Bicara Bumbung
Contest: Saya sayang ibu saya
Jumaat, Mei 06, 2011 | 1:11 PTG | 11 comments
Lagu P sedih dan touching memang dah serasi sangat pasal ibu ni. Asal ibu je mesti lagu sedih. Tak, aku tak kata lagu sedih tak bagus. Tapi sedih la ibu asyik lagu sedih je dapat. Why must kalau lagu love jiwang dan happy? Pernah tak korang fikir? Hmm aku pun tak sure kenapa aku pulak kena fikir ^^'




Aku nak dedikasikan lagu Baby nyanyian JustinBieber kepada umi tapi umi hate(s) lagu bahasa penjajah yang pelik-pelik. Baby Baby Baby OOOOO~ I know you love me, I know you care blabla tak hafal pun. Lagi2 lirik laju, double process pulak dalam organ auditory nerve nak masuk otak. Jadi, aku dedikasikan lagu ini


Permataku - Mirwana

Igt anak je ke permata? Parents tak boleh?

 Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...
Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Lagu ni tak rancak menari-nari, tak lembik macam jeli. Eh lembut sikit. Tapi tetap ada power of inspiration tudiaa lirik dia. Aku pernah buat lagu dalam blog jadi kalau dengar je mesti rasa mood dulu-dulu bukak blog? Faham tak miracle benda ni bila rewind balik rasa macam terbang kat Jupiter. Haha eh aku je yang rasa macam tu? ^^'



Hmm.. pasal ummi aku.

Apa yang aku ingat masa kecik-kecik, aku tengah baring tido atas peha ayah aku dan mesti la hadap siling atas kan. Takkan duit syiling bawah kot. Kebetulan tepat-tepat seh atas siling aku tengah tido ni ada lampu  sebijik. Terang benderang memancar je kan dia tenyeh mata aku yang tido-tido panda ni. Tau la mata saya comel ^^'

Tau aku kat mana tu? SAYA KAT KLINIK  Umi tengah dok berhempas pulak nak lahirkan adik aku tuuuu, Uma. Tu je lah yang aku ingat. Ayah dan aku terbongkang kangkang kat luar wad tunggu umi ") Moment aku banyak masa lepas Uma lahir. Waktu aku single-anak tunggal dulu tak bape jelas memori nya. Dah terbakor agaknye.

Bermula lah episod umi menjaga aku dan adik(s) cewahh yang kini dah tak single-tunggal ni.


Hmm aku sendiri blurr nak mula dari mana. Sorry cik Cahaya Azyla atas kekurangan ini hehe. Saya taip tengah-tengah malam pukul ______ AM.

Sambung cite. Kat mana tadi? Pasal ummi aku. Nama beliau bila diterjemahkan pung pang pung pang, jadi la 'Matahari'  Aku percaya nama ummi aku sangat special sebab senang disebut dan jarang orang nama simple macam ni. Boleh la kata triple-, Sweet, Simple, Special~ Ini lah kisah Matahari aku :)

Dengarlah Matahariku suara hatiku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku..


Aku rapat dengan umi kot. Sebab ayah aku memang garang + tegas opss haha. Tapi sekarang dah takk. Dulu-dulu kan, apa aku buat memang ngadu kat umi lah. Dulu aku ni pendiam lah kot, takde kawan banyak sangat kot. Jadi umi tempat aku ngadu-ngadu je sebab baba aku seorang lelaki tulen. Aku pun taktau topik apa yang patut aku bincang dengan ayah sendiri kalau nak berbual pun. Tapi bab sakat-kacau-lawan, aku sukaaaa lawan dengan ayah haha sebab kalau datang mood, baba hentam kuat-kuat. Semua dia buat, siku kepala-geletek-tarik kepala. Kejap, ni segmen ayah ke ibu? Cepat gila aku disretarded =='


Umi cakap umi mengidam sangat makan Twisties masa mengandungkan aku Haha.

Banyak sangat kenangan aku dengan umi. Ehem baba pun. Eeee sayang  dua-dua lah *larimasukbilikkuncipintu kan Aku dah kate aku ni genetik pemalu

Bawah tadika ; Umo 1-4 - Aku tak ingat pape seh untuk tahun keemasan nih. Gambar-gambar je kalau ditengok aku ingat. Time ni otak tak matang lagi kot, semua terbakor jadi shot-memory. Maaf

UPDATED: Umi hantar aku dekat rumah jiran bila umi masuk keje. Tok Zan aku panggil. Aku ingat dia sampai sekarang sampaikan bau pun aku hafal. Minyak wangi tok Zan pakai aku pun tak sure. Tapi kan, tok Zan ada anak bujang. Tiap-tiap hari layan kiteorang adik beradik sambil petik gitar. Aku bukak-bukak seluar nampak pampers pun dia ternampak. Dah, tu je aku ingat. Aku asyik tersave imej abang ni macam AhmadIdham. Hahaha tahun lepas aku singgah raya kan, tok Zan kata aku dah besar. Memang la takkan makin kecik kut. Dia kata aku manis auw malunya saya. Paling memualkan, dia kata aku dah macam orang Arab dah. Apa biskut arab?!! Haihh bila la nak jumpa tok Zan lagi~

Jadi, tok Zan la yang jage berak kencing aku semasa umi keluar mencari rezeki di sekolah. Kalau tak pun, umi angkut je aku bawak pi kelas nak mengajar. Hehe ingat lagi, umi selalu tunjuk tangan umi benjol sebab dukung kiteorang. 

Tadika - Masa ni zon aku rapat dengan ayah aku gila-gila. Sebab gi sekolah same-same, sarapan same-same, pakai seluar baju tudung pun baba yang buat ")

Primary school - Pergi balik sekolah dengan umi dah. Masa darjah satu rumah aku sekangkang dua dinasour dari sekolah. Tiap-tiap hari umi ulang alik semata nak mengajar dan membawak aku keluar menuntut ilmu =)

Pertama: Aku ingat. Selalu aku balik sekolah mesti siapkan homework dulu. Mesti! Punya gigih aku buat depan pintu sambil Uma yang takde homework melunjur kaki je tengok kartun. Kenapa aku susah2 je buat homework ni? Sebab umi pesan; Tak siap homework, Tak boleh keluar main dengan jiran. Sampaikan jiran aku pun sanggup tunggu aku siapkan homework Math kena salin sifir hoiii banyak mana sempat nak habis satu petang. Malam pulak ade keje kaler-kaler buku english, pehh aku ingat macamane tension masa tu. Nak nangis je kan. Tapi kan, umi sanggup tolong aku kaler-kaler tu dengan aku berendam air mata tu. 
Kedua: Umi selalu penat driving sebab rumah kteorang jauh. Tengah aku siap-siapkan homework kat bawah, ummi panggil aku dengan suare jerit tapi lemah. Cepat-cepat aku lari naik atas, tengok umi terbaring dalam pakai telekung. Masa tu memang ah, dah fikir macam-macam sambil panik. Mana tak panik bila dapat tau mak sendiri pengsan pastu tangan tak boleh gerak --mcm kebas. Pergi jauh-jauh tepi toilet, baca Quran sambil nangis teresak-esak. Tu sweet memory la aku kire :) 

Ketiga: Aku dengan jiran sebelah tekad nak bukak pagar dawai hijau tu. Sebab kiteorang main masak-masak tak selesa gilaa nak pass penumbuk lesung kat atas. Leceh. Kiteorang yang naif ni bukak takat mana je. Umi nampak, umi dengan ibu jiran sebelah tolong bukak pagar tu sampai kiteorang boleh main masak-masak yeayy. Aku terharu niiii.

Keempat: Dah besar sikit, aku dah pandai gaduh haha. Aku dengan umi memang selalu balah dalam satu-satu kes ikut opinion masing-masing. Aku ego, aku selalu menang dalam kalah haha. Tapi umi, mengalah dalam menang. Haishh~ Lagi best, aku malu sendiri pastu mula la merajuk. Umi takde pujuk-pujuk camni, umi cakap je. Cakap dalam kelembutan.



Secondary school : Aku cakap " Umi nak berhenti sekolah!Nak kawin hehehe "

Umi balas sepatah je, " ME-NGADE

Ingat dah ada calon untuk aku ==' Tapi, terima kasih umi sebab masih sayangkan saya hingga besar gedabak begini. Kenapa umi sabar eh dengan perangai aku ni? Kenapa la tak campak aku ke tasik tepi tuu? Sebab, she is still a mother.


Umi DAN aku...
Tak banyak cakap sangat. Cakap bila perlu dan jawab bila ditanya. Tapi kalau mengajar, semua cakap umi ni banyak cakap kat kelas. Siryes kalau subjek umi masuk taktau nak act sebagai anak yang dara atau anak murid sahaje. Tapi aku ambik inisiatif sebagai anak murid sebab kat sekolah. Pehh kaku gila jadi anak murid. Secara drastik jadi pendiam depan 'guru' ni. Tapi pernah satu hari, aku tengah buat kerja kumpulan kot, aku tak faham. Terus teriak sambil angkat tangan, "UMMII!" Aku diam. Nape rasa lain eh bunyi dia?  Aku jadi malu bila satu kelas senyap dan memandang sorang budak yang tangan tak turun-turun tu.
Act macam kanak-kanak sometimes. Dah anak-anak dia yang ajar HAHA. Ini kes terpengaruh. Kadang umi tiru aku, aku tiru gaya umi. Kadang-kadang jugak umi ajak main. Scrabble, Carrom, Monopoly, Dam Ular, Dam Haji dah jadi mangsa kiteorang.
Kalau jalan berdua, orang akan cakap aku adik. Woho ni ke rasa ada kakak? Rasa camne tu? Entah. Rasa...BIASA je! Cuma ni versi kakak yang melahirkan adik =='
Ada orang cakap aku macam umi, ada orang cakap aku macam ayah. Tang muka ikut ayah yang bujur. Kalau suara mesti la umi HEHE. Tapi sampai sekarang aku cari-cari part mana yang sama.
Umi takde la masak macam hotel, tapi sardin dengan telur masak kicap pun buat kiteorang sefamili kenyang ") Takde sape boleh lawan jemput-jemput jagung umi yang molek dan rangup. Umi sekali buat mee spaghetti atau steak daging, aura sedap mcm trserap kat lidah padahal first time buat.
Umi suka durian, aku tak berapa. Aku suka kek, umi tak suka. Bab makan, kitedueorang memang suka Ngihaha.
Umi tak bagi aku hadiah macam-macam pun, tapi kalau aku mintak sikit kalau umi bagi tu kira oh malunye ") Umi sabar je dengan perangai aku ni. Budak-budak kacau aku pun, umi cakap tak marah. Sebab diorang gurau =)

... Cause my mom is amazing

Ni suku je daripada macam-macam benda aku belajar dari umi. Kadang-kadang words cannot describe best feeling tu.

UMMI, SELAMAT HARI IBU - SELAMAT HARI GURU -
dan juga HAPPY BIRTHDAY  :) 
Tiga benda umi sambut dalam sebulan sehh. Berpeluh aku melabur duit. Takdelah gurau je. Allah je yang layak balas jasa-jasa umi. Pee aku harap umi tak baca ni dan harap-harap internet connection tiba-tiba terputus.

http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/2011/04/contest-sayangi-ibu-anda.html

Jom lah join. Kalau menang, bukak sama-sama hadiah tu hehe macam best. Sape-sape baca ni, tolong jangan mention benda ni balik kat aku kat aku yang luar. Nanti aku ngaumm :P

Tag :  Kak Saybee  Mario  Alia    Nak join, sangat dialu-alukan


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha