Bicara Bumbung
#Spontan-eous Thursday
Khamis, Februari 28, 2013 | 6:16 PG | 0 comments
Dah berkurun lamanya tak guna menatang spontaneous apeapentah ni. Sementara story ni takde expired date lagi, ada baiknya kita elaborate cepat.

Lunch. Nasi putih berlaukkan ikan goreng sambal  photo 20080605_470165.gif. Acik kantin yang masak penuh lovelove. Uwawah, lauk Melayu. Masih terasa aura kepedasan cili keringnya.

Sepinggan. Ikan dah tinggal tulang. Baki-baki isi yang ada, dicampak ke kucing jantan tua yang gemok. Nasi pun dah habis licin. Air teh sejuk pun dah diteguk beberapa kali. Bunyik-bunyik sendawa entah bila nak keluar.


Tengah syok suap kucing [musykil betul dengan miaw gemok ni, orang flykan ikan tu dia boleh buat tangan tak bermaya je nak ambik. Kalau kucing kat rumah la kan, muka memasing macam tak pernah jumpa kenal ikan je], tetiber mata terbuntang. Isi ikan dah dicampak je. Feh!

"ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM photo m2.png"
Suasana terasa macam slow-motion. Para kunyahan menjadi perlahan. Tangan-tangan yang menyuap macam terhenti. Mulut semua seperti ternganga. Mata-mata tertumpu pada suara mengucap panjang tu. Panik habis.

Aku dah ketuk dahi berkali-kali. Landing pulak kepala atas bahu Ad yang syok menikmati kudapan terakhir. Haila...

"Pehal ni Husna?"

"Kita lupa................" Gigi menggigit bibir. Mata dah dikejam-kejam rapat. Cuba hadam situasi.

 photo blockquote.gifKita lupa yang kita puasa hari ni  photo pic004demoji_14791299decoojp.gif"
 Bibir tak rasa sakit biarpun diketap gigi kuat-kuat.


Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hakchium. Blahblahblah. Cikebumcikebumcak. Pungpangpungpang. Kecoh. Hingar bingar sekejap kantin.

Orang cakap, "Rezeki Allah tuu!"

Rasa bersalah betul, siap sendawa kenyang segala baru hang ingat hang puasa? Kelakor.

"Eh batal ke tak ni?"

"Kenyang kan? Batal la"

"Ehhh, tak sengaja tak batal la"
Bawak kes ni pulak ke ustazah Matahari  photo KakDarina.gif. Alhamdulillah puasanya masih tak batal and boleh teruskan puasanya lagi hingga ke Maghrib. Oi kelakor lagi.

Tak rasa nak berbuka pun ada sebab kenyang lagi. Mwahahaha nampak tak kekenyangan di situ? NAMPAK TAK? Tangan pun boleh bau ikan lagi. Ya Allah, siyes kelakor.

Ingat lucu ke? Sab cakap, "Untunglaaaah still dapat pahala lagi puasa"

"Tu laa puasa tak cakap."

"Kita pun lupa yang awak puasa"

Dah korang ambikkan nasi tu. Dah korang buat cam kenduri. Mana la nak ingat status perut ni.

Okeeeeh, cari kesimpulan. Kesimpulan..kesimpulan... 'Ibrah apa dapat? Isi di ruang yang disediakan.  photo 60.gif Spontan habis bukan Khamis saya? Makan nasi dengan tiada rasa berdosa. Anda pula bagaimana?



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha