Bicara Bumbung
Bakat kau kat tempat lain
Jumaat, April 15, 2011 | 5:55 PG | 0 comments
Punyalah aku semangat nak bukak buku Math, teacher English masuk. Tiada senyum, tiada gula. Sah! Spotcheck gelombang kedua bakal meletus sebentar lagi.

All of you get out from the class. NOW! NOW!

Sorry. Tu bayangan aku sahaja.

Masing-masing yang rasa dirinya salah, riak wajah muka mesti pucat tak berdarah. Macam air tawar tak cukup gula pun ada. Comel pulak tengok muka kawan aku sorang-sorang.Yang rasa diri tak bersalah ataupun dah selamat sembunyi 'benda larangan', semangat ah kena check sorang-sorang. Orang tak suruh bukak kasut lagi, dia dah bukak tali dulu sempat ketuk-ketuk lagi bagi nak buktikan dia ni tak bawak benda-benda tu. Apetah lagi nak simpan dalam kasut. Tak main la simpan dalam kasut kan?





Tengah cikgu bedah purse aku kan, terkeluar satu surat. Aku dah start cuak mana tau kalau cikgu tu baca surat tu secara berjemaah dekat bilik guru. Mau naya jugak aku.
Dah la format Surat Kiriman Rasmi salah. Bahasa pulak taknak kalah dengan budak darjah satu.

Tu surat yang aku karang bulan Januari tapi kirim baru tadi. Lama jugak aku membela surat tu. Haha Ama, harap awak terharu dengan surat biru tu.

Ama ialah kawan lama aku since sekolah rendah. Ada sape-sape nak bantah?

Pehh nasib baik cikgu tak terbaca. Cikgu bukak surat tu siap ada gaya ura nak baca je.

------

Ustazah tanya, " Masuk bola jaring tak ? "

" Tak ustazah "

" Kenapa? "

" Entah. Saya tak berbakat kot "

Lalu ustazah bergelak besar. Tahniah FatinHusna, berjaya jugak buat ustazah gelak. HEHEHE

Memang, aku tak berbakat langsung dalam sukan. Dah lah comel, agak rendah pulak tu. Kalah la sape yang ambik aku dalam bab sukan ni.



Masuk badminton pun free-free dapat benjol. Terbaik! Hahaha peraturan pun baru tahu hari pertandingan. Taknak kalah dengan budak tadika -.- Tapi takpe la kan, at least aku dapat satu pengalaman besar yang student lain tak dapat. Iaitu benjol! Eh bukan senang dapat benjol. Satu antara seribu~

Esok kena pergi sekolah. Kursus Kepimpinan. Baru nak lenggang kaki buat Geografi*kononnya


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha