Bicara Bumbung
Kupu kupu & Roti
Rabu, Januari 12, 2011 | 4:51 PG | 2 comments
Cerita Jumaat lepas.


Lauk kantin hari Jumaat sedap, nasi ayam masak merah youu. Bila nak-nak rehat je, semua dah tarik sedut2 air liur masing-masing. Eh takkan nak tarik air liur jiran sebelah kut. Lagi satu, kantin sekolah selalunya lengang sikittt bila time rehat tengahari Jumaat. Budak laki pergi solat jumaat. Para wanita gadis-gadis yang dah 4 hari tahan makan , apa lagi SERBU SERBU. Tu lah faktor kiteorang suka makan lunch jumaat je. Hari hari lain, macam takde masa gitu.

Lagipun,lepas makan tengahari jumaat dah habis sekolah. Kira boleh la duduk kat kantin lama-lama.

Tapi time tu orang TERlambat turun kantin. Pergi toilet kejap je. Cheh kejap je pun kawan-kawan kelas dah jilat jari tinggal nak angkat punggung. Punya la laju diorang makan.

Time tu macam, MALAS AH NAK MAKAN. BERATUR PANJANG PULAK.

Fine, tak kisah pun. Makan kat rumah lagi best LALALA~ Padahal malasssss nya lahai nak beratur.

Dah, pendekkan cerita. Terus pergi kat meja tempat diorang makan. Tengok sisa tulang ayam pun jadi lah.

" Husna tak makan ? "

" Takpe ah. Nanti-nanti je " *senyum*

Tiba-tiba Wawa datang belakang. Belai tapak tangan orang dari belakang. Gaya peluk surprise la ni. Ceh! Boleh pulak dia ajak orang buat kerja takde nilai sivik.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
-blablabla

.. sambil tepuk-tepukkan tangan orang. Kes takde kawan nak tepuk sama amai-amai. Tak kisah , orang pun join sekali.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.
Yeay! Yeay!

Tambah yeay lagi kat belakang tu. Ni pulak kes kempunan tak dapat ayam. Lagipun ada budak-budak sekolah rendah kat situ. Saje ajak diorang join sekali LALALA~

" Husna limabelas tahun husna. Bukan lima tahun "

Tak heran. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Yeay! Yeay!

Tengah leyang-leyangkan kepala, mata TER TERtancap kat sepasang mata...
MATA SEORANG CIKGU YANG STATIK MERENUNG.

Erk! Tapi nampak mulut cikgu tahan senyum.

-- Pernah jugak buat kes dengan cikgu tu. Ni bekas cikgu Bahasa Melayu masa darjah 6 dulu.

Kes bukak plastik roti blueberry yang harga seringgit. Plastik roti tu keras la kut, tarik-tarik pun tak terbukak plastiknye. Tarik , tarik, tarik lagi. Zupp! Terbarai lah plastik roti tu terbelah dua. LALALA~

Sekali lagi, cikgu yang sama sebagai saksi. Haish.

Cikgu ni lah yang garang masa darjah 6 dulu. Cikgu ni lah yang jadi guru kelas dulu. Cikgu ni lah suka buat lawak kat kelas dulu. Cikgu ni lah yang ajar buat format karangan dulu. Cikgu ni yang rotan bila salah format dulu.

Cikgu ni lah pernah malukan orang dulu.

" Ha esok sape nak bawak air ni ? "

Orang taktau pape selamba je kan angkat tangan. Padahal baru sampai kelas dari toilet.

" Tau ke bawak air ape? "

Errrr~ Sekali kena bawak air tong besar la. Tu la main angkat je tangan. Cover punya pasal, relakan diri jua bawak air tu. Tsk tsk.

Siyes, rindu sangat ah kenangan dengan cikgu Bahasa Melayu ku ni :)

Ini entri cover. Hujung minggu ni baru nak tengok betul-betul. Mata pun rasa berbulu sikit tengok blog sendiri. Baru minggu ke-2 tapi dah ada PRA-KERJA KURSUS. Rasa nak meraung tetibe.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha