Bicara Bumbung
Puisi dunia
Khamis, Mei 10, 2012 | 10:12 PG | 0 comments
In the name of Allah Al-Fattah - The Opener


Alhamdulillah. Masih mempunyai hati. Masih ada rasa. Allah masih bagi pinjam aku penglihatan, pendengaran dan suara untuk aku hidup. 


Mood exam. Noveles tu sume sebagai pembakar semangat nak hadam satu-satu nanti cuti. Haha

Demam kus-kus exam. Kononya la. Baiklah, aku sekarang sedang berada di dalam pertempuran yang maha sengit imtihan 3 minggu berturut-turut sehingga la 25 Mei 2012 nanti. Doakan kami okeh? Give the best, beat the rest hoyeah!

Aku tahu aku banyak main tahun ni. Like seriously. Tersengguk pada waktu sejarah adalah habit biasa yang tak wajar diikuti. Berangan ke alam lain waktu Syariah Islam bagaikan aktiviti mingguan wajib dah. Haila.. Ye aku tahu. Aku sedar.. Sesungguhnya form 4 adalah tahun cuka yang hardcore dan mencabar emosi, bukan lah bulan gula yang seperti digembar-gemburkan. Tapi disebalik kehardcorean nya tu, terselit memacam kemanisan madu yang harus digali jauh dari dasar hati! Amboiii kuciwah.


Macam-macam rasa dah aku lalui. Sikit demi sikit aku mula mengerti. Walaupun kenkadang terlincir jua di landasan yang licin. Hati dan jati diri yang kuat serta sokongan sekeliling yang padu mestilah.........(?) Tetiba blank, okeey hehe.

Saat ni kan sebenarnya, aku memasang terlalu banyak impian, angan-angan. Berangan banyak sangat. Macam-macam yang aku nak dalam hidup ni sebenarnya. Tapi yang utamanya, aku patut menarik pandangan plus love-love Allah terdahulu.

Wawaweh. Apa aku nak cakap ni sebenarnya. Indescribable sungguh la.

Yang penting, aku nak jadi hamba. Hamba yang bebetul cinta pada Penciptanya. Aku Ingin MencintaiMu :)
Aku nak jadi anak yang baik buat ummi baba yang sedia sayang kat aku. Aku teringin nak jadi kakak yang dapat bagi contoh yang elok kat adik-adik (ehem). Jugak, aku nak jadi kawan, sahabat, rakan yang memimpin dengan baik. Untuk para asatizah, aku naaaak jadi anak murid yang baik. Yang tak kecewakan mereka. Bukan setakat do good in academic, untuk akhlak jugak. Oh ya, dan juga, pengawas yang baik tehee. Ya Allah, dengarlah suara hambaMu ini.

Wokeh, esok paper PQS dengan AddMath. Pakat study last minute. Time study, tau pulak nak tersengguk. Takpe yang pasti, man jadda wajada. Yang usaha mesti berjaya. Dop gitu? Then leave to Allah the rest ^__^

Bahagianya.

Oh nak share lagu ni sebenarnya. 


Dunia terus beredar
Masa terus berputar

Di mana hidup akan terdampar

Di mana hayat akan bersandar



Merenung masa depan

Dengan berjuta harapan

Mengenang masa lalu

Sayu rindu dan pilu hati

Naluri insani mencari erti



Lailatun saidah. Yes esok Jumaat!

Oh ha btw, patut tak aku tukar link ni ha? Susah tak nak cari nanti yeh? Macam dah tiba masa jek ni. Daripada bebudak kepada lebih dewasa. Perghhh, ehem.





Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha