Bicara Bumbung
LIRIK: Menangislah Dibahuku
Sabtu, Jun 25, 2011 | 7:13 PG | 0 comments

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)


Lagu ni tak bosan-bosan pun kalau reply. Dengar-dengar buat sokmo senyum je. Eh perasan tak aku tulis ape tadi? Okay bukan reply, replay ye kawan-kawan.

Kadang-kadang aku rasa nanti ada satu masa masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Tak kisah lah kiri, kanan, lurus, tegak, perpendicular line, roundabout pun ade. Sedar tak sedar baru tiga tahun je seh satu kelas. Baru? Should I change 'baru' to 'dah'?


Aku sayang kawan-kawan kelas aku :) Taktau kenapa suddenly rasa macam ni.

Padahal ape ingat kiteorang sweet sangat? Takde lah. Aku je feeling sorang.

Cuma aku rasa atleast diorang ade bagi memori untuk aku kenang. Sekurang-kurangnya untuk 3 tahun ni. Diorang je lah yang teman aku study kat kelas wei. Dengan macam-macam kerenahnya lagi.

:)
Beza berdiri dengan kaki dan kerjasama
Selasa, Jun 21, 2011 | 10:19 PG | 6 comments

Sumber: Tamahaji Flickr®

Oh yeah nak cerita pasal KH lagi. Kalau tak suka KH tapi minat bertukang kayu paku, baik teruskan pembacaan anda tiga..dua..satu Cepatttt jalan! Haha cuma sekutil, sekelumit, secubit dan sesudu pengalaman aku yang tak comel waktu dalam bengkel. Diulangi Tak Comel ye. Ape nak suruh bold? Tak payahhh 

Aku kalau chapter bergerak ke bengkel memang favourite pastime. Kalau boleh nak awal je pergi tinggalkan kawan-kawan cewahh gurauan. Kang ada pulak mintak pujuk belanja, masalahnya bila pulak ade yang merajuk ~.~

Oh ye, aku suka je masuk bengkel KH ni. Selain daripada belajar merosakkan dan menggigit kayu, bengkel KH adalah syurga kebisingan HAHA. Ketuklah apa yang hang nak, takde sape pun marah ataupun denda. Syurga kan? Kat bengkel ni lah aku belajar mengetuk, membedah, menggam, kerut-kerut muka bila gergaji, buat drama kalau paku patah. Banyak kan benda kiteorang belajar? Dah macam kat kilang pulak aku rasa dalam bengkel ni. Sama-sama buat kerja dalam satu impian ; NAK JADI YANG FIRST SIAP.

Haha walaupun sayang kat bengkel ni, takde maknalah aku men-terror semua benda. Frankly speaking, aku adalah orang last kalau nak dimintak tolong. Tapi aku adalah orang first yang akan mintak tolong. Fine ayat aku macam pelik lepas makan apam balik #Takdekaitan

Harini aku berlagak sikit. Ketuk sorang-sorang, bedah sorang-sorang dan tarik paku yang senget sorang-sorang. Kenapa? Harini cikgu target satu kelas dah siap benda alah ni. Waduh semalam satu masa pun aku terkedek-kedek lagi memaku. Kalau benda tu maruku dah lama dah aku makan.

Masa ni aku rasa; Nak berdikari.

Seboleh-boleh taknak mintak tolong. Buat je lah memaku tu sorang-sorang tanpa sape yang heran. Dalam hati Allah je lah tahu pengharapan aku supaya someone oh please tontonlah daku yang lemah ini. Sini aku ajar korang memaku jom?

Pertama; Cucuk hujung paku tu kat bahagian mana-mana badan kayu nak dicucuk
Kedua; Sementara paku still tinggi, jari yang mulus dibenarkan pegang paku kat hujung. Mulalah, ketuk si paku ketuk! Hentuk je kuat-kuat
Ketiga; Selagi kepala paku belum jejak jari, jangan lepaskan jari tau. Ketuk je lah sampai mana larat. Bila dah nak-nak masuk je, boleh lepaskan jari dan yeah ketukkkkk! Nanti ada la special effect punya bunyi tanda dah paku dah masuk
Last; Mari tayang peace yang dah lebam sikit


Pika ade bagi tips pilih paku, pilih paku yang tegak je. No senget benget yang bengkok. Kalau tangan bengkok cemana pulak?

Oh ye, sambung cerita. Aku paku sorang-sorang je. Masa tu dok memaku kat bahagian sempit. Dugaan betul. Nak hayung penukul kuat-kuat tak boleh. Ketuk je lah aku slowly with shy-shy. Ketuk, ketuk, ketuk punya ketuk dan punya ketuk~ Aik kenapa rasa macam tak gerak je paku yang dipaku oleh aku? Sah!

Sabarrrr~ Aku ketuk lagi. Ketuk je lah sambil memendam rasa. Dah asyik ketuk, confirm ade terketuk jari. Pedihh urat jari. Kawan lain dok best je bedah-bedah kayu huahua. Tarikk nafas. Eh? Aku terpandang guru kacak KH aku memaku. Laa! Senang je ghupenya  Aku pun menjalankan misi meniru jarak jauh. Kali ni punya cara boleh ketuk kuat-kuat. Dengan tenaga power root, aku ketuklah sekuat hati dan jiwa dengan harapan paku tu cepat cepat lemas dalam badan kayu. Yeay! Bye bye paku. Senyum je lahh memanjang.

Last, bila belek-belek atas kanan bawah kiri tepi hujung, aku tergumam Oh tidakkkk. Kaki paku pecah  Bak kata yang berusia, tangan tak bedung kah?

Kaki paku tu terkeluar dari kayu~


Dengan limpa dan pankreas yang jatuh merudum, penyepit-apentah digunakan untuk tarik paku tu. Tak kira, kena guna plan K pulak! Ape K? Plan keromosom kerja kayu kebabom


Last-last,
Bintang tu watermark. Paku tu takdelah pening mana sampai nak ade bintang pusing-pusing


Aku taktau macamane paku tu boleh bertukar arah saat-saat akhir. Haishh stail sungguh lah ke-senget-an beliau


Aku kena tukar jadi, APA YANG PENTING? KERJASAMA!


Ada jugak pihak yang sanggup tolong aku haa akhirnyaaa. Dia paku, aku pegang, Dia pegang, aku paku tapi lepas aku paku satu, dia offer paku yang lain sebab aku paku lambat dan se-low. Siap ada irama sakti lagi wooh nak aje tegak pulak paku tu.

Dia kikis, aku bedah perut PVC. Dia gariskan, aku bedah perut cardboard pulak. Aku pegang, dia pistol gam PVC. Wah aku jadik doktor lah hari ni. 

Do thanks a lot to Shafikah :) Yang lain-lain pun lah sebab bagi semangat secara tak disedari

Aku jadi yang ke sebelas siap Muehehe. Next to top ten pon boleyyy. 








Aku jadi confius, BERDIKARI atau KERJASAMA? Ayokk taktau aku pulak yang terkeliru dan mengelirukan korang hehe Sorrryy. Anyone?

Bagi Kit-kat lembik bawah meja time dia dah balik, dia bagi telur puyuh lima bijik kirim kat orang. Sedapnyaaaa cicah sambal woo. Aku taktau kenapa aku kena malu dengan kakak mucuk tuu -,-

p/s: Tetibe rasa macam banyak cakap pulak eh ^^' 
Bila orang tanya status saya,
Sabtu, Jun 18, 2011 | 7:59 PG | 4 comments


Bukan status relation-ship tu dong. Ni status hati jiwa raga aku. Currently status nfHusna: Tak boleh berfikir dan menulis dengan beberapa waras. So blog pun tengok sebelah mata dan tak menumpahkan air liur lagi. Puas hati? Haha gurauuu je lah.


Setakat ni aku, Husna sihat alhamdulillah. Lingkaran nyamuk bawah mata, jerawat comel tepi dagu, rambut kusut tak tersikat serta bau kaki macam sirap limau menjadi penghias diriku. Tak hairanlah kalau ada certain perkara pelik dan agak menjengkelkan --tapi buat-buat je lah happy, happens.


 Bagi coklat kemek secara live dari poket beg kepada kawan omei aku, Muny. Sampai sekolah hujan renyai-renyai dan sejuk, dia suruh teman pi luar kelas. Bak kata Karam, alang menyeluk lumpur biar ke pangkal hidung. Terus je aku sambar beg dan bawak ke hulur hilir. Nak hand-to-hand pun malu atas nama Cadbury BlackForest. Ape kes? For your information, saya memang tak pernah makan Cadbury guna duit sendiri. Atas ihsan dan simpati orang lain je lah saya merasa Cadbury. Duit sendiri, mimpi je lah.

Birthday dah 3 minggu lepas kot, tu pun hanya Cadbury kemek ")


 2 hari ber-ketuk ketak bunyi kiteorang memaku dalam bengkel KH. Tak lupa buat Puan Gergaji yang garang dan Cik Syelek cantik. You both were awesome on that day. Haha aku memang suka masuk bengkel dan kena buat kerja kayu. Time tu lah nak tunjukkan kesepakatan dan kerjasama dalam kerja. Praktikal yang jarang nak jumpa dalam kelas. Lagipun kan, angin berumba-lumba masuk bengkel KH  Nak aje aku tidur berbantalkan penukul

Cikgu KH kiteorang nak pindah dah. Akan rindu suara kecik, kata-kata hikmah, cerita dan ke-bajetan dia. Beliau memang ada self-esteem yang tinggi haha. Tapi... tetap cikgu yang amazing bagi kiteorang


 " Saya tak berminat dengan orang sebaya lah " --Pengakuan jujur lagi naif daripada aku. Salahkan diorang yang suka buat aku malu dan tak selesa. Yang paling aku tak sangka, boleh pulak tu Lai tambah, dengan mimik muka taknak kalah dengan pak nujum buat ramalan.

" Ha'ah Husna tak sesuai dengan orang sebaya lah "

" Husna perlukan lelaki yang tinggi dan blahblah "

-- Tau lah aku ni bukan nya tinggi mana pun haihh

Paling the cannot go,

" Lelaki tu mesti 20-an, jarak 5 tahun daripada Husna "

Lai, memang nak kena kakak ni! Suka-suka perut dia je buat ramalan




Enough more? Tak boleh cerita lebih-lebih, naya kan aku. Apapun, minggu ni awesome Alhamdulillah. Kadang-kadang words cannot describe the best kan?


Diam-diam je lah. Aku menaip dalam keadaan mata kuyu dan macam taknak bukak. Aku nak buat Sains actallually #kononnya lah, tapi mata ni haaa gedik.



As a nutshell, status saya sekarang lebih berada di... (maybe this can help you HAHA poyo sikit)




saya suka jawab soalan | saya membebel | saya menjadi speechless dengan reblog



Jujur lah, sometimes stuff(s) kat internet ni buat aku nampak diri sendiri. Dan jugak, tempat aku jumpa ramaii orang dan sedar aku bukan sorang-sorang pun kat sini

Aku dalam proses kenal diri sendiri. Aku pun tak faham je dengan diri sendiri ni kadang-kadang. Aku harap those stuff adalah cermin pantulan dan cara aku nak detect meSELF :D Jom ah, buat challenge ni! Heheheh ape-ape lah aku niii

--Someone stranger said something about me. Should I take that as a compliement? Kenapa? Senyum awak manis!




wijdan-hawani:

People change, dud. And I am one of the people.



(….) senyum. Oh me  Yeah harap-harap ke arah yang lebih baik kan? Ameen
Ingat jagung, ingat nfHusna
Jumaat, Jun 17, 2011 | 11:24 PG | 3 comments


Jumaat petang, selalu je singgah pasar tani kejap. Isi muatan perut yang hanya seminggu sekali je. Ye janji tak banyak-banyak. Eh, susu botol ni............


SUSU JAGUNG :)

Bila aku pandang warna dia je, aku teringat kat Ama'. Dia pernah cakap, " One day kalau berpisah nanti bila pandang air jagung je saya sure ingat awak "


Haih rasa macam terharu, comel, sedih, tak sangka dan seratus satu macam perasaan. Aku senyum sorang-sorang. Yelah nak senyum kat siapa lagi dalam bilik air ni. Batang paip?

Dulu kat kantin, bila makcik kantin gantung plastik isi air kuning-kuning je aku selalu excited disimbah cahaya. Suka je. Jagung dan aku tak dapat dipisahkan. Ada kimia antara kita~

Sekarang susah nampak air jagung kat sekolah. Agak-agak Ama' nampak ape lagi eh dia teringat aku? Haha dia pernah cakap novel TAK SECANTIK HUSNA buat dia ingat aku. Should I take that as a compliment?

Cikgu sekolah rendah used panggil kiteorang kembar. Kembar name. Haha ape ape je lah. 

Our friendship never says goodbye :)

Aku pulak lupa ikon 'tong sampah' tu sape punya. Heheh tak senonoh betul suruh ingat dia bila tengok tong sampah :")
6-ways to high in self esteem
Ahad, Jun 12, 2011 | 6:42 PG | 2 comments
Picit untuk zat secukupnya


Since aku ni boleh lah dikategorikan sebagai takde self-esteem, aku sharing lah sikit-sikit pada parents yang ada problem anak istimewa banyak macam aku ni. Special tauu. Teens dengan budak-budak yang ada problem sama dengan aku, mari dekatt mari dekatt  


Harap-harap esok semua ada self-esteem secukupnya nak tanya banyak-banyak kat cikgu. Btw, semua pakat nak protes cuti expand lagi. Amboiiii cuti taknak pulak factorizekan. Ops termasuk math pulak

Harap bangun awal. Harap bedak tak bersepah. Harap cermin ikhlas nak curvekan tudung sekolah esok. SEMUANYA ESOK ^^"


Semester ni, aku nak lebih rajin. Semangat! Semangat! 
Bermain dengan senduk
Sabtu, Jun 11, 2011 | 10:44 PTG | 4 comments
Sape yang baca blog ni dari tahun lepas, sure pernah baca entri aku masak nasi goreng. Ah malas la nak bagi link nanti korang gelak pulak tengok nasi tuu hoho. Tak silap tu time cuti jugak kan, so untuk tahun ni aku nak menaikkan legend memasak hanya musim cuti ni buat kesekian kali-nya. 



Hari ni ummi takde, ada meeting kot. Haish busy mengalahkan aku yang kena buat folio :P Untuk lunch, umi pesan suruh masa daging. Aku dengan gigihnya search daging masak merah dan mentulis kat buku english. Here we go~


Apa mung ingat ni pertandingan ratu cantik berhias segala?

Punya semangat aku masak ni sambil bukak lagu Edcoustic - Aku Ingin MencintaiMu. Berangan aku ke-seorang-an di bawak arus sungai dapur yang sementara. Semangat nih nak bagi famili makan! Haha


Bila tiba nak rasa guna lidah, haishooo sengat dia sampai tekak dan hidung. Pedas wooooo. Kalau pedas alamat nya ape? Pandai.... tanda nak bertunang. Gurauuuu

Gelabah la for sure, tenyeh-tenyeh je la nak menyimpang resipi. Letak kicap sikit, gula lima sudu, sos tiram, sos tomato takde pi tumbuk tomato. 





Entah la, no comment. Belum rasa actually. Nasib baik ummi nak balik jap lagi. Harap-harap bawak lauk lebih lalala~ Dengan ini dikonklusikan: aku fail bila masuk chapter cooking. Membako kek atau biskut boleh lahhh. Tapi, ape nak bagi anak-anak kuih almond cicah sos piping bila sarapan? T_______T"

Nak update banyak-banyak hari ini HAHA
Opposite of wangi
| 7:09 PTG | 0 comments



Soalan murid darjah 3 HEHEHE

Antara BUSUK dengan TIDAK WANGI, mana jawapan yang korang akan pilih?

Haha totally remind me of ME masa darjah 3 dulu. Paper exam Bahasa Melayu beb. Boleh salah besar dalam soalan macam ni?

Soalan: Tukarkan kepada perkataan berikut kepada kata berlawanan

  Wangi = Busuk
  Tinggi = Rendah
  Panjang = Pendek
  Pandai = ________
  Hensem = Comel (?)


Boleh pulak aku termenung nak jawab apa soalan nombor 4 tu. Betapa nerd dan naifnya nfHusna ni. Fikir punya fikir punyaaa fikir, aku tenyeh la jawapan TIDAK PANDAI. Alasan? Umi aku pantang ah anak-anak dia sebut dodoh dodoh ni.


Yang rasa comel nak hempuk dinding tu, cikgu yang tanda soalan tu pangkah besar-besar. Baik dapat 100% cetttt terdapat 50% Haha okay gurauuuuu

Memang ah, tengah mandi aku ingat-ingat balik. Rasa comel dan hensem pulak

Baba perli-perli Unaaaa-unaaa bila dah dapat tau link blog ni. Elehhh tukar link baru tau. Bila tanya mana dapat, beliau jawab dengan angkuh -SEARCH MAA~

Sedap betul belasah badminton pagi tadi :D
Rambut cantik bang~
Khamis, Jun 09, 2011 | 9:27 PTG | 2 comments
Hai selamat pagi. Cuba bau ketiak masing-masing. Yeay belum wangi. HAHA


Ni cerita dah basi sebenarnya. Tapi basi kalau berguna takpe kan? Ok straight to the point sebab aku nak mandi cepat-cepat kejap lagi.


" Ayah, kenapa ayah tak kasi anak ayah ni potong rambut? "

Ade la budak kecik ni tanya ayah dia. Aku diam, nak tau jugak. Sebab tak bagi peluang potong rambut langsung! Biar je panjang mengurai sampai esok~ Opss ye diorang perempuan tauu hehe.


" Sebab rambut tu kan mahkota seorang wanita "




Aku tak nafikan langsung yang rambut tu something yang perhiasan untuk perempuan. Perhiasan kat rambut tentu-tentu ah mahkota. Ada ke jawab gelang kaki? Tak patut *geleng kepala tangan di dada


TAPI Ha kejap eh. Bagi aku peluang nak membebel. Haish Muny suka cakap aku banyak bebel. Padahal sayang aku~ LALALA


MAHKOTA PEREMPUAN tu dikatakan mahkota dan perhiasan bila jadi panjang ke? Bila panjang mengerbang ke? Bila rambut tu ikat tocang lima macam Rapunzellah ke? NO. Jawapannya: SEKALI-SEKALI SALAH. Faham?

Dah nama pun memang mahkota. Bukan pada kepanjangan, ke-krintingan, kelurusan, kewarnaan lah. Tu kira faktor PANDANGAN MATA KASAR je. Takkan mahkota ikut luaran je, taknak tau kualiti ke bang? So here you got it sikit ah, perhaps?


Tak kisah la panjang atau pendek, it's still called Mahkota Perhiasan. Kalau panjang cecah lantai seramik kat London pun, tapi basuh tiga kali dalam masa 5 tahun. ERR ANY KOMEN? OK faham-faham sendiri lah kan. Kalau wajah kita tepek Gardenia, kenapa tak untuk rambut yang hanya khaskan untuk suami kita yang halal ni je?

Aum aum rambut wangi dapat wangi. Mana ade wajah wangi kan?


Hihihi wah matang sungguh analisa aku pagi ini walaupun belum mandi OPSS. Haiyoo mandi-mandi Alamakkkkk ~.~

Untuk aku, dan juga kamu =) Amik baik2 je, pandang sebelah mata yang tak okay. Tak betul, jangan nak segan ah nak tegur. 
Follower baru & Wordless Wednesday
Selasa, Jun 07, 2011 | 5:53 PTG | 0 comments
iaitu Adleena Agullana. Sila tinggalkan link hoho. I lost you maa~ Btw thanks for following walaupun garu-garu hidung jugak ah apa pasal la awak follow. Takde apa yang interesting langsung kat sini muaha-ha. InsyaAllah one day saya akan bagitau cara-cara nak mempamerkan link blog kat profil bila awak follow somebody. Bila entah ek. Kencang ja tuh~

Oh thanks jugak second last fellower ceh ceh iaitu Edina-Kasyah a.k.a kak Didie! Hahaha i'm lovin it your blog. Tahu  Lalala kembang satu mangkuk la tu.

Oh baidewei, hari ni Rabu kan? Hai selamat pagi keh keh keh





Pandai-pandai la interpret dengan mata hati~

Study group, oh I am coming!! Hohoho
Mandi malam kena cakap ke
| 4:39 PG | 0 comments
MANDI MALAM PUN KENA SURUH, BERANGAN JUGAK EKAU NAK DUDUK SECARA SOLO YE


Hahaha anak sape lah ni~ Lagi haru kalau solat pun tak terjaga. Haish


Alasan tipikal: Alaa nanti dah duduk solo baru la arrange masa sendiri

Tak cool seh.



Morak of the values:  Bila duduk bawah dagu dan tanggungjawab parents ni la kita kena fikir untuk masa depan #eh macam takde kaitan pulak

Tadi playing and belasah-ing badminton. Best sebab banyak berbual je :P Yelah, bila masa kan nak berbual lagi :)
" Kita la yang sikit tu "
Isnin, Jun 06, 2011 | 9:42 PTG | 2 comments
بسم الرحمن الرحيم

Selamat Pagi. Tarik nafasss dan hulur ke bawah lengan. Ada bau tak? Takde kan. Maksudnya aku dah mandi. LALALA~ Apsal awal beno mandi harini kak? Wah perli tu! Muahaha aku semangat pakai baju ragbi nih. Go Kuning GO! NIPPON GO! =.=" Kat baju ni ade tulis Oriental wah semangat ketimuran tauu aku harini. Ok takde sapa kisah pun hihi.

Bytheway, tadi aku melancong dan shopping kat pasar. Ha ah aku jakun tauuu. Sebab ikan semua terpegun tengok aku. Ayam hidup dalam reban pun tak ketinggalalan mintak sign pastu aku bye-bye kat dia. Huish haiwan peminat aku rupanya. Kenapa harini aku lain macam? Errr taktau.

Benda best harini rupanya,


Aku yang kiri. Kesian kan aku?


Taktau pasal apa kena bayar cukai kat parking pasar ni. Wah pasar pun kena ada cukai kenderaan. Kena lubang-lubangkan kertas tu pastu tampal kat dashboard. Korang paham dop nih? Haihh pergi la balik ke zaman Parameswara tengok diorang kutip cukai. Tapi betul ke ni namanya cukai? Aku asal sebut je hehe


Dalam kereta Uma si adik kecil aku ni tanya kenapa tak guna kertas yang lama je. Bukannya pengutip cukai tu tau kita tipu. Tipu apa? Ye lah tipu yang kiteorang re-use balik kertas tu. Ya Allah susahnya nak bagi explanation. Anggap je la dah paham HOHO.

Pastu ummi sambut, buat camtu tak masuk syurga. Ha lebih kurang macamtu tapi siryes tak ingat satu-satu perkataan nya. Uma jawab,

" Entah-entah ramai yang buat macam tu "

Umi tempelak, " Kat syurga orang sikit ke banyak "

" Sikit "


" Kita la antara orang yang sikit tu hehehe "

Aku terasa masin mulut nak menyampuk sopan tiba-tiba tadi. Tu doa. Amiin ramai-ramai! InsyAllah kena la usaha jugak kan. Fuh fuh kus semangat!

Aku baru tau pertandingan tulis surat ni semalam. Go ---> http://www.pos.com.my/pos/about_us/update/update1.aspx Terasa macam nak masuk lah. Aku nak tabur bedak atas surat tu bagi kalau-kalau boleh menang ke wahh alorh alorh gedik :P Jom ah join kalau korang ni puitis menulis surat :)
Mung ni gedik tau
Ahad, Jun 05, 2011 | 9:18 PG | 0 comments
This is my father

Semalam, disebabkan internet connection secara tak sengaja telah lost in action, secara tak sengaja jugak lah kitorang sefamili melolok depan tivi. Menonton wayang Majalah 3 dengan Cengkerang-rama-rama tauuuu. Baba kat kerusi Lorenzo ayammo!, ummi lipat kain, uma.... er korek-korek bulu kucing kot dan saya, duduk bersimpuh minum air soya muahaha *ceh bersimpuh la kot =='

At a moment, cemana entah ada satu iklan ni. Kat kedai mamak. Pasal ape eh iklan tu? Yelah, aku kan dah lama tak menatap tivi ni. Iklan pun semua dah baru. Sampai lupa remote kat mana. Wah itu memang overrrr.

Mamat Mamak tu joget-joget pastu nyanyi-nyanyi pasal ape entah. LUPAAAA aku kan ada kes cepat keterlupaan. Pasal bank kot. Siryes lupa. Tak kisah la. Janji comel dia nyanyi laju-laju pastu sengih nampak gigi.

Aku cakap mamak tu comel. Alorh alorh ayah sambut,

" Eee Atin gedik "

Muahaha baba JE-LO-US. Eh camne eja jeles eh? Lama tak gi sekolah. Biasa la, lelaki tak boleh tengok perempuan puji lelaki lain depan dia tau. Tips!



Aku dengan Uma gaduh. Tak, bukan gaduh manja. Geli je gaduh manja hehe. Ni gaduh ridsect. Tak beri peluang! Pape je la. Pastu baba kenapa gaduh. Blablabla..

" Arwah Pak Lang cakap, kalau yang tua dengan muda gaduh, yang tua mesti salah "


MESTI? Ini tidak adil! Terus mata aku rasa kabur. Bukan pengsan la. Kolam mata ni ha gedik je nak penuh. Wuuu mana aci baba budak besar je yang salah.

Baba sambung

" Tapi taklah.. Tu Pak Lang.. Baba tak "


Ni yang lagi rasa nak terjun ni. Bye baba, nak masuk bilik Nguuu

Baba nak tau link blog ni. Haha i challenge you, baba :) Sengih la bace post ni. Jangan geletek eh kalau dah tau :p
Entri ni pasal ayah
Jumaat, Jun 03, 2011 | 5:50 PG | 4 comments
Kadang-kadang kita rasa hidup kita terrible, teruk pastu hancus.. tapi someone yang kita tak kenal merasakan hidup kita ni indah, bahagia dan UNIK. Aum comel #tiba-tiba

Okay, memandangkan hari Ayah nak dekat tapi tak sure lah bila dan tiba-tiba je aku terjumpa satu entri yang mampu buat hati aku yang keras bak batu bata di tepi jalan jadi cair macam jus tembikai T_____T

Nah wajib baca tauu!

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Kredit : Kak Aqilah :)

Aku speechless.

Persamaan nfHusna ni dengan ayah dia : EGO haha. Ego ape? Ade lah kan kan :P I love being alter-ego forever~


Baba yang selalu tegur aku duduk macam apek,
Baba yang muka panjang ke bawah macam aku,
Baba yang pendiam like her daughter,
THNX :)
I love you the way you are Mwah mwah
*lari-masuk-bilik-kunci-pintu-tutup-muka-bantal
Kita pun nak ada minat baru jugak :P
Khamis, Jun 02, 2011 | 8:14 PTG | 0 comments
Since iHazwani canang-canang dengan Alif Satar (eh tiba-tiba confius nama dia haha --"), saya pun nak ada jugak. Semuanya bermula bila semalam macam sunyiii je buat folio pastu cari lagu kat youtube. Punya gigih sampai buang banyak masa yang patutnya buat folio tadi.

Dengar, dengar, dengar. Eh kenapa macam pernah dengar lagu ni?



Rupa-rupanya ada translation jugak. Macam Maher Zain - InsyaAllah lah kan. Bagi yang lidah belacan dan sirih, pergi sini untuk translation Melayu :)

OH MEE, suara dia sedap. Lagu dia takde lah semua pasal love-love je. Jom aku kenalkan dia kepada korang. Haha amboii beraninya saya mempromote si dia kepada blog :P


 Alorh alorh comey nya anak mak 


Tak habis kat situ je, dengan gigih lagi comel dan belum mandi *ops aku pergi cari pulak lagu dia yang lain. Sini aku susun dan persembahkan lagu dia yang aku dah TERsuka. Tengok, dari folio zuppp berubah secara drastik kepada Aizat. Inilah yang dinamakan penangan. Tak sengaja ye. Jangan salahkan aku. Salahkan Aizat takpe.



Pejamkan matamu untukku

Dengarlah dunia berkata-kata

Usah kau ragu di sini tempatmu

Walau berubah di mata kita tetap indah

Selagi kau masih percaya



Ketawa kecewa terpisah

Jalan yang lurus kian berhalang

Adakah semua ini yang ku inginkan

Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

Ku harap ku masih percaya



Adakah semua ini yang ku inginkan

Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

Ku harap kau masih percaya


Aku masih tak berapa paham kenapa dinamakan Sungai Lui. Tapi bait-bait pertama rangkap lagu ni aku dapat rasa 'dia' berpisah dengan satu tempat tu pastu tibe-tiba dia datang balik. Pape je lah. Aku ni bukannya reti sastera HAHA. Ade sape-sape yang paham? Oh please.... do englighten me 

<iframe width="480" height="390" src="http://www.youtube.com/embed/cpNWL4yqsDI" frameborder="0" allowfullscreen>
Aizat-Sahabat

Pasal kawan yang dah pergi. Wuuu sedih pulak aku dengar lagu ni. Aku takde la suka lagu ni sebab pasal kawan dia tinggalkan dia. Hikhik boleh ke camtu?

Lagu yang berjaya merompak hati aku 



Menatap pagi yang sepi
Suara merdu penuh syahdu
Silih berganti tangisan si kecil
Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah 
Mampu dilerai dengan menyanyi 
Pintaku hasratku cintaku 
Di pagi penuh bahagia

(korus)
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi 
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Maafkan aku tertewas terjatuh 
Melaksanakan tanggungjawabku 
Oh Tuhan sampaikan impian
Semua yang kau cinta

(ulang korus)

Aku masih keliru dan tidak memahamiku
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna


Meremamg bulu kaki aku tengok video clip nih. Serius! Sebab lagu ni bersifat touching. Tolong lah, berair mata aku tengok part budak-budak nyanyi pastu dia pi hug budak tu. Aummmm


Aku tak suka font blog neh. Bermulus mata aku tengok. Wuuuu :B



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha