Bicara Bumbung
You expected, you didn't hope
Sabtu, April 30, 2011 | 11:22 PTG | 2 comments
Kadang-kadang bila tengah syok feel berangan kan. Zupp tersedar. Tiba-tiba senyum dan cakap sendiri,

" Haish berangan je lebih aku ni. Lempang karang "

Terus geleng-geleng kepala dan stop berangan.

Why not?

Berangan je la. Tak masuk rekod polis pun hehe. Orang pun mana tau kita berangan ape kan. Kecuali la awak dok heboh satu dunia. 

Tau tak, Kate Perry rakyat jelata yang kahwin dengan Prince William (hentam je nama lalala) tu sebenarnya dari kecik dia dok berangan kahwin dengan anak raja. Dia tetap berangan dan berangan serta berharap sampai hari ni, dia berjaya seh kahwin dengan anak raja. Haha ey ni FAKTA! Nothing is impossible. Percaya la.

Tak salah pun berangan dan berharap. Asalkan usaha dan bersangka baik dengan Allah. Kita kan Muslim, kenapa tak gunakan the power of doa sebaiknya? Pehh aku rasa, doa dan mintak dekat Allah adalah benda yang paling mudah sekali. Usaha usaha dan ikhlas and leave it to Him the rest :)

Senang kan?





Aku nak ada suami macam.... eh ok bye. Salah berangan dan salah timing pula.

The other way to know yourself is to be hidden most of the time..

Diari minggu ini
| 9:17 PTG | 0 comments
Macam-macam cerita kot aku bawak minggu ni. Tambah-tambah pulak mukasurat diari dah habis. Kejap eh, tengah meng'recall' satu-satu benda.


Sabtu :


Sekolah buat Hari Puteri Pink. Macam tahun lepas, dah nama pun puteri mesti wajib ada memasak. Tahun lepas kiteorang kena buat nasi goreng. Tahun ni naik la level sikit suruh buat mee pastu kena ada air dan dessert. Huyoo takmau kalah sama itu hotel dan masa diberi hanyalah sejam. Memang menguji kesabaran sungguh la. Kelam kabut.

Apa yang penting? KERJASAMA. Eh tak boleh bagi nama Wonderpets, nanti ada orang terasa~

Kiteorang buat mee hong-kong (ala yg ada salut telur pastu luah pekat tu peh peh), dessert puding roti, air oreo milkshake & teh lemon ais. Slurpp! Aku yang tengah taip tertelan-telan air lioq. Yang dok baca ni tak terasa banjir ke? Percaya la. Puding roti tu aku gigih sungguh la cari resipi kat internet. First time pun buat kat hari pertandingan. Berani tanggung risiko sungguh la budak ni ^^'

Kiteorang :
 Tak ade seni perhiasan langsung. Alas meja takde. Lilin ala-ala hotel ngan tisu hapo pun takdak. Kiteorang guna suratkhabar je. Sob sob.
 Puding roti yang lembik. Nak sangat ikut bulat-bulat resipi internet. Terang-terang tambah susu dengan telur banyak, tapi part agar-agar kalau boleh nak ikut resipi. Haha cute kot kelam kabut buat puding sambil kejap-kejap tengok buku hafal resipi. Patutnya puding kan boleh potong-potong, kiteorang punya makan macam guna sudu. Macam makan bubur.
Orang lain air nak satu je. Kiteorang tamak sikit nak sampai dua. Satu oreo-susu satu teh-lemon. Aneh-aneh betul.

Alhamdulillah, kami menang motor eh silap dapat tupperware. Nanti boleh la bawak bekal pi sekolah. Kiteorang dapat tempat pertama :) Kawan cakap ramai cikgu suka mee hong-kong tu sampai mintak resipi haha. Puding roti pulak sebab lain daripada yang lain dan manis. Pastu ada rasa macam something like jelly gigit-gigit auww nyum nyum. Sebab agar-agar tu tak hancur betul-betul. Api slow sebab angin mendayu-dayu menari haha. Dugaan sungguh.


Lepas two, Puteri Warrior pulak. Ala-ala macam Fear Factor. Rancangan kegemaran aku dulu. Eee baru tau seh rasa dia bagaimana bila kena makan nasi petai + wasabe, roti belacan, air halia kot, tembikai, tiba-tiba durian! Bayangkan la, dah lari-lari round blok sekolah nak cari klu tapi syarat kena makan. Bila masuk klu last pulak, kena masuk satu bilik dan salam klon Mak Limah Balik Kampung. Wuuu sampai ada yang nangis tu. Tak kurang jugak ada yang gelak-gelak pi kacau.

Dalam banyak-banyak group, kiteorang yang kena denda sebab hilang barang amanah. Why must us? WHY? Nasib baik kena nyanyi Lagu Puteri je sambil harus buat tangan macam Usop.

Lepas three, Teng-teng - Khat - Galah panjang. Pilih salah satu dan ia berjalan secara serentak. Aku ambik teng-teng secara paksa sebab dah takde wakil. Aku langsung taktau peraturan teng-teng. Yang aku tau baling-baling batu je.

Jalan punya jalan, sampai la aku ke kotak yang ke empat. Dugaan jugak la nak sampai batu empat tu sebab rupanya melompat pun aku tak terer. Tangan nanti mesti cecah lantai untuk halang aku daripada jatuh.



Agak-agak rupa teng-teng tu macam ni. Rupanya kalu kotak semua dah penuh dengan batu lawan, boleh pijak tangga tu. OOOO baru tau~

Ni pun boleh kata dugaan lagi. Mula-mula main kat tanah lapang. Tiba-tiba hujan. Kena pindah kat koridor. Hujan makin lebat dan menempias. Pindah lagi kat kolong dalam. Ah finally! Tapi licin woo. Kak M nak tunjuk cara-cara main tiba-tiba zupp meluncur terjatuh. Macam jet skiiii hehe Comel.

Main benda ni lambat habis. Dah la 10 orang main. Punya lama tunggu turn. Disebabkan tu, teng-teng di'postponed' ke hari Rabu bila ko-kurikulum nanti. Ah finally!

Lepas four, pertandingan menghias kek pulak. Acara makan banyak tapi kempunan woo tak dapat makan mee.

You are a bad cake. Tettt tett takde la hehe sayang kek ni sebab sedap hoho


Cuba teka mana menang? 

Kek kiteorang la paling comot. Tapi cikgu-cikgu cakap sedap sebab krim tu campur jem strawberi haha. Dan kek tu kiteorang belah tengah dan letak Nutella koko tu pastu letak kacang tumbuk. Muah muah strawberi + coklat gandingan ideal. 

Fuu tamatlah Hari Puteri Pink hari Sabtu dengan jayanya. Sungguh la, penat tapi best hoho. Balik rumah, buat matematik tiba-tiba tak dapat jawab terus tertido. Memang baik ^^'

Jumaat kelmarin balik rumah terus mop lantai dapur. Sebab kucing-s budak gendut main-main najis. Haihh sabo je lah. Suka aku main-main air ni haha. Tak cukup lagi, malam tu kemas bilik dan tukar tempat almari. Luas sikit bilik aku jadinya

Sambung kejap lagi kot. Nak mandi. Ops aku masih wangi hehe :P
Lupa kawan takpe.
Jumaat, April 29, 2011 | 10:41 PG | 1 comments
...blablabla

Tak kisah pun. Lupa kawan takpe. Jangan lupa suami sudah. Ok ha ha ha saya gurau je -- Chah

Hebat kan. Budak niiiii, suara takde pun nak bebel lagi. Jangan buat saya gelak lagi boleh?






Kiteorang gaduh tadi. Gaduh manja? TAK tak. Ini siriyes~ Kiteorang gaduh sebab aku selalu lupa dia. Ha ah memang betul. Aku kan penjual ikan. Aku tengah cuba independent sendiri. Selagi terdaya, aku taknak sapa-sapa pun teman aku ke mana-mana. Lagi-lagi toilet. Biar la toilet tu hujung blok. Aku yang nak lepaskan hajat, bukan dia.

Seboleh-boleh aku taknak orang kecik hati pun. Tapi, aku taktau macamana cara nak buat semua orang puas hati terhadap aku. GOT IT? Jadi, aku berrpegang kepada prinsip, Ignore them. Ahh finally! Hidup ni bukan nak mintak sanjungan orang. Aku nak ramaiii kawan je. Nak sangat.

I used to be sangat pendiam kot dulu. Dulu la hehehe. Tapi sekarang pendiam lagi tau tau. Tapi aku suka tegur orang. Dan bila mereka bahagia, aku pun bahagia. Lepas ni, aku nak buat 3 orang tersenyum sehari! Dan the over pendiam tak boleh bantu aku. Peh obvious sangat kah? :D

" Bila saya marah awak, saya rasa saya tak boleh marah awak. Tak tau kenapa.


Ye la tuuu Chah. Sebab saya ni muka innocent sebab tu awak tak sanggup nak marah ha ha terperasan.

Sebenarnya, dah lama nak bagi hadiah ni kat awak la. Tapi taktau kenapa malu. Kena tunggu budak ni bagi dulu hadiah dia dari Thailand. Baru adil! Nghehe

Muka surat diari dah habis. Malasnya nak beli diari baru. Rumit nya jadi perempuan aik aik haha
Lirik: Darin - Peerless
Sabtu, April 23, 2011 | 8:03 PG | 2 comments

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream
We live for
You never know what life could bring
Coz nothing last forever
Just hold on to the team
You play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop

Be the one that you wanna be
Now sing this with me


We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam
Of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling
Thats not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
coz I've got all the love, coz I've got all love for you

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Lagu ni gantikan aku yang hilang. Dengar lagu ni, pelase ingat aku eh. Huahua ==' Bulan aku dah semakin busy. Pendidikan Jasmani, kursus kepimpinan, hari Puteri, folio(s), Hafalan lagi. Hidup aku di tahap yang terbaik! Kenapa terbaik? Sebab aku dapat rasa semua pengalaman ni. Alhamdulillah :) Sure la, satu hari nanti aku bakal rindu semua benda ni, sama macam aku rindu my old times sekarang.

Nahh, lagu ni untuk awak! Awak-awak yang membaca :) Please, do feeling-feeling the lyric.

Ingat, masa depan terletak pada tangan hari ini.

Teruskan semangat tiap-tiap hari! Aku diserap dengan perasaan semangat secara drastik.
Because of YOU
Ahad, April 17, 2011 | 2:14 PG | 4 comments


sumber: tersenyum-melihat-langit

Aku mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh ") Dan, jadi anak yang solehah. Kawan yang memahami pun.
Awak diam. Saya pun diam
Sabtu, April 16, 2011 | 3:03 PG | 0 comments

Satu : Mula-mula sekali dah suruh melukis. Melukis binatang kesayangan. Mula-mula ingat nak lukis kucing je, entah macamana telinga benda ni jadi blunt. Haha terus nampak macam Ratatooille. Cute lah kot~

Dua : Tak lama lepastu kena lukis apa yang nampak pada ketua-ketua kat depan. Rosak muka beliau aku kerjakan.

Tiga : Kena tukar kertas dengan kawan pastu tulis nilai positif kepimpinan diorang. Part ni aku suka kot. Daripada macam buat-buat tak kenal, kita dipaksa cari nilai positif diorang. Benda alah ni ajar aku fikir positif.

Empat : Nah, nota free aku bagi. Taknak takpe~

Korang tanya kursus ni best ke tak? Jawapan aku : Kalau ambik benda yang best, benda best la yang dapat. Betul tak tipu. Macam, fikir benda positif, positif la yang datang kat kita =)

Walaupun kejap je kursus ni, aku rasa banyak input yang masuk insyaAllah. Walaupun sebenarnya ada terbanyak jugak aku berangan tadi haha ")

Tiba-tiba je kitorang tadi. Jalan sama-sama. Makan sama-sama. Tukar kertas pun sama-sama. Tapi masing-masing diam. Aku diam. Dia pun diam. Blank(!) Nak cakap something kot dekat dia, tapi taktau nak rangka ayat kot. KOT lagi
Bakat kau kat tempat lain
Jumaat, April 15, 2011 | 5:55 PG | 0 comments
Punyalah aku semangat nak bukak buku Math, teacher English masuk. Tiada senyum, tiada gula. Sah! Spotcheck gelombang kedua bakal meletus sebentar lagi.

All of you get out from the class. NOW! NOW!

Sorry. Tu bayangan aku sahaja.

Masing-masing yang rasa dirinya salah, riak wajah muka mesti pucat tak berdarah. Macam air tawar tak cukup gula pun ada. Comel pulak tengok muka kawan aku sorang-sorang.Yang rasa diri tak bersalah ataupun dah selamat sembunyi 'benda larangan', semangat ah kena check sorang-sorang. Orang tak suruh bukak kasut lagi, dia dah bukak tali dulu sempat ketuk-ketuk lagi bagi nak buktikan dia ni tak bawak benda-benda tu. Apetah lagi nak simpan dalam kasut. Tak main la simpan dalam kasut kan?





Tengah cikgu bedah purse aku kan, terkeluar satu surat. Aku dah start cuak mana tau kalau cikgu tu baca surat tu secara berjemaah dekat bilik guru. Mau naya jugak aku.
Dah la format Surat Kiriman Rasmi salah. Bahasa pulak taknak kalah dengan budak darjah satu.

Tu surat yang aku karang bulan Januari tapi kirim baru tadi. Lama jugak aku membela surat tu. Haha Ama, harap awak terharu dengan surat biru tu.

Ama ialah kawan lama aku since sekolah rendah. Ada sape-sape nak bantah?

Pehh nasib baik cikgu tak terbaca. Cikgu bukak surat tu siap ada gaya ura nak baca je.

------

Ustazah tanya, " Masuk bola jaring tak ? "

" Tak ustazah "

" Kenapa? "

" Entah. Saya tak berbakat kot "

Lalu ustazah bergelak besar. Tahniah FatinHusna, berjaya jugak buat ustazah gelak. HEHEHE

Memang, aku tak berbakat langsung dalam sukan. Dah lah comel, agak rendah pulak tu. Kalah la sape yang ambik aku dalam bab sukan ni.



Masuk badminton pun free-free dapat benjol. Terbaik! Hahaha peraturan pun baru tahu hari pertandingan. Taknak kalah dengan budak tadika -.- Tapi takpe la kan, at least aku dapat satu pengalaman besar yang student lain tak dapat. Iaitu benjol! Eh bukan senang dapat benjol. Satu antara seribu~

Esok kena pergi sekolah. Kursus Kepimpinan. Baru nak lenggang kaki buat Geografi*kononnya
Salah sebut, siap!
Khamis, April 14, 2011 | 4:41 PG | 9 comments
Maybe ramai yang taktau nama penuh aku, sebab... aku ni kan perah-sia ehem.

Nama penuh aku? NurulFatinHusna. Cukup panjang kan? Haha ayah yang tambah Nurul kat depan. Fatin Husna dah dok comel dah kat situ.

Nama bukan main panjang. Tapi Husna je panggil?

Nak comel part mana lagi? Tolong bagitau aku. Dah cukup molek lagi comel dah nama Husna ni. Ish perah-san lagi.

Aku tak nafikan, ramai orang kenal aku dengan nama Husna. Tapi lagi ramai kenal aku dengan nama Fatin. Tak faham? Takpe tak masuk PMR pun.

Semuanya terjadi bila masuk je sekolah rendah, nama Fatin macam popular masa tu. Ada NurFatin, FatinNabilah, dan tak lupa FatinHusna. Jadi kitorang telah terjadi kembar tiga secara semulajadi. Panggil 'Fatin!' je, tiga-tiga pandang pastu salah sorang mesti bangga sebab kira dia la budak bertuah yang kena panggil. Bengang pulak rase. Tercalar kredbiliti tau tak?

Kawan-kawan aku pun mengambil inisiatif untuk panggil aku dengan nama Husna. Unik ah sikit. Lagipun takde langsung nama Husna kat sekolah masa tu. So, untuk pangkat kawan-kawan aku lagi selesa dengan nama Husna. Bila je panggil nama Husna, aku akan jadi NurulFatinHusna yang bertindak sebagai kawan. Sampai sekarang =)

Lain pulak dalam famili, semua memang panggil Fatin. Comel sikit Aten. Lagiii aneh, Fai-Fai.

Ada orang pernah tertanya, " Kenapa tak suka dengan nama Fatin? Sebab tak popular eh nama tu? "

[ maksud nama Fatin ada banyak je. Geliiii sikit la dengan maksud nama aku ni haha ]

Nama Fatin la lagi popular daripada Husna. Kalau tengok nama orang-popular, berderet yang comel nama Fatin. FatinLiyana, FatinSyahirin, FatinNurAfifah dan banyak lagi yang aku taknak ambik tau. Tak masuk paper Sejarah pun~

Husna? Berapa kerat je kot. Husna-theGadisMelayu, HusnaAdnan ptsone, CheHusnaAzahari-Bunga Telur and The Bally Shoes dan jugak.. ehem FatinHusna. Takdelah.

Ni bukan pasal popular, ni pasal keselesaan~

Sebenarnya aku tak kisah je orang nak panggil apapun, asalkan comel. Bukan nama batu, bukan nama kayu. Dan bukan nama binatang. Kalau comel takpe~ Haha sebab lain orang lain pandangan. Macam bekas cikgu tuisyen aku, ingat lagi dia lagi suka panggil aku dengan nama Fatin sebab kata dia, nama Fatin nampak manis. Dia kata, bukan aku eh :P


Apapun, aku tetap sayang nama aku. Samada Fatin ataupun Husna. Cuma maybe la aku rasa janggal sikit je bila tak kena tempat dan waktu. Tapi takpe aku tak kisah pun. Nama aku jugak kan~
Betapa sebuah kelegaan
Selasa, April 05, 2011 | 5:23 PG | 0 comments

Betapa undescribenya aku bila selesai buat pattern body-tiger tu. Betapa sebuah kelegaan dan kepuasan cehh ceewah. Semua ini gara-gara Ilustrasi under Lampiran yang wajib ada dalam sebuah kerja kursus yang bernama Sejarah. Betapa gigihnya aku melukis ni dalam keadaan meniarap dalam hujan petang. Feeling habis.

Kini telah aku buktikan bahawa nfhusna bukanlah tangan kayu ngihaha. Pergh nikmat sungguh bila dah siap hasil tangan sendiri. Biarlah buruk comot sememheh apepun, asalkan dari atas daya usaha-mu sendiri :)

Nak hantar benda ni esok. Takmau tangguh-tangguh lagi :)

Jumaat ni cari bahan orang sumber. Kalau akak tu sudi jawab lah. Sabtu ni pergi AirBiru untuk Geo pulak. Betapa kebusyian telah menimpa aku waktu ini. Tapi pergh nikmat sekali lagi kalau pandai manage time. Bila dah siap, nak je buat drama kesat peluh kan kan :D
Dengar-dengar Sabtu ni badminton punya perlawanan. Tiba-tiba rasa ketaq lutut. Hohhh sabtu ni??!
Yang hidup selamanya, kenangan
Ahad, April 03, 2011 | 5:28 PG | 2 comments

[form 1: first time guna Photoscape. Macam cute pulak tengok hasil kreativiti aku haha ]



[ darjah 6: Aku tak banyak gambar masa sekolah rendah. Ni pun ihsan dari adik darjah 5 secara candid dan bagi masa kiteorang dah form 1. Punya la nostalgia ]


[ Cuti sekolah 2008 aku habiskan dengan Tiger dan meng-edit gambar-gambar haha ]


[ Aku mula menjinak-jinakkan bukan membuaskan diri dengan kamera ]


[ Aku suka ayat dia dan still jeles sebab aku buta Photoshop. Tp thank sbb susah2 je editkan ]


[ Aku rindu diorang yang penyayang dan innocent ]


[ Kawan-baik aku masa sekolah rendah. Aku sayang dia kerana Allah pasti :) ]


[ Choral speaking hari guru masa darjah 6. Nostalgia sungguh la haihh. Guruku, guruku, guruku~ Bukan gukoku, gukoku, gukoku~ Entah ape nama anime Jepun ntah diorang silap sebut ]


[ Aku taktau motif aku edit gambar ni sampai hitam -.- Tetiba ada bintang pulak tu. It's okay lah. Kreativiti masing-masing walaupun takde la se-kreatif mana ]

[ Malam-malam semua dah tido, aku berasmara dengan Tiger berdua-duaan ]
[ Aku mengurat kucing, kawan tolong snapkan bukti :P ]


Aku suka tengok-tengok balik gambar lama. Nanti ada satu macam perasaan yang undescribeable terbentuk. Time tu badan akan rasa macam kat awan-awangan tengah terjun macam Yuna dalam iklan Librese. Kan? Kan? Eh ke aku je yang rasa macam tu? Haha pape je la.

Kenangan, tak semestinya dah dalam gambar baru namanya kenangan. Asalkan dah simpan erat-erat dalam hati, that's what us called kenangan. Gambar tu cuma bukti yang mengukuhkan lagi je.

Kadang-kadang bila tengok gambar la aku rasa macam tengok diri aku balik. Kan? Time tu la macam sikit-sikit kenal diri sendiri.

Macam menulis jugak. Orang kata, bila kau menulis, 50% masalah kau selesai. Inilah tujuan Blogger.com diciptakan~ Menulis jugak menggambarkan sebahagian diri kau. Sebab tu aku tak nafikan kadang-kadang penulisan ni sometimes bersifat membentuk psikologi. Ah sudah aku dah melencong ke Jepun.

Jadi aku harap blog ni sebahagian medium untuk aku bentuk diri aku seperti apa yang aku inginkan :) Ada sape-sape nak join? Jom jom :D
Twister
Jumaat, April 01, 2011 | 4:30 PG | 1 comments
.. makin aku tak paham dah fungsi blog ni sebagai apa

boneka kot.

SILA, SILA UNFOLLOW saya secara berjemaah. Siryes ni!



Waaa seram sejuk perut kecut tengok soalan Sejarah form 1 kat Fokus SPM. Tetibe je tadi terbeli. Sedang menjinak-jinakkan diri menjadi pelajar yang skema. Hahaha lebih kurang.

Aku nak belajar betul2 :(


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha