Bicara Bumbung
Yang hidup selamanya, kenangan
Ahad, April 03, 2011 | 5:28 PG | 2 comments

[form 1: first time guna Photoscape. Macam cute pulak tengok hasil kreativiti aku haha ]



[ darjah 6: Aku tak banyak gambar masa sekolah rendah. Ni pun ihsan dari adik darjah 5 secara candid dan bagi masa kiteorang dah form 1. Punya la nostalgia ]


[ Cuti sekolah 2008 aku habiskan dengan Tiger dan meng-edit gambar-gambar haha ]


[ Aku mula menjinak-jinakkan bukan membuaskan diri dengan kamera ]


[ Aku suka ayat dia dan still jeles sebab aku buta Photoshop. Tp thank sbb susah2 je editkan ]


[ Aku rindu diorang yang penyayang dan innocent ]


[ Kawan-baik aku masa sekolah rendah. Aku sayang dia kerana Allah pasti :) ]


[ Choral speaking hari guru masa darjah 6. Nostalgia sungguh la haihh. Guruku, guruku, guruku~ Bukan gukoku, gukoku, gukoku~ Entah ape nama anime Jepun ntah diorang silap sebut ]


[ Aku taktau motif aku edit gambar ni sampai hitam -.- Tetiba ada bintang pulak tu. It's okay lah. Kreativiti masing-masing walaupun takde la se-kreatif mana ]

[ Malam-malam semua dah tido, aku berasmara dengan Tiger berdua-duaan ]
[ Aku mengurat kucing, kawan tolong snapkan bukti :P ]


Aku suka tengok-tengok balik gambar lama. Nanti ada satu macam perasaan yang undescribeable terbentuk. Time tu badan akan rasa macam kat awan-awangan tengah terjun macam Yuna dalam iklan Librese. Kan? Kan? Eh ke aku je yang rasa macam tu? Haha pape je la.

Kenangan, tak semestinya dah dalam gambar baru namanya kenangan. Asalkan dah simpan erat-erat dalam hati, that's what us called kenangan. Gambar tu cuma bukti yang mengukuhkan lagi je.

Kadang-kadang bila tengok gambar la aku rasa macam tengok diri aku balik. Kan? Time tu la macam sikit-sikit kenal diri sendiri.

Macam menulis jugak. Orang kata, bila kau menulis, 50% masalah kau selesai. Inilah tujuan Blogger.com diciptakan~ Menulis jugak menggambarkan sebahagian diri kau. Sebab tu aku tak nafikan kadang-kadang penulisan ni sometimes bersifat membentuk psikologi. Ah sudah aku dah melencong ke Jepun.

Jadi aku harap blog ni sebahagian medium untuk aku bentuk diri aku seperti apa yang aku inginkan :) Ada sape-sape nak join? Jom jom :D


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha