pun bersambung dengan gayanya. Math..PQuran Sunnah..main kuiz lagi mwahaha. Dan jugak Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan kita. Alhamdulillah everything went well. Kena sujud syukur selalu hampa ni tau.

After perform our Zuhur prayer, we make our way to ICT lab. Amek hang..exam IT secara drastik. Kami pelajar pintar redah je kami dah besar dan kami kental. Sambil menjawab, sambil menggendang meja. Sambil membulat jawapan, sambil berborak fasal PLKN. Sambil menulis esei, kita mengayun telinga dengan lagu Indon. Ustazah Peah dan Ustazah Alin mempunyai sifat penyabar yang maha tinggi. Sebagai sogokan, kami downloadkan lagu ni pada kalian ya.
1. Bila Tiba - Ungu
2. Aku Ingin MencintaiMu - Edcoustic
3. Demi Nafasmu - Ungu
4. PadaMu Ku Bersujud - Afgan.
Sekali dengar macam lagu jiwang...eee. Hakikatnya tidak. Lagu fasal ketuhanan belaka. Good for your ear. Good for your health. Percaya ork muzik boleh boost our memory + emotion?

Rain makes everything better.


Petang pun berkunjung tiba. And and...HUJAAAAAN YIEY. Lompat seperti kekanak. Allahumma soyyiban naafi'an. Paling penting kita sedut oksigen dulu. Sedap. Belajaq la kami bersama ustaz Anas subjek AddMath. Orang lain pulang ke rumah menikmati eskrim dan tido, tak kurang juga yang main bola dalam hujan, kami menggaru-garu kepala dan mengerut dahi mensettlekan masalah negara. Addmath susah aaa memang tak dinafikan tapi I do enjoy it a lot. Ustaz Anas juga mempunyai kesabaran yang maha tinggi. Sesungguhnya nilai seorang guru tu memang tak boleh dinilai dengan apa-apa unit.


Implikasinya....saya kena marah dengan ummi, kerana solat Asar di akhir waktu. Mybad. Esok ustaz dah pesan kalau nak buat kelas panjang kena solat dulu. Ai ai kapten!

Bytheway sebelum saya terlupa, thanks kekWe for the popiah. Mwahaha. Sodap bila dijamah pada waktu lapar. Berbuka dalam kereta. Sempat tau aeroplan melintas atas sekolah...ngee nice moment.

This is my day look alike. Rasa macam exxagerated ah siryes tapi...sekali menaip tidak akan ku backspace.


Saya rasa ini hari baik saya. Mungkin bukan pada harinya...tapi pada hati saya. Semangat saya. Hakikatnya segala apa yang saya tulis ni bukan lah the 100% perasaan tu...pergh Tuhan je yang Maha Teliti setiap apa yang terjadi.

I shall stop now..before it's too late. 12.00 a.m already maa.

Pada pandangan saya mungkin ini macam hari baik, hakikatnya lagi sekali......... ha yea pandai. Tuhan sahaja yang Maha Tahu. Mana tahu ada orang tidak senang dengan sikap saya hari ini.. 'Bajetnyeww minah ni'..
Who knows. Saya dah sakitkan hati seseorang ke.. Dosa itu pasti kan. Tapi Dia Pengampun. Sebab tu disarankan kepada kita supaya muhasabah diri setiap kali sebelum tidur.. dan maafkan semua orang.

CHOP!! APA RESOLUSI DIA WEH??
Berdasarkan pemrhatian, saya dapat menimpulkan bahawa hidup ini ibarat roda yang berputar-putar mencari destinasi. Langit tak selalu mendung, dan jugak tak selalu cerah. Chill. This is what we called life.

Haha, nak gelak kat diri sendiri pun ada sebenarnya. Seingat saya, 2 hari lepas terasa diri ini sangat lemah. Down kottt. Menangis terduduk tanda lemah. Hampir putus harapan pun ada. Taktahu lah mana turning point dia.

Korang, jangan tinggal solat tau. Solat yang lima. I read once...kalau rasa diri tu tak kena kat mana-mana, perhati balik solat kita. Oh satu lagi fakta yang anda harus tahu!! Bahawa sesungguhnya solat itu mencegah diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Allah dah kata dalam love letter.

Maka terjadilah post ini...setelah beberapa bulan tak pegang keyboard. Ceyyyyy. Assalamualaikum!! Moga esok lebih baik. May Allah bless.



Saya doakan....kalian juga merasai manisnya hidup. Tata.
Khamis, Oktober 03, 2013 | 6:22 PG | 0 comments
Assalamualaikum.

opsss.

Cuma nak bagitahu, saya masih boleh bernafas.
Ngaa.


Photo: Everyday is a new day.
Setiap hari adalah chapter baru.
WE create our lifestory.

Moga harini lebih baik daripada semalam.
May Allah ease everything.
MRNING....people.


It's jumuah, jumuah~


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha