Bicara Bumbung
Karangan hari ini
Selasa, Mei 03, 2011 | 6:06 PG | 2 comments
Aku betul-betul dah gila menulis. Sejak diari aku tamat riwayat mukasurat. Muny dan aku memang contrast. Aku pendiam dan suka tulis-tulis. Dia benci menulis forever dan pembising. Err macam hyperbola bunyinya. Tapi tak menghalang kiteorang kawan kan?

Skip kejap. Pagi-pagi KHB dah kena turun bengkel. Ingat projek ketuk-ketak-ketuk harini. Tapi postponed memandangkan exam nak dekat. Super-dekat. Tapi aku langsung tak berperasaan. Rasa "macam oo minggu depan eh exam? OOOO~ Oh-kay terima kasih bagitau ==' " Apa kena entah dengan aku ni.

Pelik jugak dengan orang yang cuak tak buku sehari. Aku ni ha boleh pulak tak berperasaan. Nape ni? Bikin karangan kat B-L-O-G-G-E-R rajin aje. Doa-doa kan la Uyun Aten Una ni :D

Pergh menyimpang lagi sekali. Aku nak proses maklumat kejap.

Tadi teriak,

" PMR LAGI 155 HARI ! "

" AIK NAPE LAMA LAGI? "

Bunyi macam angkuh je. Kawan sape entah tu~

-x-x-x-x-x-x

Tadi turun rehat awal. Lamanya tak turun kantin . Lamanya tak merasa suasana restoran. Lamanya tak sapa kucing. Lamanya tak berlabur duit kat sini. Tarik nafas dan simpan bau kantin untuk ubat rindu.



" Rindu kan kat kantin? Ingat tak dulu selalu dok makan kat belakang? Sempat je kan bual lama-lama dulu. Sekarang..... "

Mula lah sesi mengadu domba dan luahan perasaan kat hujung kantin tu.

x-x-x-x-x-x

Oh ye kiteorang ada kawan baru hari ni. Patutnya dah masuk Jumaat dah tapi belum sempat intro dah balik rumah. Camne tu? Hai hello selamat datang ke 3Q. Jangan alami kejutan budaya tau awak. Fenomena biasa, budak baru mesti kena buli kena bagi pengenalan kat kelas. Tanya tanya tanya, aku saje tanya hobi pulak.

" Hobi saya membaca "


" HAA?! Memancing? "


Punya la old school kan kawan sape la ni. Hempuk nak?

Cita-cita?

" PILOT "

Whoa respect lah. Punya tinggi cita-cita. Good luck eh Putri ______ :) Rajin-rajin tau study kat sini. Saya kan ada tali pinggang pink!


-x-x-x-x-x

Berbual berbual dan berbual. Datang sekolah berbual je eh? Tiba-tiba boleh timbul pasal mengingau. Mula-mula pasal dengkur pastu kencing malam. Ni ngigau pulak. Maybe semua nak tido sebenarnya tapi tak kesampaian. Tolong jangan salah paham. Kiteorang belajar dalam berbual. Belajar sains tau HEHE.

Pikul punya cerita :

Kakak sepupu dia, Am. Biasa la kat asrama, mesti ada sketsa ngigau ngigau ni. Pukul pagi Am bangun tapi dalam keadaan tak sedar bila si A baru lepas study dan tengah iron baju.

Ngigau ngigau boleh pulak Am ni bawak penyapu. Gaya macam nak turun bawah. Bila si A tanya nak pergi mana,

" Nak gi kenduri "

Gelak berpecahan lagi. Aku ni yang jarang ngigau, rasa menyesal takde experience ngigau macam ni hohoho.

Dah dah, turun kantin. Rehat rehat  -- Ayok pengawas nampak.

Alaaaaaaaa.

Ustaz G diri sebelah aku bila aku ke kaunter untuk membayar wang mihun. Aku senyum je lah. Ustaz makin kurus. Yang pasti, ustaz cakap dia nak belanja aku mee soto tapi harini takde jadi esok pun takpe lah haha. Ustazah kat depan perli " Soto ada hari Isnin je lah ustaz. Belanja tapi taknak ikhlas la ustaz niiii " *SOBSS picit hidung*

Banyakkkkkkk nye aku cakap. Takpe aku tak paksa baca kan?


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha