Bicara Bumbung
Budak takbole tido
Ahad, Mei 01, 2011 | 11:09 PG | 0 comments
Amboi, tamak nya engkau. Post nak sampai tiga kali sehari. Sekali sekala kan? Haihh bila la aku nak sedar ni. Kejap sedar kejap tak.


Habit aku kadang-kadang curi-curi bukak laptop bila berlabuhnya waktu malam dan bila semua tengah tido. Huahua syok kot sambil stalk sape-sape dan takde sape tahu. Best nye best nye. Secara rasminya kantoi la habit aku kalau ummi dengan baba baca. Kantoi jugak la dengan kawan, tu pun kalau diorang tahu blog ni ^^'


Tadi tiba-tiba kan, BATTERY LOW dan ter'shut down' sendiri kejap. Aku terkejut pastu mengeluh. Tadi macam baki sejam lagi. Kejap je dah kong? Eh banyak soal pulak engkau. Caj balik tak reti-reti ke?


Aku bangun dan menuju ke dapo. Dapo aku terang lagi sebab... entah memang dapo rumah aku berfungsi main-light-source bila waktu malam. Bukak-bukak mata je cari dapo. Niat di hati nak pergi bilik hantar telekung HEHE. Sebelum tu aku minum air dulu. Tetibe aku pandang cage. Eh mana budak-budak ni? Aku tutup pintu dapo sebab terbukak. Buat ape tutup pintu yang memang dah tutup pulak kan?




Aku masuk bilik. Terpampang imej adik aku lena dibuaian mimpi. Jelesnya akuu grr ==" Bila aku nak sangkut je telekung, terpampang pulak imej dua ekor budak kecik ni atas katil.

Stokin, Panda, Senduk
Stokin- Kenapa? Sebab saya pakai stokin :)
Panda- Rase mcm nak panggil panda. Aku start suka binatang panda weh. Sejak filem ape entah aku tak sure
Senduk- Saje nak bagi real Melayu.. kononnya lah. Last2 bila bagi kawan ayah, sekali berdesup nama Jimmy dia dapat. Dasar lupa kan majikan~ Taktau malu plak tu tido dalam kereta tuan baru dia pi holiday
Batch kalu ni takde makna sangat nak bagi nama. Kasi makan pun macam angkat batu. Tak semangat langsung macam batch lepas-kot.

Aku dah dok risau kot-kot diorang bagi free show najis. Tak boleh caye sangat. Banyak kali kena huahua. Serik aku dengan korang ni. Aku tarik nafas. Hmm wangi lagi. Nasib baik.

Diam-diam aku senyum. Stokin dengan Panda harini diam je. Rindu kat Senduk aka Jimmy eh? Peh syahdunya. Kita rindu dia jugak *garu hidung

Slow-slow aku angkat diorang dan aku usap. Lembut nya bulu korang. Pakai Sunsilk kah? Skip-skip. Aku angkat diorang dan masukkan dalam cage. Aku bagi air dan kunci gate cage.

Selamat Malam budak kecik! Aku start sayang diorang dah-kot sejak diorang bagi aku najis. Siryes.

Rupanya makin malam kita online, mangkin orang care pasal kita sebab tido lambat. Haha point takent


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha