Bicara Bumbung
Kita ni import ke eksport punya orang?
Sabtu, Oktober 29, 2011 | 9:07 PG | 12 comments
Dengan lafaz Bismillah dan satu nafas je saya memicit  button. Ingatkan makin rajin update after exam kan, tengooook... Ha tengoooook. Makin malas wei. Perlukan nafas untuk picit butang New Post.

Keh keh oh malam ni saya cakap-cakap pasal kita. Ha'ah pasal kita la *kelip2 mata*

Actually benda ni saya dah draft dalam kepala 2 minggu. Punya lama saya bela dia. Now saya nak extract dia supaya menjadi berguna kepada kita kita.



Betapa kegedikan itu adalah saya hakhak


Meh kita tanya diri sendiri, kita ni manusia import or manusia eksport eh

Lek luuu. Apekebenda masuk Geografi topic ni?

Bukan setakat Geog je,  Sejarah dan Kemahiran Hidup pun ada topik eksport import ni. Kan kan, jom ah refresh balik otak kita. Ni, masuk hat Pendidikan Islam pulak.

Key, what is import and eksport actually?

Tarik nafas sat. Korang rilek je eh. Slow slow.. Oh eh, maafkan saya kerana berbahasa rojak petis. Ngeh


Apakah yang dikatakan manusia import.. dan manusia eksport

Import - manusia yang menerima

Eksport - manusia yang memberi


Easy as piece of icecream  aite? Macam import lah, kita terima atau ambik from others. Kalau eksport, kita bagi kat orang lain. Alah, Geografi dan Sejarah cukup menerangkannya. Sabo husna, tak sume reader ekau ni umurnya form 3 


Muhasabah diri balik, we are import or export type nih?



Dah, korang rasa kan. Antara dua jenis manusia ni lah.  MANA YANG LEBIH BAHAGIA?

Mencabar kewibaan punya soalan. Cari gali buku Geog cepatt! Haha

Dari mata kebendaan, of course lah import kan lebih bahagia. Sebab kita menerima benda je. Terima terima terima, ceh tak memberi pulak. Mana aci!

Pernah tak, korang bagi present kat someone in somewhere. Biarpun mahal bak harta karun di Lenggong Perak, tapi bila nampak someone in somewhere tu happy je terima present tu, surely kita automatic terbahagia sekali kan? Padahal duit  dah lebur dek terbako membeli present tadi.


OH baiknya awak! 


So here, hakikatnya manusia eksport adalah lebih bahagia. Manusia bahagia ialah manusia yang bahagia melihat orang bahagia. 

Another side, susah nak tengok orang bahagia dan bahagia tengok orang susah ialah ciri-ciri manusia tidak bahagia.


Kenapa bahasa saya agak seperti alien di planet Marikh? Errrr hehe, mintak mintak korang faham


Next, kalau nak buat something, fikir apa yang akan dieksport, bukan apa yang diimport. Maksudnya, fikirkan apa yang kita akan beri, bukan yang kita dapat jek. Memberi kan bahagia. Tak ke? 

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.Surah Al Baqarah> Ayat 274


Adelah terngiang ngiang kawan cakap, 'Kalau kita tolong orang, Allah mesti tolong kitaa ' Kus semangat. Indeed.


Macam Prof Dr Muhaya pernah lah cakap saya teringat, 'Jadikan diri sendiri macam cahaya matahari. Bila jumpa orang, buat orang tu bahagia dengan diri dia sendiri, bukan kagum untuk diri kita'

Contohnya kat public speaking, sebagai seorang guru dan juga.. yea daily conversation.


In a nutshell, meh jom kita jadi manusia eksport. Sape taknak bahagia kan?

Senyum pun satu jenis eksport. Yok, sebarkan senyumanmu! *terbayang bibir senyum terbang ke udara*

Oh yes, idea post dikreditkan kepada radio IKIM hari Sabtu bertarikh 8 Oktober 2011 jam 7 pagi. HOHO segmen ni setiap minggu ade di pagi hari. Prof Dr Muhaya yang....yang.. yang ape eh nama dia? Yang conduct segmen ni. Ngeh.. Serius, doktor ni awesome. Penuh aura positif yang tinggi. Cuma.. tidak ku nafikan kadang tersengguk di sebelah radio pada pagi yang hening. Keh keh keh

Yiey saya berjaya menghabis post ini pada jam 11:59 p.m. Masih malam. Sehubungan dengan itu, dengan helaan dua kali nafas saya memicit butang   Assalamualaikum


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha