Bicara Bumbung
" Kita la yang sikit tu "
Isnin, Jun 06, 2011 | 9:42 PTG | 2 comments
بسم الرحمن الرحيم

Selamat Pagi. Tarik nafasss dan hulur ke bawah lengan. Ada bau tak? Takde kan. Maksudnya aku dah mandi. LALALA~ Apsal awal beno mandi harini kak? Wah perli tu! Muahaha aku semangat pakai baju ragbi nih. Go Kuning GO! NIPPON GO! =.=" Kat baju ni ade tulis Oriental wah semangat ketimuran tauu aku harini. Ok takde sapa kisah pun hihi.

Bytheway, tadi aku melancong dan shopping kat pasar. Ha ah aku jakun tauuu. Sebab ikan semua terpegun tengok aku. Ayam hidup dalam reban pun tak ketinggalalan mintak sign pastu aku bye-bye kat dia. Huish haiwan peminat aku rupanya. Kenapa harini aku lain macam? Errr taktau.

Benda best harini rupanya,


Aku yang kiri. Kesian kan aku?


Taktau pasal apa kena bayar cukai kat parking pasar ni. Wah pasar pun kena ada cukai kenderaan. Kena lubang-lubangkan kertas tu pastu tampal kat dashboard. Korang paham dop nih? Haihh pergi la balik ke zaman Parameswara tengok diorang kutip cukai. Tapi betul ke ni namanya cukai? Aku asal sebut je hehe


Dalam kereta Uma si adik kecil aku ni tanya kenapa tak guna kertas yang lama je. Bukannya pengutip cukai tu tau kita tipu. Tipu apa? Ye lah tipu yang kiteorang re-use balik kertas tu. Ya Allah susahnya nak bagi explanation. Anggap je la dah paham HOHO.

Pastu ummi sambut, buat camtu tak masuk syurga. Ha lebih kurang macamtu tapi siryes tak ingat satu-satu perkataan nya. Uma jawab,

" Entah-entah ramai yang buat macam tu "

Umi tempelak, " Kat syurga orang sikit ke banyak "

" Sikit "


" Kita la antara orang yang sikit tu hehehe "

Aku terasa masin mulut nak menyampuk sopan tiba-tiba tadi. Tu doa. Amiin ramai-ramai! InsyAllah kena la usaha jugak kan. Fuh fuh kus semangat!

Aku baru tau pertandingan tulis surat ni semalam. Go ---> http://www.pos.com.my/pos/about_us/update/update1.aspx Terasa macam nak masuk lah. Aku nak tabur bedak atas surat tu bagi kalau-kalau boleh menang ke wahh alorh alorh gedik :P Jom ah join kalau korang ni puitis menulis surat :)


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha