Bicara Bumbung
Jangan jadi macam tisu. Roti tisu takpe
Sabtu, Januari 15, 2011 | 11:49 PTG | 3 comments
Masa tu kelas sengkek lagi. Paling best, duster takde. Punya daif kan kelas 3Q ni. Sebagai alternatif, tisu Premier sebungkus digunakan yang disponsor secara tak sengaja oleh Fira.


Pagi-pagi tu subjek Kemahiran Hidup. Ustaz A yang ajar. Ustaz ni kegemaran kiteorang sebab kalau ajar selamba land je. Tak berapa serius. Cehhh tu yang kiteorang suka pulak kan. Tapi yang best, dia suka bagi something-like perumpamaan dengan pengalaman & contoh sekali. Ah pape je la penerangan pun. Janji orang suka ustaz ni masuk kelas. Ngee..

Habis intro-intro untuk Kemahiran Hidup PERT form 3 untuk tahun ni. Tiba-tiba kiteorang nampak mimik muka ustaz yang macam senyum penuh suspen. Memang macam ni. Ada je benda yang dibuat kalau senyum macam tu. Tangan ustaz menggumpal-gumpal tisu yang dah kotor dek contengan kat papan tulis.

" Eh! Ustaz nak buat magik ke? "

" Hah, ye ke nak buat magik ni? "

" Eh, ustaz reti la! "

Tu reaksi 3Q bila tengok ustaz gumpal tisu yang kotor. Tu baru gumpal. Belum cicah sos telan lagi tu.

Tetibe ustaz macam nak baling gumpalan tisu tu kat Mai. Gaya je. Belum baling lagi. Mai pulak dah ready-ready kot ustaz baling betul-betul ke. Tak ke naya kotoq pulak tudung baru sesi 2011 punya.

Ceh. Ustaz lempar jugak akhirnya tisu tu. Reaksi Mai? Dah tentu-tentu ngelak. Jatuhlah gumpalan tisu tu kat bawah meja. Mai pulak malas nak ambik. Yelah, dah kotor. Buat apa nak ambik?

HUH Siyes tak paham. Korang yang baca pun belum tentu paham. Kan kan ?

" Ok, ni baru satu. Kejap aih, belum habis lagi "

Ustaz ambik lagi satu helai tisu baru kat dalam plastik tisu tu. Yang bersih, putih, suci , wangi lagi. Ustaz gumpal-gumpal jugak tisu tu jadi macam bentuk bola. Sempat lagi digosok-gosok tenyeh kat tangan tisu tu.

" Laaaaaa.. Ustaz membazirrrrrr la tisu tu "

Dengan penuh kemas gumpalannya tu, ustaz baling tisu tu kat Mira pulak. Yihaaaaaa kena-kena kat hidung dia. Eh, Mira tak ngelak pulak macam Mai kan. Kenapa, Mai ni penakut ke dengan tisu?

" So, rasa-rasa apa yang saya try nak sampaikan ? "

Macam-macam la reaksi kiteorang. Teruja pun ada jugak.

" Ustaz sengaja tukar orang sebab Mai geli tisu "
Wai ma ni ? Tak pernah haku dengar geli tisu. Korang pernah tak?

" Benda yang kotor semua orang taknak "

" Habis madu disepah-sepah buang "

Hampir-hampir semua jawapan yang kiteorang bagi nak dekat-dekat betul tapi satu pun takde yang nak sama dengan jawapan ustaz.

Kesimpulannya ; Awak jangan jadi macam tisu.

Tisu ni ada tiga ; yang dah kotor, yang dah pegang-pegang tapi belum kotor, yang dalam plastik lagi.

Macam perempuan kan 97

Tisu ni bersih. Macam kita la manusia. Lagi-lagi perempuan kan. Tapi dia dicipta untuk benda yang kotor. Macam ngelap peluh, sembur hingus, alas untuk meja yang kakinya senget sebelah, bahkan ada untuk toilet. Euwww~ Sebab tu jangan jadi macam tisu.

Macam tadi, tisu kotor yang kotor sebab habuk pemadam pun Mai ngelak. Macam jugak manusia -terutamanya perempuan, kalau dah kotor tak sape yang nak pandang. Boleh jalannnnnnn. Dibuang sesukahati je kalau dah 'kotor'.

Part kedua pulak, tisu yang dah dipegang-pegang. Tengok ni, Mira siap lap-lap sapu muka dia guna tisu tu. Haa tu jenis yang dipegang-pegang. Memang orang tak nampak kotor tisu tu, tapi sekali orang nampak korang dah lap peluh, takde sapa nak sentuh pun tisu tu walaupun zahirnya macam bersih.

Tetibe ustaz ambik pulak tisu yang still suci bersih kat dalam plastik tisu tu.

" Saye buang eh ? " *sambil tunjuk plastik tisu*

" Eh, ustaz ambik lah terus "

" Tak, boleh tak saya buang tisu ni ? "

" Errr eh, jangan laaa buang. Suci lagi tu "

Entri ni sesuai untuk perempuan. Hikhik~
PRA-Kerja Kursus boleh lah kira siap. Cover depan boleh hantar esok. Eh, camne nak jadi tinggi ni ?

Label: ,



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha