Bicara Bumbung
' Macamane nak senyum ikhlas? '
Ahad, Februari 13, 2011 | 1:18 PG | 2 comments
Saye sayang awak the way you are Grrr 

Satu hari Uma tengok-tengok gambar lama. Tetibe tanya dan sampai sekarang kalau tengok cermin MESTIIIIII nak test senyum dia dan tanya, senyum camni ikhlas tak?

Eee nak senyum kat sape seh sampai perlu test-test segala kat cermin?

' Ten, camne nak senyum ikhlas ? ' Dia tanya.

Senyum ikhlas mana ada kena tanya dan test2. Ikut hati ah. Perumpamaan ikhlas tu sendiri macam 'semut hitam yang berada atas batu hitam di malam yang kelam'

Sebenarnya saye pun takde jawapannya. Apa yang saye tau, senyum di bibir tu biar seiring dengan hati. Saye pulak pikir kalau senyum tenyeh gigi tu kira ikhlas. Tapi cemana yang takde gigi? Kira tak ikhlas ke weh. Eee mana adil!

camera crazy :D
Sebenarnya ada satu cara nak tau ;)

Sampai la satu ketika kat kelas masa Bahasa Inggeris. Budak-budak nak buat perform kat perhimpunan , jadi haruslah berlatih kang ada tercacat di mana-mana. Tiba-tiba teacher tercakap satu benda yang saye tercari-cari selama ini ecewahh.

" Senyuman itu lahir dari hati. Terpancar di mata bukan di bibir semata "

Wah macam iklan Downy hati yang suci lahir dari hati pulak dah. Sebenarnya teacher itu speaking English tapi sebagai orang Melayu cintakan bahasa tak salah gunakan translate google err ngihehe :D

That's it! Bukan kat bibir je tau, mata pun tersenyum. Sungguh la metafora. Ingat ye kawan-kawan, senyuman tu lahir dari hati tapi diorang tak mengandung. Bersalin jauh lagi =='

Uma, dah dapat jawapan ni. Lepas ni kalau test senyum kena test mata sekali. Tapi sebenarnya tak perlu test pun kalau dah betul-betul nak senyum. Pahe dop ni? Haihhhh.. Sungguhla saye ni tak berbakat jadi cikgu. Wartawan lagi lah.


 
Saye ni dari kecik kalau nak tangkap gambar WAJIBUN tunjuk gigi. Kononnya gigi tersusun rapi putih berkilat lagi kan. Dah tunjuk gigi, mulut mesti nak terbukak luas.



Tengok tu nangis pun tunjuk gigi. Sape tahh dengki candid. Kat kampung, tak lain tak bukan mesti pakcik(s) yang nakal. Tak silap nangis sebab ada kakak tu pegang kite punya patung orang kerdil ngihaha.


Saye rasa la sekarang pun kadang-kadang tak sedar terduduk terkehel macamni. Selalu nya dalam kereta & kelas. Effect dari kecik la ni.

Rindunya kat kampung , sungguh lah :')


 Gigi susu time2 ni la amat hebat untuk diperagakan.

Dan paling tak boleh dihantuk serta digeleng..











RAWRRRRRR~ *bunyi macam burung je.


Tak ingat langsung kejadian ni. Ini seriesss~ Ke ni bukan husna? Ngehehe.

Kan, saye memang suka tunjuk gigi. Sebab dengan senyum macamtu rasa muda. Terasa diriku begitu berharga~ Takde lah. Senyum gigi kan, buat seseorang tu rasa dia dah buat dengan senyuman yang terbaik :) Eh, it depend on you sebenarnya. Asalkan senyuman tu memang betul-betul lahir dari hati anda.

Selamat menyebarkan senyuman , semua! :) Eh senyum pagi-pagi boleh control mood untuk satu hari tu tau.

Paling....... paling sadis kan masa nak tangkap gambar IC pun sengih-sengih. Kawan pulak cakap " Ishh nak sengih, pelik pulak dalam IC sengih sorang2" bila turn dia nak buat IC. Ini yang taknak tunjuk IC bawak pi sekolah ni.

Yang paling diingat, bila kena bawak IC pi masuk dewan periksa. Pengawas tu kata " Awak memang periang ea? " Err ye ye saye memang penyiang ikan yang berjaya. Sekian terima kasih.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha