Bicara Bumbung
Laporan perkhemahan di kandang kambing.
Isnin, Jun 03, 2013 | 6:27 PG | 1 comments
Oh tidak, ejaan perkemahan pun aku sudah keliru. Itu baru tajuk woo.

Cuti sekolah dah pun bermula!! Eh dah berlalu 5 hari pun. So amacam? Enjoy much? As for now, kaki ni hanya la melangkah untuk ke kedai-kedoi (kata ganda apakaaah) sahaja untuk membeli cili. Tidak kurang jugak kami sekeluarga menapak ke hospital dan menziarahi pakcik kami yang ditarik nikmat sihatnya sebentar.

Percayalah~~~ Kitorang ber'kempink' di landang kambing. Rare bukan? MITT rare! Katanyeww.

Bas menurunkan kami di depan farmstay. Ambik langkah jugak la kami nak menapak ke dalam kem. Dari jauh dah kedengaran sayup-sayup berkumandang suara kambing mengembek. Ha friendly bukan.

Fasi pertama mengenalkan diri. Beliau suruh kami memanggilnya dengan panggilan 'Abang Hensem'. Apaaaaakah? Rahang aku jatuh betul masa ni. Seumur hidup siyes jarang sekali lidah ni nak menyebut mana-mana lelaki ajnabi dengan panggilan abang. Pheww ayat. (kesat peluh sket pasai lelah kot)



Melihat kami yang agak tidak kemesraan alam, beliau pun test suara. Mana tau terjangkit sket dengan kambing ke..manalah tahu.

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri
Senyum adalah sedekah..............

Panas membahang camtu, masih boleh menyanyi lagi abang ni?

Sebenaqnya, lagu tu satu sindiran halus kepada kami yang berkerut-kerut semedang. Dah panas tengahari, penat kot bawak beg segala bagai. Pastu tetiba abang ni nyanyi dengan cerianya, bertambah lah I was like....erk ha gitu.


Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Randomly. Depa pick 6 ketua, then ketua tu la yang pilih anak buah semua. Tak anak buah, anak sayur pun boleh ja.

The Lelaki yang dinamakan Ar-Rijal~
Al-Banat yang solehah. Ehem






Profitlah sapa dapat akak ini. Cecee

Makan pun dalam kumpulan. Dah macam one big family at home~
Makan minum semua ada tapi tempat makan hampa carilah sendiri. Lepas makan pun basuh sendiri.
Motif: Hidup dengan keluarga baru. What's gonna work? Teamwork!

Satu masa tu, aku terlambat salin baju. Jadi the last person duk berkumpul. Untuk perjumpaan pertama woo. Apalagi, kena tembak dengan pistol air. Wuuu..baru je tukar baju. Akak Mas kata, tu air basuhan kambing. APAAA??! OhmyKambing.

Malam pertama: Kami kenal diri memasing. Abang Hemsem dah pesan, datang kem ni hati kena ikhlas. Redha, dan juga jujur.



Kami diberi satu kertas setiap seorang beserta pensel. Tulis nama besaq habaq hang pastu buat dua column. Ada column kebidadarian dan column kejahatan. Haa gempaq en? Lekat kat belakang memasing. Ada masa bagi sensorang tulis fasal kita. Redha je lah time ni. Kata nak kenal diri sendiri kan? It's not a bad things anyway. Semua orang tak sempurna, tapi semua orang itu istimewa.

 
 Aku tak paham cemana lukisan ni boleh dikatakan lawa? Aku sesungguhnya tak paham.. Terasa tanganku begitu dihargai skret skreeet. Timekasih la wei kepada model tangan adik-adik junior aku ni. Keeee..salah tangan korang terjadi lukisan gini? Hakhak

Got into group..blabla buat bendera dan moto memasing. Malam tu haiyaa taktau nak habaq lagu mana..kami punya group..macam blurr habis. Taktau nak communicate cemana. Belum habis kenal gamaknya. Aku rasa nak aje pecahkan dinding diri ini..tapi harus lah behave. Ni tempat awam oii. Tetiberr.

Oh ya, setiap kumbulan dibagi satu kertas untuk dibuat something like dompet, untuk diletak imuniti. Keimunan? Keimunan pasif buatan kot. Imuniti ni macam aset harta keluarga kita la. Cecece, dah ada nafkah? Apabenda kemenangan atau keohseman kitorang tunjukkan, akan dapat la imuniti tu. Jangan tunjuk berlagak sudah. Nanti hari last dah tak boleh dapat imuniti. Sebab nak pakai benda tu untuk masuk hutan.

Ada satu kumpulan mempersoalkan;
"Kenapa ada satu tangan kiri..padahal tangan yang lain semua kanan? Ini ke yang dinamakan kerjasama?"
Dapat imuniti woh.
Dalam segmen ni, kitorang dibenarkan sebebasnya mencari kesalahan presentation kumpulan lain semata nak dapat imuniti.

Kumpulan yang dimana ketuanya memang sempoi. Rilek habis buat presentation. Abang fasi pun sampai puji. Lagu tema pun amik JDT punya. Oooo luaskan kuasamu~


Pagi kedua: Hujan!


Kami pun beriadah dalam dewan. Playing with the ball kata omputihnyew.

Hah terkangkang ekau. Kami dikehendaki mengendong bola guna kaki. Pastu pass dekat member pun camtu jugak, dengan menggunakan kaki.

Had a lot of fun in that morning. Release tension daripada mengendong beg dan buku. What a heaven haa I told you. Gelak dengan kengkawan sekolah. EH hai rasa cam tak pernah jumpa kat sekolah? Begitu sekali amboii.

Selepas itu, ada slot dengan Kak Mas fasal....jengjengjeng. Pengurusan Jenazah.

Wei..kita semua ni bakal jenazah en? Ngaku jee la.

Kak Mas dan suaminya, which is Abang Hemsem shared a lot of their experience. Rupanya, mereka berdua ni biasa la mandikan jenazah camtu.



Publish je la dulu. Hiks. 


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha