Bicara Bumbung
Bangun pagi, gosok gigi, cuci kaki..
Jumaat, Disember 24, 2010 | 2:14 PG | 2 comments
STOP96Tak payah nak sambung nyanyi. Buang masa dan tenaga. Syarikat perkapalan pernyanyian pun taknak ambik sebagai penyanyi. Sebab lagu yang takde faedah dan manfaat. Rasa-rasa ada tak orang bangun tak cuci kaki?


Wake up in the morning, makes dream a reality!

Lepas solat Subuh, husna terus capai jaket and tudung. Cuti sekolah ni la banyak masa nak regang-regangkan badan. Cuti sekolah ni la virus Rajin datang. Lagipun banyak makanan dah tersumbat dalam usus perut, takkan taknak recycle. Melarat pulak nanti perut nak gendong ke sana sini. Husna ni memang tetibe je amalkan jogging-oh-la-sangat ni. Selalunya malas bukan kemain hikhik~ 

Ni semuaa ayah punya pasal. Kalau ayah tak jogging, ingat husna nak ke? Tapi bila mengkenangkan kesihatan diri ecewah, terus ku gagahkan diri jugak tau. 

Selalunya kiteorang jogging-oh-la-sangat ni kat tasik tepi-tepi rumah je. Kan rumah kiteorang ada tasik korang tak tau ke? Hek ena gurauuuu :P

Photobucket  Tiger miaw-miaw nak ikut kiteorang pegi tasik. Bila kat tasik tu, dia jadi takut-takut sebab burung gagaks attack ziuuuu sampai Tiger takut. Ingat burung ni takde perasaan ke? Kucing janda pun dia layan tau. Tapi Tiger ni tak faham maklumlah kucing janda beranak lapan mana nak faham perasaan burung gagak muda. Habis husna kena hantar Tiger balik takut dia sesat tak tau jalan pulang.

Ayah siap pesan jangan kacau gagaks ni. Diorang genetik pendengki. Kalau kacau dia, nanti dia kacau balik. Husna pernah lompat hentak kaki kuat-kuat bagi dorang terkejut pastu diorang aaaaaakkk aaaaaaaakkkk tanda protes la tuu. Tengok tu, ada hati limpa jantung jugak tu nak membebel.

Photobucket Dah jogging round ke-2 , burung gagaks ni bising buat kecoh kat tasik tu. Tau-tau je la kan bunyi diorang macamane. Masalah kehidupan apa diorang ada pun husna tak paham. Yang pasti, bila husna lalu je diorang aaaaakk aaaaaakk macam gitu la gayanya.  Husna lintas je signboard-dilarang-mandi tempat gagaks bertenggek, kaki gagaks tu macam lompat setempat cipp cipp. Punya la semangat. Styloo tu!

First time husna tengok gagaks excited macamtu. 

Photobucket Bila lintas kat padang bola keranjang, ternampak amoi amoi cina tepuk-tepuk style. Alaa macam tepuk tepuk bergaya tepuk peha, tepuk dahi. Tiba-tiba terfikir orang cina je ke ada? Kelmarin pun 'abang-abang' cina yang main bola keranjang. Mana 'abang-abang' Melayu? Manaa? Manaaaaa? Mana bangsaku? MANAA?97

Baru teringat, Melayu Malaysia kan dinobatkan sebagai masyarakat pengguna internet teramai . Kat mana entah husna baca artikel tu. Korang pernah dengar?

Siryes, mood-blogging macam dah takde sejak sebulaan yang lalu eceh. Nak menaip pun macam takde perasaan. Lepas ni nak pegi main basikal pulak kehkeh.

Entah hape hape motif lagi sekali taktau. Saye skarang dah tak reti nak express perasaan sendiri. Pelik kan? Saye lagi pelik dengan diri sendiri. 

Label:



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha