Bicara Bumbung
Secret of an August~
Jumaat, Januari 28, 2011 | 6:59 PG | 2 comments
Lincah aje tangan or tetikus ah apape je lah memicit link ye. Ye lah, sapa yang tak suka tau rahsia? Kenapa ye orang suka sangat dengar rahsia? Mungkin sebab rahsia tu mahal. Tak semuaaa orang tau boleh tau rahsia. Dah nama pun rahsia kan. Kalau tak dah lama letak nama Unrahsia. Sebab bukan rahsia. Ok stoppp! Bila NFHusna membebel~

Sape kat sini ahli Ogos? Hek enaaaa, lambat lagi bulan nya tapi dah riuh sekampung. LALALA~

Jom-jom koreksi [baca: korek rahsia diri] ~ Sape kata korek rahsia diri tak penting? Korek rahsia diri sangat penting sebab tu salah satu cara kenal diri masing-masing. Bila dah kenal, senanglah berunding. Ye kan, macam kawan~ Dah kenal, senyum-senyum. Dah senyum, gelak pulak. Aduh aduh~ Dah gelak, mintak tolong ajar. Bila dah ajar, sayang pulak~ Cewahhh bila dah kenal diri sendiri, senang la sikit nak hargai diri. Tak gitu?

Eksklusif sikit. Khas buat para Agustus je. Kata buat koreksi diri [konon nya lah]

OGOS
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
  • Suka berlawak
Ehem ehem terasa diriku begitu berharga. Iklan Downy eh. Bukan!

Lepas kenal diri sikitttttt, kita korek rahsia diri lagi.


Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

Bila haku berbakat dalam seni silat pun taktau. Kat sekolah ada kelas taekwando time darjah 3 dulu pun umi tak galakkan masuk sebab takut terpengaruh kut. Ye lah fikiran budak-budak kang habis di haiyak hiyakkk perabot rumah. Tak pepasal duit yuran taekwando yang lima ringgit diganti dengan duit pasu lima ratus ringgit. Lagipun, orang perempuannnnn~*juling mata* Entah, orang-orang kata perempuan tak elok masuk seni-seni begini. Ye ke?

Entahhh~ Yang pasti sorang mamat Ogos ni tetap kecik jugak badan dia. Tak gagah pun. LALALA~

Dahagakan pujian.

EHEM EHEM! Tekakkkku terasa begitu haus~ Tolong puji sikit. Ngahaha.

Suka berlawak.

Ah tak sure pulak. Jujurnya NFHusna ni seorang yang membosankan in case kehilangan mood. Tu memang lah kan~ Part funny.... Orang yang kenal saya je lah tau sape saya ^^,

  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
Sungguh! Saya setuju semuanya! Ngahaha~  Anda pulak, bagaimana? Ingat, koreksi diri penting untuk mengenali diri masing-masing. Penghargaan yang tinggi diberi kepada Dato' Fadzilah Kamsah sebab berani ambil risiko buat kajian seperti ni. Eh (?) Alamak... tetibe teringat Penghargaan dalam Kerja Kursus Sejarah pulak dah~

Esok nak buat study group dengan kawan Thailand. Hari ni pulak belajar buat nama Husna dalam Thai. Font Thai ni kan banyak pusing-pusing dengan bulat. Saya yang baru belajar ni memang sebijik mcm melukis la.

    Label:

    Pesanan orang ehem berpengalaman
    Sabtu, Januari 22, 2011 | 5:36 PTG | 0 comments
    Semalam sekali lagi untuk minggu ni orang pi balik kampung. Yahuuuu. Kenapa suka sangat kalau balik kampung? Bukan ke balik kampung tu dah macam benda yang sangat-sangat biasa? Hehehe, tak. Yang pasti kalau hari minggu, harus keluar dari rumah menemui orang mencari pengalaman. Ecewah.





    Taktau kenapa kan, kalau balik kampung agenda utama mesti pi dapur. Mesti kena tolong memasak. Macam orang balik kampung benda penting yang mesti difikir mesti masak. Haiyaaa takpe takpe, yang penting semalam kan Acik H tanya macamni time kat dapo yang buat orang tak lupaaa sampai sekarang.

    " Aten, aten reti masak apa ? "

    Hamek gedebuk. Habis lemah-lemah urat sendi. Tak pasti pulak acik tanya masakan melayu ke sarapan ke masak air. Yang pasti , reti masak atau tak.

    Jawapan telus lagi jujur ni, sebenarnya nak jawab TAK RETI tapi mulut ni suruh berkata sejujur mungkin , " Masak yang simple-simple je "

    Sebenarnya acik H tanya lagi masak simple rupa yang bagaimana, tapi syukur ada Acik P memotong stim. Rasa-rasanya kalau acik H ni tau jenis masakan apa yang nfHusna ni reti masak, konfem terkujat kulat-kulat nanti.

    Acik P tambah tau ;
    " Orang perempuan kena reti masak.
    Ragam budak-budak kelas.
    Rabu, Januari 19, 2011 | 5:30 PG | 3 comments
    Esok Thaipusam kan. Yahuuu cuti sehari pun jadi lah. Dah berat rasanya kapasiti otak nih. Haih. Perut pun beban makan tak teratur seminggu sampai TERmuntah dengan kerelaan. Nak pi doktor, ishh susah-susah doktor je.

     Kalau la ade orang mopkan kelas....

    Baru nak masuk 3 minggu sekolah, dah boleh nampak klu kesakitan, kemalapan, keperitan, kejahatan -eh over pulak, untuk jadi PMR candidates yang terbaik ^^,

    Tapi orang-orang selalu kata, kesakitan dibalas dengan kemanisan. Ha gitu dong.

    Untuk tahun ni, nfHusna adalah insan-insan terpilih untuk bersama dengan kawan-kawan yang..... Err, korang tafsirkan lah sendiri. Dah kekurangan vocabs bahasa melayu ni.


    " Risau la tak dapat pick-up semuaa subjek. Takkan nak makan suap je. Murid cemerlang mesti berfikiran kreatif. Awak rasa-rasa apa nak buat untuk menangani masalah ni ?

    " KOREK IDUNG SEBELUM BELAJAR "

    Serabai! Ni jenis murid yang suka loyar buruk.

    //

    " Pikat dalam bahasa Thailand apa? "

    " Pi... Pikat tu apa ? "
    * yang handal sungguh tanya perkataan complicated sape suruh? Nadia la ni!

    " Ha lain-lain, hobi awak apa ? "

    " Ermm saya tak ada hobi. "
    Kiteorang satu kelas dah macam ehh aaa hobi takde? Biar betul.

    " Oh ha, awak suka buat apa masa lapang? "

    " MEMASAK "

    Ooooo. Kiteorang ada kawan Thailand. Haha dah macam 1Dunia kat dalam kelas 3Q ni.

    //

    Papppppppp! *bunyi hentakan buku.

    " MAKKKKKK!! "
    Pi la tido lagi. Cikgu mana yang suka studentnya yang tido bila dia sibuk mengajar kat depan.

    //

    " Well the topic for today is blablabla "

    " Teacher, saya tak dapat pickup la teacher asyik speaking je. Speak la malay "

    " It's okay. Nanti lama-lama dah biasa mesti awak faham "

    Bagi saya kan, tak perlu kot perubahan kalau benda tu dah baik. Nak seribu daya, takmo seribu dalih. Ye ork? We just need push an effort.

    Dan saya yakin, kalau dah terbiasa dengar orang speaking in English, secara tak langsung tetibe je boleh terspeaking English dengan jayanya. Percaya la.

    //

    Ah.

    " Husnaaaaaa, bak buku jap "

    " Unaaa o unaaaa, tak paham la. Camne ni! "

    " Huna nemo! Tak baik eh gelakkan orang. "

    " Eh usna, usna pakai spect tak cecah hidung eh. Hekkk macam nenek "


    Semuaaa ni dah ragam kat kelas. Siyes kadang-kadang tertekan sebab benda-benda sekolah pun tetibe senyum sebab tengok ragam diorang. Haih 3Q, KORANG DAH LIMABELAS TAU TAK?

    Sampai cikgu H cakap,

             " Kelas 3Q ni ustazah tak lupa la. Ada je macam-macam ragam diaorang tau. "

    Kiteorang memang banyak tanya tau ustaz ustazah. Kadang benda tak masuk akal pun nak ditanya. Bukan apa, kami lah insan yang punya daya kemahu tahuan yang tinggi. Baik sediakan payung sebelum hujan. LALALA~

    Zulaikha -yang orang Thailand tu, dia cakap muka nfHusna ni macam sepupu dia. Hakhak ada jugak la saya ni ala-ala keturunan palsu Siam. Ah boleh la tu. Yang penting, tadi dia bawak bekal nasi Thailand yang namanya Kun Min. Gitu la kot nama dia. Bedal je.

    Label: ,

    Jangan jadi macam tisu. Roti tisu takpe
    Sabtu, Januari 15, 2011 | 11:49 PTG | 3 comments
    Masa tu kelas sengkek lagi. Paling best, duster takde. Punya daif kan kelas 3Q ni. Sebagai alternatif, tisu Premier sebungkus digunakan yang disponsor secara tak sengaja oleh Fira.


    Pagi-pagi tu subjek Kemahiran Hidup. Ustaz A yang ajar. Ustaz ni kegemaran kiteorang sebab kalau ajar selamba land je. Tak berapa serius. Cehhh tu yang kiteorang suka pulak kan. Tapi yang best, dia suka bagi something-like perumpamaan dengan pengalaman & contoh sekali. Ah pape je la penerangan pun. Janji orang suka ustaz ni masuk kelas. Ngee..

    Habis intro-intro untuk Kemahiran Hidup PERT form 3 untuk tahun ni. Tiba-tiba kiteorang nampak mimik muka ustaz yang macam senyum penuh suspen. Memang macam ni. Ada je benda yang dibuat kalau senyum macam tu. Tangan ustaz menggumpal-gumpal tisu yang dah kotor dek contengan kat papan tulis.

    " Eh! Ustaz nak buat magik ke? "

    " Hah, ye ke nak buat magik ni? "

    " Eh, ustaz reti la! "

    Tu reaksi 3Q bila tengok ustaz gumpal tisu yang kotor. Tu baru gumpal. Belum cicah sos telan lagi tu.

    Tetibe ustaz macam nak baling gumpalan tisu tu kat Mai. Gaya je. Belum baling lagi. Mai pulak dah ready-ready kot ustaz baling betul-betul ke. Tak ke naya kotoq pulak tudung baru sesi 2011 punya.

    Ceh. Ustaz lempar jugak akhirnya tisu tu. Reaksi Mai? Dah tentu-tentu ngelak. Jatuhlah gumpalan tisu tu kat bawah meja. Mai pulak malas nak ambik. Yelah, dah kotor. Buat apa nak ambik?

    HUH Siyes tak paham. Korang yang baca pun belum tentu paham. Kan kan ?

    " Ok, ni baru satu. Kejap aih, belum habis lagi "

    Ustaz ambik lagi satu helai tisu baru kat dalam plastik tisu tu. Yang bersih, putih, suci , wangi lagi. Ustaz gumpal-gumpal jugak tisu tu jadi macam bentuk bola. Sempat lagi digosok-gosok tenyeh kat tangan tisu tu.

    " Laaaaaa.. Ustaz membazirrrrrr la tisu tu "

    Dengan penuh kemas gumpalannya tu, ustaz baling tisu tu kat Mira pulak. Yihaaaaaa kena-kena kat hidung dia. Eh, Mira tak ngelak pulak macam Mai kan. Kenapa, Mai ni penakut ke dengan tisu?

    " So, rasa-rasa apa yang saya try nak sampaikan ? "

    Macam-macam la reaksi kiteorang. Teruja pun ada jugak.

    " Ustaz sengaja tukar orang sebab Mai geli tisu "
    Wai ma ni ? Tak pernah haku dengar geli tisu. Korang pernah tak?

    " Benda yang kotor semua orang taknak "

    " Habis madu disepah-sepah buang "

    Hampir-hampir semua jawapan yang kiteorang bagi nak dekat-dekat betul tapi satu pun takde yang nak sama dengan jawapan ustaz.

    Kesimpulannya ; Awak jangan jadi macam tisu.

    Tisu ni ada tiga ; yang dah kotor, yang dah pegang-pegang tapi belum kotor, yang dalam plastik lagi.

    Macam perempuan kan 97

    Tisu ni bersih. Macam kita la manusia. Lagi-lagi perempuan kan. Tapi dia dicipta untuk benda yang kotor. Macam ngelap peluh, sembur hingus, alas untuk meja yang kakinya senget sebelah, bahkan ada untuk toilet. Euwww~ Sebab tu jangan jadi macam tisu.

    Macam tadi, tisu kotor yang kotor sebab habuk pemadam pun Mai ngelak. Macam jugak manusia -terutamanya perempuan, kalau dah kotor tak sape yang nak pandang. Boleh jalannnnnnn. Dibuang sesukahati je kalau dah 'kotor'.

    Part kedua pulak, tisu yang dah dipegang-pegang. Tengok ni, Mira siap lap-lap sapu muka dia guna tisu tu. Haa tu jenis yang dipegang-pegang. Memang orang tak nampak kotor tisu tu, tapi sekali orang nampak korang dah lap peluh, takde sapa nak sentuh pun tisu tu walaupun zahirnya macam bersih.

    Tetibe ustaz ambik pulak tisu yang still suci bersih kat dalam plastik tisu tu.

    " Saye buang eh ? " *sambil tunjuk plastik tisu*

    " Eh, ustaz ambik lah terus "

    " Tak, boleh tak saya buang tisu ni ? "

    " Errr eh, jangan laaa buang. Suci lagi tu "

    Entri ni sesuai untuk perempuan. Hikhik~
    PRA-Kerja Kursus boleh lah kira siap. Cover depan boleh hantar esok. Eh, camne nak jadi tinggi ni ?

    Label: ,

    Pengawas pendek ?
    | 5:47 PG | 0 comments
    Tadi budak-budak form 3 kena turun dewan. Cikgu kata nak ukur tinggi dan berat badan. Kalau korang, automatik terfikir apa? Kalau kiteorang, terus terfikir akan kena suntik atau bahasa mudahnya enjek Macam enjek-enjek semut pulak dah.

    Kiteorang masih budak-budak form 3 lagi jadi perasaan takut sebagaimana perasaan seorang budak tu wajib ada. Kecut woo(!) Satu jarum panjang ditarik perlahan-lahan, ditenung, dicucuk slow-slow ke dalam daging. Grrr~

    Masalahnya cikgu takde cakap nak enjek kan? Cikgu cakap ukur tinggi je lah. Otak terlebih kreatif betul la.

    " NFatinHusna, ukur tinggi ! "
    Diri betul-betul, kaki rapat kat dinding.

    Ballerina 


    Mak, 1** cm je ? Punyalah pendek~

    " Husna, awak sama dengan kita 96" tiba-tiba je Nadia jerit.

    Laa, budak yang selama ni orang nampak comel-comel innocent ni sama tinggi dengan haku ? *gosok-gosok mata*

    Tiba-tiba Kak M yang pegang list nama cakap,

    " OK, Husna paling pendek dalam kelas "

    Fine. Sangat open the door! Sinonimnya straight to the point.

    Kesimpulannya nfHusna dalam kelas adalah kalangan orang-orang yang comel ya kawan-kawan. Yes, We're the Sweet Short. Kan Nadia?

    Tapi kalau balik kampung, semua dok kata orang tinggi. Ke korang yang tunjang sangat kawan-kawan 3Q ku oii ? LALALA~

    -------

    Isnin minggu depan perlantikan pengawas. Tapi cikgu dah survey kelas ke kelas dah pun untuk list kan nama-nama yang tercalon untuk jadi pengawas tu. Dan know what, NFHusna adalah salah satu daripadanya. Wai, it's unbelieveable~ 

    Tengok ah nanti. Pengawas pendek bersama anda. Agak-agak kalau marah nampak comel tak? Euww~

    Sebenarnya orang tak la berharap sangat jadi pengawas ni. Time form 1 dulu pun tolak mentah-mentah. Tadi Tiqa backup pun ditolak mentah-mentah balik. Pedas wuuu.

    " Ustaz, Husna taknak jadi pengawas "
    " Eh, sukahati saya la saya guru pengawas. Saya berhak "

    Kenapa tak nak jadi pengawas?

     2 Datang sekolah pun tepat-tepat loceng berbunyi. Ni nak suruh 10 minit sebelumnya. Alasan bangun lambat? Meh dush-dush.
     2 Orang tak pandai tegur orang. Apa lagi nak marah. Melenting jauh sekali. Bukan la nak cakap orang ni lembut lemah gemalai, tapi benda-benda camni la yang rosakkan mood setiap hari. Eh, kiteorang PMR tahun ni jangan memain. Tak boleh stress-stress.
     2 Baru cakap, orang ni pendek. Orang pendek ni mentalitinya orang yang rendah diri cewahh. Kiranya macam orang pendek ni takde standard.Orang pendek jugak peratus tak diendahkan kalau marah sangat tinggi.
     2 Kalau sampai time bertugas kat tempat perhimpunan, kena jadi MC pulak dah. Ni lagi satu petala. Haila haruuuuu haruuu.. Dah la orang jenis gugup nak cakap kat umum. Kang lain dimanuskripkan, lain yang diucapkan.
     2 Pengawas kena memperagakan baju warna purple. Eee segan la pulak bergaya kat sekolah dengan warna purple. Girlish girlish gitu~

    Kelebihan pulak...

     2 Ada jugak la merasa pakai baju purple. Nak kira kat almari rasa macam takde je baju kaler tuh.
     2 Boleh tukar kasut warna hitam baru. Sebab first day sekolah haritu dah tertukar kasut ngan makhluk mana ntah tak jumpa-jumpa sampai sekarang. Dah la kasut kecik. Punya la sadis kenangan hari pertama sekolah sesi 2011.
     2 Pagi-pagi time perhimpunan tak payah beratur. Diri je kat belakang sambil konon tengok barisan. Ceh macam gah la kan.
     2 Yang paling penting, ada markah untuk kokurikulum. Hahaha.

    Maka, HARUS untuk nfHusna tinggi lagi. Sape ada petua nak tinggi ni ?

    Ten, siap-siap. Nak jumpa doktor gigi.

    Apakah??!

    Label:

    Kupu kupu & Roti
    Rabu, Januari 12, 2011 | 4:51 PG | 2 comments
    Cerita Jumaat lepas.


    Lauk kantin hari Jumaat sedap, nasi ayam masak merah youu. Bila nak-nak rehat je, semua dah tarik sedut2 air liur masing-masing. Eh takkan nak tarik air liur jiran sebelah kut. Lagi satu, kantin sekolah selalunya lengang sikittt bila time rehat tengahari Jumaat. Budak laki pergi solat jumaat. Para wanita gadis-gadis yang dah 4 hari tahan makan , apa lagi SERBU SERBU. Tu lah faktor kiteorang suka makan lunch jumaat je. Hari hari lain, macam takde masa gitu.

    Lagipun,lepas makan tengahari jumaat dah habis sekolah. Kira boleh la duduk kat kantin lama-lama.

    Tapi time tu orang TERlambat turun kantin. Pergi toilet kejap je. Cheh kejap je pun kawan-kawan kelas dah jilat jari tinggal nak angkat punggung. Punya la laju diorang makan.

    Time tu macam, MALAS AH NAK MAKAN. BERATUR PANJANG PULAK.

    Fine, tak kisah pun. Makan kat rumah lagi best LALALA~ Padahal malasssss nya lahai nak beratur.

    Dah, pendekkan cerita. Terus pergi kat meja tempat diorang makan. Tengok sisa tulang ayam pun jadi lah.

    " Husna tak makan ? "

    " Takpe ah. Nanti-nanti je " *senyum*

    Tiba-tiba Wawa datang belakang. Belai tapak tangan orang dari belakang. Gaya peluk surprise la ni. Ceh! Boleh pulak dia ajak orang buat kerja takde nilai sivik.

    Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
    -blablabla

    .. sambil tepuk-tepukkan tangan orang. Kes takde kawan nak tepuk sama amai-amai. Tak kisah , orang pun join sekali.

    Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.
    Yeay! Yeay!

    Tambah yeay lagi kat belakang tu. Ni pulak kes kempunan tak dapat ayam. Lagipun ada budak-budak sekolah rendah kat situ. Saje ajak diorang join sekali LALALA~

    " Husna limabelas tahun husna. Bukan lima tahun "

    Tak heran. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Yeay! Yeay!

    Tengah leyang-leyangkan kepala, mata TER TERtancap kat sepasang mata...
    MATA SEORANG CIKGU YANG STATIK MERENUNG.

    Erk! Tapi nampak mulut cikgu tahan senyum.

    -- Pernah jugak buat kes dengan cikgu tu. Ni bekas cikgu Bahasa Melayu masa darjah 6 dulu.

    Kes bukak plastik roti blueberry yang harga seringgit. Plastik roti tu keras la kut, tarik-tarik pun tak terbukak plastiknye. Tarik , tarik, tarik lagi. Zupp! Terbarai lah plastik roti tu terbelah dua. LALALA~

    Sekali lagi, cikgu yang sama sebagai saksi. Haish.

    Cikgu ni lah yang garang masa darjah 6 dulu. Cikgu ni lah yang jadi guru kelas dulu. Cikgu ni lah suka buat lawak kat kelas dulu. Cikgu ni lah yang ajar buat format karangan dulu. Cikgu ni yang rotan bila salah format dulu.

    Cikgu ni lah pernah malukan orang dulu.

    " Ha esok sape nak bawak air ni ? "

    Orang taktau pape selamba je kan angkat tangan. Padahal baru sampai kelas dari toilet.

    " Tau ke bawak air ape? "

    Errrr~ Sekali kena bawak air tong besar la. Tu la main angkat je tangan. Cover punya pasal, relakan diri jua bawak air tu. Tsk tsk.

    Siyes, rindu sangat ah kenangan dengan cikgu Bahasa Melayu ku ni :)

    Ini entri cover. Hujung minggu ni baru nak tengok betul-betul. Mata pun rasa berbulu sikit tengok blog sendiri. Baru minggu ke-2 tapi dah ada PRA-KERJA KURSUS. Rasa nak meraung tetibe.


    Older Post | Newer Post



    Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






    Template edit by: Faiz
    Background by: Fazeera
    Basecode by: Lettha