Bicara Bumbung
Bagai itik kehilangan pengenalan
Jumaat, Mac 25, 2011 | 8:35 PG | 0 comments
Salam hai hello. Tujuan mengupdate hanya untuk berkongsi pengalaman yang agak besar sepanjang pembesaran aku. Haha next.

PERTAMA:


" 18 ORANG mari sini. Saya nak awak semua JALAN ITIK sepuluh pusingan blok ni "



Kitorang macam APAAAAA? Oh ye kitorang 18 orang kena denda jalan itik sebab tak menghafal untuk hari tu. Hukuman jalan itik ni dah macam trend kat sekolah aku. Sape tak kenal bukan sekolah aku lah tu. Tak aci!


Mahu tak mahu, dengan penuh naif kitorang cangkukng... Dan apa lagi start lah berkedek macam itik. Huarghh boleh bayangkan betapa cute tak aku ehem dan 18 yang lain ni berkaki itik. Kejanggggg you tahu~ Nak rasa, sila buat sekarang. Sepuluh. DOWN! DOWN! DOWN! Kakak senior yang sekali kena jalan itik boleh lagi bergelakan mengatakan boleh kurus sehh jalan itik.


Kiri.. Kanan.. Kiri.. Satu hayunan langkah bersamaan 2saat lebih kurang. Takde keje pulak nak kira. Cuma nak bagitau bahawa pergerakan jalan itik memang lambat ah. Baru kitorang sedar perumpamaan bagai itik pulang petang tu macam mana.


Malu? Jangan lah sebut. Aku tunduk dengan naifnya. Haha comell pulak rasa. Kawan-kawan yang hebat tengok lah dari atas. Kelas lain yang agak tak bertanggungjawab sikit tu, BOOO~ kan kerja diorang. Nak heran apa. Boo pun takde makna jugak.


Bila jalan kedek-kedek tu kan rasa nak nangis jugak ah. Kitorang kat bawah, orang semua tengok. Ada pulak cikgu rakam. Menunjuk je lah sempat buat. Tapi bila fikir- fikir balik kan, benda ni semua lah yang aku bawak keluar dari sekolah ni. Jadi apa? Kuih bangkit? Haha itik ang. Jadi memori la sehh :)


Takde la sampai 10 pusingan pun. Satu pusingan pun tak habis orang belakang lari potong aku. Ustazah kasi hebak-hebak je. Yang aku ingat ;

" Takde niat nak malukan awak. Takde niat sikit pun. Ustazah cuma nak bagi awak pengajaran "


Bila kitorang nak salam dan aku yang terakhir, ustazah genggam tangan aku. Woah berdetak hati aku. Ustazah pesan;

" Menghafal rajin-rajin "

Terima kasih ustazah. Aku baru perasan yang sebagai pelajar kan kena tiap-tiap hari disuntik semangat pembagi motivasi macam ni.


KEDUA :

Lepas kelas Jumaat aku dan Muny mengambil inisiatif dan plan untuk ke tempat kajian Sejarah. Haha jangan tanya buat apa. Dari 2petang sampai 5petang boleh ah dikira agak banyak terbuang masa kat situ. Err sebenarnya tak pun cuma disebabkan pergerakan yang terbatas mensebabkan musabab ini.


Bila bukak je pintu Menara Aqabah yang dijadikan pusat pengumpulan bahan, terciumlah bau-bauan. Alaa bau macam kat office. Mau segar lah kononnya. Tengok-tengok ada ramai jugak pelajar dari sekolah luar. Jadi kami berdua bukan bendasing di situ.

Plan nak interview kan, tiba-tiba....

SURAT KEBENARAN!!!

Paghioo siryes boleh lupa depan-depan kaunter. Nak hampas kasut saiz 9? Alhmdulillah kiteorang ditemukan dengan dua jejaka err oh ha tampan dan tinggi serta berkulit gelap. Mula-mula kitorang rasa macam nak rayu je kat budak India sekolah luar tu kongsi bahan haha. Muka budak-budak rajin tu yang rasa nak ambik kesempatan tapi kitorang dah dipertemukan dengan jejaka kacak. Kenapa perlu memilih?


Blablabla. Yihaaa dapat pun surat kebenaran dari jejaka kelas A. Kelas A JANGAN MAIN-MAIN. Bila dah dapat pulak, TAK PAYAH. INTERVIEW SINI JE. YE ADA APA SOALAN?


Masa ni aku yang rasa nak hampas kasut saiz 6. Takpe akak tu baik. Akak tu nak cepat jadi dia tinggalkan nombor telefon kalau nak tanya apa-apa. Fiuuuu orang dapat IC aku dapat nombor telefon sekali. Boleh la war-warkan dalam assignment tu kan haha. Tak bolehhhh muka akak tu fierce as lion sikit. Oh aku nak kacau kakak tu esok lah. Nak ikut?


Interview blablabla. Pihak Menara nak kasik bahan bertulis pulak. Aku dah amek dah, tinggal jejaka kelas A tu je. Ya Rabbi tulus dari pandangan seorang kelas sebelah, jejaka kelas A terlalu sopan dan naif. Bahan bertulis tu kena fotostat, jadi kena gadai IC sebab nak bawak lari bahan ori kan. IC sape? Aku jugak~ Kan dah cakap, diorang agak naif dan sopan sampai IC pun takut nak bawak.


Kitorang berpecah. Jejaka kelas A vs Itik kelas Q. Diorang pi fotostat, kitorang pi window shoppinggg sementara siap fotostat dan tinggal nak mintak IC aku balik nanti. Nak cari bahan kat cc, berpakaian sekolah pulak. Nasib library bukak, kak Shirani memang baik. Naif pulak tu. Fotostat kan kitorang punya bahan taknak amik duit. Siryes ni, aku banyak berjumpa dengan orang yang baik :)


 


Pung-pang-pung-pang. Aku bet dah habis dah fotostat ni. Mintak-mintak diorang tak bawak lari IC tu~ Bila tanya kaunter kan,

" ye IC ada kat saya. Tapi mana? MANAAA BAHAN ORI TU? KITA KAN DAH BUAT PERJANJIAN. IC BERTUKAR BAHAN. JADI MANA BAHAN TU? "

Kitorang macam errr aaa APAAAA NI SEHH?! Takkan la jejaka kelas A bawak lari bahan tu. Impossible! Aku dan Muny cari serata ceruk dari kedai fotostat sampai bilik kawalan tau. Haha yee aku dan Muny sampai decide nak buat announcement. Siryesss gah sangat dapat buat announcement. Macam kes berat tapi diorang memang berat sebab dua orang kan.

Pegawai-pegawai tu macam panik sikit. Tapi diorang suruh kitorang balik je dulu sebab kemungkinan jejaka dua tu pun dah balik sebab dah lengang. Tinggal lah IC aku kekepingan kat kaunter. Hari Isnin je lah aku mintak balik dan settle semua. Pakcik security pun cakap IC tu takkan hilang kalau makcik tu lapar pon.


Cehh, jejaka kelas A dah pulangkan sebenarnya tau bahan ori tu. Makcik tu bertukar shift mana tau pape gedikkk betul. Taktau saje taktik kitorang ke apa. Nak hampas kasut saiz 8 pulak sekarang.

Hasilnyaaaaa aku kekejangannnn dan IC aku still kat kaunter tu. Apa yang aku dapat? DAPAT BAHAN SEJARAH WEHH haha suka lahh. Legaaa fuuuh fuhh.

IC hilang? Ntah tak rasa pape pun kot.

Surely aku akan miss semua benda ni. Haha memori mengumpul bahan la seh. Bukan untuk korang baca dan hafal pun benda ni, akhirnya aku jugak selak post ni satu hari nanti jika umur aku panjang dan aku sempat nak login :) Sekian terima kasehhh.

Label:



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha