Bicara Bumbung
Beza berdiri dengan kaki dan kerjasama
Selasa, Jun 21, 2011 | 10:19 PG | 6 comments

Sumber: Tamahaji Flickr®

Oh yeah nak cerita pasal KH lagi. Kalau tak suka KH tapi minat bertukang kayu paku, baik teruskan pembacaan anda tiga..dua..satu Cepatttt jalan! Haha cuma sekutil, sekelumit, secubit dan sesudu pengalaman aku yang tak comel waktu dalam bengkel. Diulangi Tak Comel ye. Ape nak suruh bold? Tak payahhh 

Aku kalau chapter bergerak ke bengkel memang favourite pastime. Kalau boleh nak awal je pergi tinggalkan kawan-kawan cewahh gurauan. Kang ada pulak mintak pujuk belanja, masalahnya bila pulak ade yang merajuk ~.~

Oh ye, aku suka je masuk bengkel KH ni. Selain daripada belajar merosakkan dan menggigit kayu, bengkel KH adalah syurga kebisingan HAHA. Ketuklah apa yang hang nak, takde sape pun marah ataupun denda. Syurga kan? Kat bengkel ni lah aku belajar mengetuk, membedah, menggam, kerut-kerut muka bila gergaji, buat drama kalau paku patah. Banyak kan benda kiteorang belajar? Dah macam kat kilang pulak aku rasa dalam bengkel ni. Sama-sama buat kerja dalam satu impian ; NAK JADI YANG FIRST SIAP.

Haha walaupun sayang kat bengkel ni, takde maknalah aku men-terror semua benda. Frankly speaking, aku adalah orang last kalau nak dimintak tolong. Tapi aku adalah orang first yang akan mintak tolong. Fine ayat aku macam pelik lepas makan apam balik #Takdekaitan

Harini aku berlagak sikit. Ketuk sorang-sorang, bedah sorang-sorang dan tarik paku yang senget sorang-sorang. Kenapa? Harini cikgu target satu kelas dah siap benda alah ni. Waduh semalam satu masa pun aku terkedek-kedek lagi memaku. Kalau benda tu maruku dah lama dah aku makan.

Masa ni aku rasa; Nak berdikari.

Seboleh-boleh taknak mintak tolong. Buat je lah memaku tu sorang-sorang tanpa sape yang heran. Dalam hati Allah je lah tahu pengharapan aku supaya someone oh please tontonlah daku yang lemah ini. Sini aku ajar korang memaku jom?

Pertama; Cucuk hujung paku tu kat bahagian mana-mana badan kayu nak dicucuk
Kedua; Sementara paku still tinggi, jari yang mulus dibenarkan pegang paku kat hujung. Mulalah, ketuk si paku ketuk! Hentuk je kuat-kuat
Ketiga; Selagi kepala paku belum jejak jari, jangan lepaskan jari tau. Ketuk je lah sampai mana larat. Bila dah nak-nak masuk je, boleh lepaskan jari dan yeah ketukkkkk! Nanti ada la special effect punya bunyi tanda dah paku dah masuk
Last; Mari tayang peace yang dah lebam sikit


Pika ade bagi tips pilih paku, pilih paku yang tegak je. No senget benget yang bengkok. Kalau tangan bengkok cemana pulak?

Oh ye, sambung cerita. Aku paku sorang-sorang je. Masa tu dok memaku kat bahagian sempit. Dugaan betul. Nak hayung penukul kuat-kuat tak boleh. Ketuk je lah aku slowly with shy-shy. Ketuk, ketuk, ketuk punya ketuk dan punya ketuk~ Aik kenapa rasa macam tak gerak je paku yang dipaku oleh aku? Sah!

Sabarrrr~ Aku ketuk lagi. Ketuk je lah sambil memendam rasa. Dah asyik ketuk, confirm ade terketuk jari. Pedihh urat jari. Kawan lain dok best je bedah-bedah kayu huahua. Tarikk nafas. Eh? Aku terpandang guru kacak KH aku memaku. Laa! Senang je ghupenya  Aku pun menjalankan misi meniru jarak jauh. Kali ni punya cara boleh ketuk kuat-kuat. Dengan tenaga power root, aku ketuklah sekuat hati dan jiwa dengan harapan paku tu cepat cepat lemas dalam badan kayu. Yeay! Bye bye paku. Senyum je lahh memanjang.

Last, bila belek-belek atas kanan bawah kiri tepi hujung, aku tergumam Oh tidakkkk. Kaki paku pecah  Bak kata yang berusia, tangan tak bedung kah?

Kaki paku tu terkeluar dari kayu~


Dengan limpa dan pankreas yang jatuh merudum, penyepit-apentah digunakan untuk tarik paku tu. Tak kira, kena guna plan K pulak! Ape K? Plan keromosom kerja kayu kebabom


Last-last,
Bintang tu watermark. Paku tu takdelah pening mana sampai nak ade bintang pusing-pusing


Aku taktau macamane paku tu boleh bertukar arah saat-saat akhir. Haishh stail sungguh lah ke-senget-an beliau


Aku kena tukar jadi, APA YANG PENTING? KERJASAMA!


Ada jugak pihak yang sanggup tolong aku haa akhirnyaaa. Dia paku, aku pegang, Dia pegang, aku paku tapi lepas aku paku satu, dia offer paku yang lain sebab aku paku lambat dan se-low. Siap ada irama sakti lagi wooh nak aje tegak pulak paku tu.

Dia kikis, aku bedah perut PVC. Dia gariskan, aku bedah perut cardboard pulak. Aku pegang, dia pistol gam PVC. Wah aku jadik doktor lah hari ni. 

Do thanks a lot to Shafikah :) Yang lain-lain pun lah sebab bagi semangat secara tak disedari

Aku jadi yang ke sebelas siap Muehehe. Next to top ten pon boleyyy. 








Aku jadi confius, BERDIKARI atau KERJASAMA? Ayokk taktau aku pulak yang terkeliru dan mengelirukan korang hehe Sorrryy. Anyone?

Bagi Kit-kat lembik bawah meja time dia dah balik, dia bagi telur puyuh lima bijik kirim kat orang. Sedapnyaaaa cicah sambal woo. Aku taktau kenapa aku kena malu dengan kakak mucuk tuu -,-

p/s: Tetibe rasa macam banyak cakap pulak eh ^^' 


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha