Bicara Bumbung
Kronologi perjalanan lepasan PMR
Ahad, Oktober 16, 2011 | 12:28 PG | 6 comments
Secara rasminya wei saya dan ex-calon PMR seluruh negeri di Malaysia menjadi lepasan PMR 2011 ceh. Bunyi mesti nak gah ajeeeee eh?

Berabad tak hupdate, automatically saya menjadi newbie dalam Blogger. Nak join? Screeeeeeeeeeet hai saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Bila blogwalking, punya lah terkejut sebab macam masuk dunia lain. Blogger dah jadi macam-macam. LAIN...SANGAT. Totally different wei!

Ni tak sampai 6 bulan okay saya tinggalkan dunia  *urut-urut dada*


Takpelah, let it be.


Err, mesti ramai yang tertanya-tanya kan pasal saya hakhakchuuuum.

" Apa cerita? "

Macam-macammmmmm.. kot. Nanti kita tengok. Terjah! Lalalala~


Sebelum




Dah sebulan nak exam, baru kesedaran makin menebal persis dinding artery. Hari-hari yang biasa diisi dengan goyang kaki dan tengok siling, diisi dengan melukis lokus dan tumbuk kalkulator. Wargh ganas sungguh ayatku lagi skema. Yeah rutin menjadi budak se-kema bermula!

See, kucing saya bernama Simba sedang mentidurkan diri berbantalkan Kanga, my pencilcase. Sesedap limpa dia jeee kan. Dierang memang suka kacau saya kalau tengah bukak buku . Time tu jugak ah nak mengendeng. 


Sehari before exam: Taklimat ringkas dan jeling-jeling dewan exam. Tampal label meja dan blahblahblah. Kena ambik mood sikit supaya tak terkejut esoknya. Before balik, mata saya tertancap pada sorang classmate sorang ni ha tertido atas meja. Eh tak balik lagi budak? Rasa lama tak berbual dengan dia.. Untuk keselamatan saya selit notes best of luck je lah buat tatapan dia.

Saya jugak sempat bersalam-salaman dengan para guru. Indescribable sangat feeling bila dikucup, dipeluk, diserapkan kata-kata semangat yang tulus dan ikhlas. Terimakasih semua! 

Ni lagi satu, bila balik dok sedap kunyah kacang kan, adik sepupu 3 orang tu telefon wish selamat berjuang. Terimakasih wahai budak. Exam pun nanti buat betul-betul okay. Kalau dapat straight As kita nak belanja harr harr.


Semasa


Benda wajib atas meja peperiksaan 


Lebih dan kurang macam ni la rupa meja exam saya. Ni hanya analogi sahaje.



Kalau di Johor sini, sepanjang minggu exam hujan je sokmo. How about you?

Minggu exam adalah winter week. Sejuknya sampai terlanggar board Dilarang Membuat Bising bila nak masuk dewan. Huahua spoil betul.



Hah I got a white teddy bear from Lidda and Alia on that first day! Memang mencabar emosi sungguh dua budak ni. Arigato manyak-manyak ye budak. Saya still simpan budak sekor bulu ni dalam kotak.

For the last paper iaitu BAK, puuuuun hujan  jugak. Siryesly, tengah-tengah menulis tu tiba-tiba sekeliling macam gelap. Bila pandang tingkap, woha dah mendung! Sejuuuuuuuuuuuk sangat. Kejap kanan dengar orang bersin, nanti kiri pulak bersin hahachuum. Masa yang diberi  jam tu memang boleh buat drama sungguh la dalam dewan. 


After exam, ramai-ramai serbu bilik guru and salam-salam. Purrr nice moments. Semua orang balik, me with Muny  berbual berbual dan berbual. Too many stories to be shared lepas berhempas hempas pulas untuk exam.. KAN?



So... Ape plan after this?

Jeng jeng jeng
Happiness in a Nutshell
HERO - Hilal Asyraf
Contengan Jalanan - Hlovate
Warkah Alam

Believe it or not, saya menjadikan amalan sedikit demi sedikit dalam membeli novel. Pahtu kumpul untuk dibaham lepas exam. Harr harr currently saya sedang menghadam Contengan Jalanan karya Hlovate. Wijdan Hawani, tengok lah saya! 

A Visit To Fishing Village
The Cat  Who Went To Heaven
The Man With No Name
Kanga & Baby Roo Go To The Forest

Tak cukup dengan beli, tamak lagi pinjam library hehe. Mari kita belajar Eng-gerlish~ Yelah, cakap ah saya ni childish sebab membaca buku kawan Pooh. At least saya membaca jugak. Semput tau tak nak habiskan satu-satu buku ni. 

  Lagi, saya nak menonton movie. Terutamanya SMURF  dan SHREK. They are too cute. Selain dua menatang ni, ada lagi cerita kartun yang saya miss tak?


  Sekolah saya (ewah sekolah ini kita yang punyaa) akan membuat lawatan  sambil belajo di Institut Veterinar di Kluang, Johor. APA VETERINAR? Ok nak pegi sangat wei! Nak sapa lembu, nak usap kambing, nak bagi makan panda (kalau ada --') dan nak perah susu kuda. Eh kuda ada susu? Gelojoh betul, tunggu je lah Khamis nanti.


  Stay dekat kampung jaga nenek dan menghabiskan sisa cuti bersama Kakcik, the sepupu kesayangan. Budak ni tahun depan pulak exam PMR. So nak push up habis-habis dia cuti ni haha. Tunggu ah! Tak sabo nak buli dia lalala


  Interview sunbae sunbae yang dekat mahupun jauh. Semuaaa lah. Nak tanya pasal life masa form  haha. Sebagai persediaan mental dan fizikal. Pastu, ada lah lagi nak tanya macam-macam ehem.



APEPUN, walaupun dah habis exam tak bermaksud tak belajar. Tak bermaksud dah habis belajar. PMR je kot baru. Kita ada lagi satu kerja; DOA


Ni lah keje saya, seorang lepasan PMR. Miwiiiiiit~

Kenang kiterang di dalam doamu. Semoga kita semua dapat keputusan yang cemerlang gemilang dan terbilang! Amiin




Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha