Bicara Bumbung
Pairing chicken eh keychain
Sabtu, Mac 19, 2011 | 3:51 PG | 4 comments
Dulu masa sekolah rendah hobi aku ialah mengumpul chicken keychain. Setiap zip kat beg mesti mau letak satu KEYCHAIN. At least macam tu, kalau dah terlebih chicken tu mau aku tenyeh semua satu zip. Sila lah.. Sila bayangkan keadaan beg aku sebagai pelajar sekolah rendah.


 Bukan milik penulis~


Annoying tau tak? Sejak masuk sekolah menengah dan berfikiran matang ehem ehem, aku nekad untuk mengurangkan penggunaan keychain. Tu pun lepas mendalami maksud sebenar keychain iaitu Rantai Kunci. Yang hang gatai tangan letak kat zip buatpa? Takde pun nama dia zipchain. Kan kan? Jadi aku merasakan aku dah bijak mulai sekarang. Tapi serius aku tak boleh nampak keychain dah. Takde nafsu sangat nak beli. Mesti mau fikir duapuluhlimaratuslapan kali jugak kegunaan nya untuk buat ape di kemudian hari.




Cute nya~ Aku nak ni! Nak ni jugak!

Hahaha segalanya bermula satu hari iaitu kelmarin lah hari Jumaat. Eh semalam lah jauhnya aku melangkah.

Semalam dengan Uma eh tu adik perempuan* beli barang dekat satu gerai ni. Bila dah decide sama-sama dan bila nak bayar, achik tu dengan ramahnya nak ambik hati kitorang yang suci ni.


" Kawan baik ke nih ? "

: Nampak macam kawan ke *gelak Adik saya ni chik
- : Ha ah nampak macam kawan. OOO(!) Adik beradik. Nampak macam kawan. Baguss la~

Kitorang senyum ajelah. Takkan nak mintak diskaun kot. Dah agak kira baik dia dah diskaun 2 ringgit compare dengan kedai lain.

" Yang ni sape pulak? " --- La achik tu belum berputus asa.

Ini umi kami la chik :)

Sekali lagi terpampang bulatan O. Ngehehe

Kawan baik sekarang dah tak kenal usia. Adik beradik pun dah boleh buat member. Senior Junior? Dah macam adik beradik. Usia? Bukan lagi penghalang~
 Kitorang beli ni. Dia yang ajak. Aku terpaksa sebenarnya haha. Takdelah~ Kalau orang belanja dan untuk kenang-kenangkan, apa salahnya aku melabur. Aiman tak kisah. Kalau untuk diri sendiri je, sorry not interested haha.






 Cubaan meng-edit


Uma nak love-love bagai, aku berkeras nak ni jugak. Haha cuteeee~ Sudu dan garfu. Serasi bersamu. Di mana juuu. Pape la Ramu. Yang penting aku nak garfu. Tak kira!







Orang buat kerja kursus, kitorang curi-curi pi kedai beli benda alah ni. Lagi sekali, bukan aku! Haha tuu tuu Muni yang ajak. Aiman tak kisah~ Ada tapak kaki dengan peluru. Peluru jugak kitorang pilih. Konon peluru kasih sayang. Sementara ni aku sangkut kat jam je dulu. Dah taktau nak letak mana. Kan dah cakap, aku start mem-fail kan pengetahuan tentang keychain yang sejak dari sekolah rendah aku ceburi.

... sekarang ni musim pairing chicken keychain ke? Cuma nak bagitau aku dah ada 2 pairing keychain yeay! Haha





Kitorang yang suci
Kitorang yang dikata kawan baik :')
 

 

Korang dapat tiket tengok wayang citer apetah kan. Aku beli tiket naik bot. Kira orait la tuh nasib baik tak bermalam kat kapal tu.


..... kejap, aku nampak word Adult kat situ :D




Petang hari pertama lepas makan kat restoran depan tu, tengok sunset. Ngaumm ngaumm aku suka. Bila je aku sebut type gambar ni iaitu SILLHOUETTE, serta merta baba gelak. Cehh aku salah sebut. Selalu macamni.

Cuti seminggu ni walaupun macam kejap je tapi kalau isi dengan macam-macam benda, rasa lama wooh cuti. Ber-input jugak lah minda & otak ni. Pengalaman yang penting.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha