Bicara Bumbung
Sejarah gigi :P
Selasa, Disember 14, 2010 | 5:41 PG | 9 comments
Life itself is a struggle. 

Betul, lebih baik pandang depan daripada belakang sebab kita kena teruskan kehidupan. Kalau asyik memanjang pandang belakang, jalan depan macamane ? Langgar tiang hamek kau. Masuk longkang penutup bulat belakang rumah lagi best. Bau dia toksah cakap la. 

Tapi, korang kena tau. Kadang-kadang kena pandang belakang jugak tauu. Ambik pengajaran dari pengalaman lalu. Ambik tau nasib orang lain yang ada kat belakang. Taklah maju ke depan solo je kan ?

Tapi bila dah pandang orang belakang, jangan lupa jugak diri sendiri. Jangan terikut emo sama dengan orang belakang. Bagi supportive moral 99 kat orang belakang sekali. Okay ?

Dah dah, tolak tepi mood sedih. Bagi balik mood happy! Hikhik~


Macam tak sedar, dah nak masuk tahun 2011. Sekolah pun macam melambai-lambai.
Cuti panjang ni, kalau dah dok rumah je mesti ada je terpandang benda-benda nostalgia kat rumah. Time tu la nak berangan. Time tu la nak TER TER ingat perkara yang kalau boleh taknak ingat pon kat kepala masa kecik-kecik dulu. Mesti ramai yang setuju, perangai ngonjeng masa kecik dulu-dulu comel gile! Mana boleh lupa. Modal cerita nak story kat cicit tua nanti.

Tiba-tiba usna teringat peristiwa cannot-go masa usna kecik dulu.

Masa kecik-kecik dulu , perkara scary bagi usna adalah gigi. Gigi tu ibarat macam benda-benda misteri~ Hakhak. Ayah usna la yang takutkan kiteorang adik beradik selalu cakap " Tak gosok gigi , nanti berdaki. Ulat-ulat datang makan gigi jadi lubang hitam-hitam. EEEEE TAK LAWA KAN ? " Scary gile.


Kira time dulu-dulu, gigi adalah perkara pertama WAJIB yang harus dititikberatkan oleh ayah usna ye kawan-kawan. Setiap hari tak sah gitu kalau tak check gigi haha. Sebelum tido mesti pesan soh gosok gigi. Bangun tido pun kiteorang diajar gosok gigi. Ayah usna kira professional dalam men-detect gigi yang tak digosok. HAHA.

Usna dan uma pernah je tak gosok gigi. Kalau tanya dah gosok gigi belum ? Masing-masing takut woh nak cakap tipu. Terus buat muka ala-ala nak nangis pi bilik air gosok gigi. Peh dah ala-ala tentera gitu.

Cehh! Ada sejarah rupanya. Ada fishball sebalik pokok kelapa rupanya. Kalau balik kampung, makcik dan pakcik adik beradik ayah selalu borak time diorang kecik-kecik. Comel gile dorang cite-cite. Jahat gak zaman silam makcik pakcik haku ni hahaha. Tiba-tiba part ayah usna pulak.

Cik Mai cerita ; ayah usna dulu pun malas gosok gigi jugak HAHA. Senyum nipis je usna time tu. Kira, dalam adik beradik ayah usna memang pemalas dalam menggosok gigi. Ish ish , ayah sape tu LALALA~ Cik Mai kata dia pi siap pakat dengan Cik Ton nak gosok kan gigi ayah usna. Sorang bukak kan mulut , sorang gosok-tenyeh kan. Korang tau diorang gosok guna apa ? GUNA GARPU. Habis kikis gigi adik sendiri. Hakhak rock tak rock makcik-makcik usna ni dulu.

Kantoi gitu ayah sendiri 96

Satu hari masa darjah 5, macam tak caye ayah usna plan nak bawak usna pi klinik nak cabut gigi. Selama ni ayah usna cakap je tapi tak bawak-bawak. Waaa! Mimpi ngeri datang. Usna ingat lagi , dalam 28 siap bawak satu kad macam zikir harian baca ulang-ulang kali semata-mata taknak bawak pi klinik gigi haha. Dada berdebar toksah cakap la , siap nanges senyap-senyap lagi

Sampai klinik, mestila kena tunggu giliran. Dari luar dah dengar bunyi-bunyi scary dari dalam bilik doc hakhak. Ziuuu ziuuuuu bunyi mesin apentah untuk cuci gigi. Ayah usna teman je dok sebelah tenangkan hati usna. Siap tanya lagi " Ten takut ea ? Takde ape ah " Siap check-check seluar macam basah " Ten kencing ea !? 47 " Muka baba habis siryes haha.

Waa mana ada. Usna tadi pi toilet tersimbah air kat seluar. Grrr di situ.

Bila turn usna , laa doc tu taklah se-scary macam mesin cuci gigi tu. Doc perempuan tu lawak jugak la. Doc veterian la katakan. Berpengalaman~ Dia pandai hambik hati budak-budak macam usna. Chehhh.

Yang paling usna ingat , " Eee kalau gigi tak cantik , nanti kawan-kawan jauhkan diri. Sebab gigi tak cantik. Diorang semua tutup mulut. "
Gitu lah ayat dia. Takde keje usna nak hafal dialog doc tu ye tak ? Time tu jugak automatik usna dah terbayang kat minda muka kawan-kawan usna. Diorang ni baik je tak pernah langsung rungut pasal gigi. Taktau la diorang cakap dalam hati 97 Rasa macam nak grr je kat doc sebab kata kawan-kawan macam tu.

Macam biasa modal nak ayat anak orang , " Takpeeeee. Sakit dia macam gigit semut jeee. " Hakhak dah macam nak potong anu pulak ~.~ Doc tu tak tau, usna yang tengah baring kat katil klinik ni debar-debar. Cuba jugak la senyum plastik. Lama-lama rasa ok sebab doc tu memang pandai ambik hati.

Tengah dia check-check gigi , pastu dia pun nak cabut yang goyang. Dia macam buat senyap-senyap tau cabut gigi ni. Tak rasa sakit langsung 96Tapi dapat rasa jugak la gigi tu 'hilang' dari barisan hakhak.

Ya Allah , macam tak caye tak sakit langsung! Malu je dengan doc. Ngee.. Saje buat muka drama comel kat doc tu sebab cover malu punya pasal , " Doktor, dah ke belum ? "

Doc tu senyum ke-sengih-an. " Rasa-rasa dah ke belum ? " Usna angkat bahu je.

Terus dia tunjuk gigi kat depan bijik mata usna. Warghhh! Ngee.. Comel gile gigi tu!

Balik tu, dia bagi sticker barbie dipotong lapan haha. Ek ena doc... orang tak layan ah barbie-barbie ni. Bila keluar dari bilik, uma tanya ok tak. Doc pun bisik " Cakap ok kat adik. Tak sakittt pun "

Hakhak! Punya la comel.

Sampai sekarang, rasa tak sedap hati kalau tak gosok gigi malam. Chehh gitu... Sekarang, boleh kira berlagak la dapat pengalaman cabut gigi first time. Lepas tu tak dah, semua pakai cabut sendiri. Nak tayang gigi posing ambik gambar pun macam angkuh je.

Korang 97 Mesti banyak kenangan comel time kecik kan haha. Meh share. Boleh usna tumpang gelak selori.

Tu cerita darjah 5 dulu. Now I'm turning to 15. Wah macho gitu.

Label:



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha