Bicara Bumbung
Status kita sebagai hamba.
Sabtu, April 13, 2013 | 1:21 PG | 1 comments
In a relationship ke.. Married ke.. Atau dah divorced. Isk, naudzubillah.



Hamba weh.

KITA NI HAMBA JE!

Benda koman la, kalau orang menyuruh kita lap kasut dia ke, ambikkan apa-apa ke, suruh pi belikan something kat ko-op ke.. sekali dua takpe. Ni macam dah selalu. Rasa macam,

"EH, pikirin guwe ni babu?"

Betapa kita taknak rasa terhina pun kan. Kita rasa tercabar kalau kita ni diguna-gunakan.

Ya, hamba itu hina.

Dan, itulah diri kita. Kita kan hamba? Reality bites? Naaa.. ada je hamba yang mulia. Tahu kisah Bilal bin Rabah?


Cer bayangkan, ada sebatang sungai tepi rumah kita yang pergh bunyinya begitu mendamaikan. Kita yang ala-ala gadis kampung pun mandi di sungai itu 5 kali sehari. Takda keje agaknya rumah tepi sungai kan saja menikmati kesejukan air so mandi la 5 kali. Mesti bersih kan?


Bersabda Rasulullah, 'Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang di antara kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sebatang sungai lalu ia mandi di sungai itu 5 kali dalam sehari. Apakah masih ada lagi kotoran pada badannya? Jawab sahabat, 'Sudah tentu tiada lagi kotoran padanya'. Kata Rasulullah, 'Maka demikianlah juga dengan sembahyang 5 waktu, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa itu'. [H.R. Bukhari & Muslim]

Macam tu lah analoginya solat 5 waktu sehari semalam.

Kalau mandi itu membersihkan badan dan menyegarkan tubuh,
Maka solat itu membersihkan dosa dan menyegarkan rohani.



Kenapa kita kena solat??

Begitulah awan nano nano manusia especially remaja, suka curious sesuatu perkara. It's okay. Tak berdosa pun. Tu tandanya kita nak tahu.


 photo 1z.gif.Solat Peluang Kita Berinteraksi photo 024gif1.gif Dengan Allah.
 Sedar diri dengan kedudukan sebenar kita. Kita hidup kat dunia ni berTuhan. Kita ni hamba je weh. Allah tu Tuhan kita. Dia-lah yang mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Dialah yang beri kita nikmat tubuh badan yang sihat, oksigen seumur hidup for free. Apa tak reti nak berterima kasih?

Ada satu kisah, bilamana Aisyah tanya pada Rasulullah kenapa beliau penat-penat dirikan solat malam sampai bengkak kaki padahal Allah kan dah janjikan syurga untuk baginda. Nak tahu Nabi kita jawab apa??

"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?

Feh kalau kita..... solat yang wajib ni pun buat aci main redah je. Y___Y

Kalau Allah tak suruh solat, mesti kita tak nak pun kan penat-penat berdiri ruku' sujud dua kali apa semua. Katanya buat penat je. Kalau tak ada solat, bila agaknya kita ingat Allah kan? Masa susah je... Isk, dasar hamba tak dikenang untung. 

Percaya tak, bila kita solat pastu sujud tu, sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita.

 photo 2z.gif .Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa  

Firman Allah :
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. [Surah Hud(11) : 114]

Dan Allah dah janji,

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ [Surah Al-Ankabut:45]

Nak jadi baik? Jagalah solat anda. Rasailah sendiri photo m11.png Eksperimenkan ia terhadap diri anda. Hiks.

Ada orang cakap, "Alaa saya tak biasa la solat. Kalau tetiba saya solat kang nampak macam hipokrit pulak. Saya buat tu pun sebab terpaksa"
Benda baik, memang terpaksa pada mula-mulanya. Biar hatiheart plus icon icon tu u-turn sendiri bila dah rasa kelazatan solat.


 photo 3z.gif. Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat

Solat Subuh mengajar kita bangun awal. Cer imagine takda solat Subuh? Hampeeeh nak bangun awal lah kan. Menurut sainsss, bangun pagi sebelum Subuh tu menguatkan badan. Ha, ada fakta sains yang tersembunyi ya anak-anak. Harap-harap satu hari nanti kita dapat tahu.

Solat Zuhur pulak ibarat untuk mengecas balik energy lepas sepagi tu duduk dalam kelas merenung muka cikgu. Dah berpenatan+berpeluhan masa pagi, Allah bagi kita rehat. Peh tak comel ke tu?

Untuk solat fardhu lain, selamat mencari sendiri ya!

 photo pastel4.gif.Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri

Al-Zahabi menyatakan dalam kitab karangan beliau al-Tib:

 photo blockquote.gifIbadah solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, ia dapat mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah. Ia dapat meningkatkan rasa cinta kepada kebenaran dan rendah diri terhadap manusia, melembutkan hati, membentuk kasih sayang dan sifat memaafkan serta membenci dan sifat balas dendam…Seseorang boleh menemui cara-cara untuk menyelesaikan masaalah-masaalah duniawi dan rohaniah. Dan seseorang itu boleh memeriksa diri sendiri terutamanya apabila seseorang itu benar-benar menghayati solatnya. Waktu yang paling baik ialah – selepas – tengah malam semasa kebanyakan orang sedang tidur dan dalam keadaan sunyi sepi. "

Tidakkah anda rasa seperti wohaaa? 

Asyik kuatkan badan je. Pakat lawakan body je. Benda yang kat dalam tu bila nak jenguk? 

 photo 5z.gif Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi

Solat kan dapat menanamkan dalam hati kesedaran adanya pengawasan ilahi, memelihara aturan-Nya, menjaga disiplin waktu, gentar akan ancaman dan seksaan Nya serta sanggup mengatasi sifat-sifat kemalasan dalam memperturutkan hawa nafsu dan sifat-sifat kelemahan manusia yang lainnya. Contoh macam penyakit anxiety or in Malay we called it penyakit kegelisahan. 


Oh believe, it can be handled by performing solat.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; 
[Surah al-Ma’arij(70) : 19-23]

Daripada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa solat adalah salah satu daripada cara merawati kecelaruan kegelisahan. Ibadah solat merangkumi pelbagai aspek zikrullah seperti doa, tasbih, takbir dan tahmid. Melalui zikrullah yang dibaca secara berulang-ulang ini berdasarkan perasaan rindu kepada-Nya dapat  mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan serta menjauhkan jiwa dari kejahatan selaras dengan kehendak Islam. Selain itu, ibadah solat juga dapat mendidik jiwa manusia supaya sentiasa mencintai Allah dan Rasul-Nya.  Cinta yang mendalam ini akan membuat jiwa seseorang itu tenang dan sentiasa mengingati Allah serta takutkan kebesaran-Nya.

Sesungguhnya, Allah je yang Maha mengetahui hati-hati hambaNya. Sengih. Bila check balik, kat dunia ni takda sapa pun yang tahu diri kita sepenuhnya kecuali Dia. Haaa am I right, fellow reader(s)?? --> (kebajetan ada pliral reader terserlah)

 photo 103.gif[kredit:  Syukriah AbahYasir!] photo 103.gif

solat

Meh kita lungsuri dialog antara mama dan anak-anaknya. Mana tahu boleh menjadi pedoman kepada bakal ibu. Ehem ehem. Tengok eh, camne mama tu tarik pemikiran anak dia secara perlahan-lahan. Dia tak membebel terus blabla potpet pungpang, tapi tarik kefahaman anak dia slowly supaya masuk ke daerah kefahaman yang betul hingga ke akarnya. Comel. Haiyak, betul aku elaborate ni...betul ke..ngaa. taram, husna, taram. Mohon perbetulkan ya si nflftnhsna, budak membesar ini.



(.........)
Mama: Sekarang cuba beritahu mama semula, perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum solat, ikut turutan.

Anak: Mmm, mula-mula tengok jam. Dah masuk waktu, pergi bilik air, wuduk. Dah wuduk, pakai telekung. Dah pakai telekung, berdiri, kemudian angkat takbir, lepas tu baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, duduk antara dua sujud, bangun, bla, bla, bla, dan seterusnya hingga salam. Lepas solat, berdoa?

Mama: Wuaa, pandai! Bagus! Ok, sekarang mari kita persoalkan satu persatu setiap tindakan yang telah disenaraikan itu. Pertama, boleh beritahu mama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, agak-agaknya kita kisah tak tentang waktu? Kita nak tengok tak jam kerap-kerap?

Anak: Mmm, mungkin tak!

Mama: Kedua, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, agak-agaknya kita nak basuh tak badan kita kerap-kerap sekurang-kurangnya lima kali sehari?

Anak: Mmm, tak kut?

Mama: Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh hambanya solat, rasa-rasanya kita malu dan pelik tak keluar rumah dengan mendedahkan aurat?

Anak: Mmm, rasa-rasanya tak malu, dan tak pelik!

Mama: Keempat, jika Tuhan tidak memerintahkan kita bersolat, kita sanggup tak berdiri untuk satu tempoh, kemudian rukuk, kemudian sujud, kemudian duduk, kemudian bangun semula, kemudian duduk semula, berulang kali?

Anak: Mmm, tak sanggup aarr, macam penat jerr.

Mama: Bagus! Anak-anak mama semua pandai.

Anak: (Sengeh gigi kapak).

Mama: Ok, setelah menjawab semua persoalan tersebut, sekarang mari kita fikir apa yang tersembunyi di sebalik semua jawapan itu. Yang tersembunyi itulah yang dipanggil hikmah atau faedah.

Anak: Aarr? Apa tu mama? (berkerut)

Mama:  photo 1z.gif, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, mungkin kita tidak akan kisah dengan waktu. Maka hikmah solat ialah, mengajar manusia mengurus waktu.
 photo 2z.gif, jika Tuhan tidak memerintahkan solat, mungkin kita tidak akan menyucikan tubuh kita dengan kerap atau langsung tidak menyucinya. Hikmahnya, solat mengajar manusia tentang kebersihan.
 photo 3z.gif, jika Tuhan tidak menyuruh kita bersolat, mungkin kita tidak akan berasa malu atau pelik untuk mendedahkan aurat. Maka hikmah solat, mengajar manusia agar menjaga dan menutup aurat.
 photo pastel4.gif, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, mungkin kita akan keberatan untuk melakukan amalan-amalan yang menjadi rukun di dalam solat yang memerlukan fokus, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Hikmahnya, solat mendidik manusia agar berdisiplin.

Anak: (Terlopong, takjub).

Mama: Apabila manusia bijak mengurus waktu, tahu menjaga kebersihan diri, memelihara aurat dan berdisiplin tinggi di dalam hidup, maka jadilah manusia tersebut manusia yang baik. Kesimpulannya, solat membentuk manusia menjadi makhluk yang baik dan bermutu.  photo 025gif.gif

Anak: Ooo (angguk-angguk kepala).

Mama: Sekarang, faham kenapa Tuhan suruh kita solat? Atau faedah solat?

Anak: Faham, mama! (menjawab serentak).

Mereka pun ketawa bahagia. Hikhikhik.

Oh dan dialog ni... [sini], macam comel juga. Yok galak berjemaah!

Cakap fasal galak...teringat saya akan pakai word ini untuk dua orang budak. Ya Tuhan, diorang ni punya la hiperaktif. Bertumbukan. berpelukan, dan menggenggam tangan nak salam tu dengan rakus. Hahaha sesungguhnya rindu telah datang.

http://4.bp.blogspot.com/-B40tELwNoug/ThhnLR5acdI/AAAAAAAAB-k/GqJ2yj9XHZs/s1600/nokia+-new-+167.jpg 
"Eeee galok la hampa ni"


Mari kita beralih ke daerah 'Mengikut sainsszz'....

 
[Imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak]

Wehh ada ke camtu?? Bersyukur pun ada benda tersembunyi dalam sains ke?? APESAL PULAK?

Eee, benda-benda islamik pun ada dalam sains? Ohem bukan? Yes, I know it aha aha~

Bersyukurlah karena engkau tidak memiliki semua yang diinginkan. Jika engkau memilikinya, apalagi yang hendak dicari?
Bersyukurlah saat engkau tidak mengetahui sesuatu, karena hal itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah ketika engkau lelah dan bosan, karena berarti engkau telah berbuat sesuatu yang berarti.
Bersyukurlah atas kesalahan yang kini kau sadari, karena hal itu memberimu pelajaran yang sangat berharga.
[kredit: sini]

Syukur kan salah satu benda positif. Bersyukur lah yang buat kita sangka baik dengan Allah. Accept all the things. Percaya yang semuanya ada hikmah. Allah ada plan yang laaagi kaw daripada kita. Itu yang buat jiwa raga tenang. Tu laah yang terjadi kepada otak kita bila kita bersyukur. Peh osem osem osem osem osem.. (zikir) Ahaks.
Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya.

Naaah, lagu  photo m10.pngErti Syukur- Unic.

[dan banyaaak lagi kupasan misteri seantero.. hanya kelik di sini]





Saya nak share ayat yang ada dalam doa Iftitah (tiap solat kita baca tapi ada je yang tak baca seperti..seperti..saya. hee),
“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam tiada sekutu bagiNYA; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada ALLAH” [Al-An’am:162-163]





Tahukah anda, first thing yang dihisab di akhirat adalah solat?? Cane nak pass ke syurga kalau checkpoint pertama pun terkebil-kecil. Think about it.

Hmm apa lagi eh nak elaborate?? Sini biar saya bagi sebijik quotes buat santapan bersama.

Apa guna baik, tapi TAK SOLAT photo emo18.gif photo emo18.gif

 photo 022gif.gif solat = berdosa.
So bila ada dosa, BAIK ke? 
Feh..sentap. Siyes sentap. 
Takpe la sentap di dunia, jangan sentap di akhirat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tarak berguna.


Terkejut+parkinson saya dibuatnya bila tahu fakta bahawa sebanyak  photo 8.gif photo db095bfd.gif% umat Islam kat Malaysia ni tak mendirikan solat. Kajian ini dibuat oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). 

GOLONGAN KITA TUU.

"Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya  photo 1-1.gif photo 5.gif peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari"

(.....)

Selain daripada mendapat hidayah, mungkin fakta tersebut jugak menggerakkan tangan dan akal saya untuk menghasilkan entri ini. Alhamdulillah, adanya saya search benda berpekdah sikit.


May Allah bless us. Solat ni kalau dikaji lagi, feh boleh ternganga mulut. Boleh jatuh terduduk. Maka,

Hayya 'alas solah photo m11.png photo m11.png photo m11.png
Eh bunyi cam mendayu-dayu je an? Ceni patutnya,

Hayya 'alas solah photo m2.png photo m2.png photo m2.png

Pada pendapat korang, kenapa gejala meninggalkan solat boleh terjadi padahal hikmatnya.. kelazatannya.. kepuasannya.. kesedapannya.. perasaannya.. sangat lah banyak?? SALAH SIAPA?


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha