Bicara Bumbung
Kita nak syurga, tapi..
Jumaat, Februari 22, 2013 | 8:32 PG | 3 comments
The Importance Of Bendy Straw 
kredit: [tamahaji]


Sejurus pulang dari kelas +Math, hari sudah petang. Petaaang sangat. mendung pulak tu. Rasa kehausan tetiba. Eeeh rasa nak menyulam sesuatu.

Saya pun pergi la melepak ke Petronas. Capai sebotol susu pink! Nanti sementara tunggu ummi solat, boleh picnik photo 20080605_470165.gif kejap depan kedai minyak ni. Wuaaaaargh sedapnya angin petang. Sejuk.

Lengang pulak kaunter hari ni.

Masa nak bayar susu tu,

"Sepuluh ringgit dik"

Mata terbuntang. Mak aih, ini kezaliman! Kezaliman telah berlaku. Terasa hina di situ. Aku seperti semut kecil yang hampir dipijak oleh zirafah.

Bila pakcik cashier ni ulang harga seploh ringgit dia tu kuasa dua, whatthesotong? Ok baiklah saya berang.

"Pakcik saya cancel beli kang"

Pandai pulak pakcik Indon ni menjawab,

"Hesh berdosa tau dah ambik tak jadi beli"

 


Panjang pulak pakcik ini berbual. Nak tengok harga kat komputer, tak nampak pulak. Al-maklumlaaaaaaah, saya ni rabun. Wuhahah. 

Cepat-cepat tarik zip dompet, cari duit singgit-singgit. Sembunyikan duit oren tu secara drastik. Ingat aku tak bijak eh?

"Sekolah agama ye dik?" 
Dah tentu berpakaian seragam serba labuh ceni. Sudah gaharu cendana pula. Soalan basa basi tu kan pakcik. Angguk. Mana duit singgit-singgit ni. Ha! Cukup tak dua keping?

"Sekolah mana?" Ewah. Kening dijongket sebelah. Lepas jawab, tanya pulak duduk mana. Pakcik pasang niat nak ziarah datang raya rumah ke? Hihi. Haaa jumpa pun empat ringgit! Cukup la eh?

Empat ringgit seposen rupanya. Habis dah muamalah kitaorang. Susu stoberi jadi milikkuuuuuu akhirnya.

"Huish jauh tuu!" Kenyataan berbau terkujat katak berak kapur itu merujuk kepada betapa oh jauhnya jarak sekolah dengan rumah mau makan sekangkang dinasour. Oyeah dah biasa sudah dengan reaction cemtu.

Tiba saat nak keluar dah.... Aku sengih. Cakap dengan semaginya tak cukup tanah dan rumput,
"Besaaaaar tau pahala dia pakcik..." sebesar + sejauh perjalanan dia.

Secara drastik pakcik Indon sorang ni ucap "Alhamdulillah" kuat-kuat. Kelakor la pulak pakcik peramah ni.

Nak langkah kaki keluar pintu kaca je,
 photo blockquote.gifNanti adik masuk syurga jangan lupa saya!"

Angguk. Isk..amiin. "Pakcik pun!!" Apalah benda yang bahagia selain mendapat doa orang?

Kelakor kelakor.


Ku inginkan syurgaMu tapi adakah amalku mendekati sana...
Ku ingin jauh daripada nerakaMu tapi apakah aku sedang menujunya.

Kerana sekotak susu, tinggg! Jadik la post ini.




Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha