Bicara Bumbung
Sepetang bersama baba
Rabu, Februari 13, 2013 | 4:44 PG | 8 comments
Masa tu pergi satu majlis ceramah IM Asyraf, masa tengah makan tu makcik sorang ni tanya,
"Pergi ngan sapa ni?"

"Dengan ayah"

Pastu citer kat baba. Baba cakap, cakap laaa baba nape ayah pulak.

Eh la ayah salah eh? Kihkih

"Kan korang panggil baba, cakap la baba"

 

OOOO BARU TAU.

So hoyeah, tajuk post pagi ni sepetang bersama baba, bukan lah sepetang bersama ayah. Ceyceyy demi memenuhi permintaan seorang ayahanda.


Joging punya joging semalam, saya saja start conversation.

"Ba, orang EsPiYem tahun ni, tanak pesan jangan main-main ke?"

"Ek eleeeeeeh, dah besar kan. Tahu sendiri lah" *sekeh kepala*

Jap, jap.

"Kenapa....main-main eh selama ni???!" Suara beliau naik seoktaf.

Wakaka. Tengok kaki la. Nampak main tak?

 photo 103.gif

Kiteorang bercerita fasal maktuk.

"Ba, tengok tak kaki maktuk semalam? (.........*dan perbulan seterusnya.....)"

"Makan pun 2 jam tau. Maktuk makan bubur je. Ayam sayur carrot kubis labu semua blend"

Baba cakap, "Maktuk dah jadi macam baby semula kan."

*terangguk-angguk mengiyakan*

Manusia hidup berkitar kan? Masa dulu pun kita baby, bila besar besar besar dan tua, kita jadi baby semula. Ada orang suapkan makan, cebokkan, tak boleh berjalan. Yea begitulah.

Tetiba,

"Nanti baba ngan ummi dah tua, nanti korang lah kena jaga. Pilih sape nak jaga baba ngan ummi"

Heee, kitorang tali tamplung eh!

"Takyah la camtu. Volunteer je sapa nak jaga"

Ni yang rasa nanti besar semua nak duduk satu rumah je! Uma, yok buat camtu.

"Tapi kan ba, kat tivi mak-mak selalu taknak anak-anak dia yang jaga. Nape?"

"Ye la, orang tua kan macamtu. Diorang nak sendiri-sendiri. Taknak susahkan sesapa"

Hurm, angguk angguk lagi. Ooooo begitu ceritanya.


Kitorang menuruni bukit. Ehh ehhh takdapat kawal stereng. Di kiri, ada satu keluarga Cina main badminton. Huargh, sangat berabad lamanya kitorang tak belasah badminton.

Baba bersuara dengan secara tetibe,

"Ten, yakin tak boleh A lurus dalam EsPiYem?"

Hamekaw. Nebes habis dengar soalan ceni. Bila terkenang-kenang balik zaman UPSR, SRA, PMR dengan SMA sume..entah la. Yakin je la.

"Hmm, yakin..lah jugak"

"Sebab apa yakin?" Wuaaa, bunyi provok seh.

"Sebab dah usaha sebaik mungkin?"

"Haaaaa! Yeap, sebab dah usaha la kita yakin."

"Tapi, bukan usaha semata-mata je kan?"

"Dengan tawakkal sekali la"

Ketawa kecik. Tetiba rasa nak ketawa lalala.

"Hubungan dengan Allah kena jaga. Dengan cikgu. Dengan kekawan...." eh rasa cam tertinggal something. Anyone nak sambung?

"Hubungan engan UMMI BABA jangan lupa"

Kikhih ai ai, sir!

Dulu zaman paleolitik UPSR kan saya gile confident je orang tanya target berapa, "5A!" Masalahnya masa tu tak paham target tu apa wuhahah sadis amat. Bila dah paham, orang tanya fasal PMR, saya jawab je "Nak 9A la"
Pastu sumerang cakap, ek ehhh semua nak 9A.
*angkat bahu* Malas nak debat panjang-panjang.

Yang pasti dan kena setkan niat, aku belajar sebab nak bahagiakan ummi dan baba. Saya nak buat diorang tersenyum.....bukan sebab dapat merangkul A tu, tapi sebab sikap yang telah ditunjukkan untuk merembat A itu.

Bak kata Profesor Asmadi, SIKAP TAK BETUL, TAK BETUL SEMUANYA.

Sekian, babbling babbling babbling




Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha