Bicara Bumbung
Aktiviti saya kala cuti.
Jumaat, Disember 10, 2010 | 8:14 PTG | 0 comments
Selamat pagi 81 Cuti sekolah ni korang mesti dok onlineeee je kan ? Apakata saye listkan perkara-perkara yang bolehla kata menarik untuk dibuat time bosan cuti ni.

Straight to the point.

1. Masa 36
Time cuti bersenggang masa ni la time nak praktikkan arrange masa sendiri. Kalau tak, beronline je. Buku ke mana , otak pun tepu dah. Hish~ Bila nak sekolah , semua jadi blurr. Tu la , otak tak dibenarkan bekerja time cuti sekolah. Siapa yang susah ? Diri sendiri jugakkk. Jadi saya rasa patut saya biasakan diri urus masa secara matang mulai sekarang. Walaupun dulu pernah je ada jadual waktu ummi buat tapi TAK IKUT LANGSUNG. Dasar pelajar contoh betul la. Setakat ni, takde jadual waktu pun takpe la. Asalkan ada kesedaran nak buat benda-benda yang berfaedah.




2. Study / Membaca39
Yang ni, bukan harus plan bahkan WAJIB lagi. Huh kenapa la liat sangat nak bukak buku ? Kalau online tu, cepat aje. Nak masak telur pun sempat duduk depan laptop. Sedih tau tak 97 Takpe, setakat ni dah cuba buktikan sikittt dah study. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan ? Ha nampak tu. Saya dah pandai je guna peribahasa. Bukankah ia permulaan yang baik ? Ah sudah. Nasib baik ada Ama' datang rumah haritu. Terbukak jugak akhirnya buku Geografi yang tersadai kat almari. Terfaham akhirnya jugak subjek Sains yang selama ni macam nak tak nak faham je.

Tapi kalau dah nama pemalas nak study tu, sekurang-kurangnya baca la novel. Komik ke. Asalkan tak lari daripada benda yang berfaedah. Sekurangnya korang dok membaca jugak. Kan membaca tu amalam mulia ? Setakat ni saye nak masuk 3 novel dah hahaha.


3. Belajar masak 65
Sedar tak sedar , umur makin meningkat. Rumah kata pergi, kubur kata pergi. Eh, tersilap bagi peribahasa hahaha. Semangat sangat nak bagi peribahasa kan ? Dalam tak sedar, makin mendara kita ni ye kehkehkeh. Taktau kenapa kan, bila kata anak dara je mesti kena reti masak. Tak boleh ke reti blogging  ? HAHA.

Sape ha kata perempuan je kena reti masak ? Lelaki pun sama je. Dahla lelaki lagi kuat makan. Nak suruh perempuan aje masak sedap-sedap. Mana aci 96 Rahsia rumahtangga : Rumahtangga lagi nampak sweet kalau laki tolong isteri dia masak sama. Waa~ dah jadi penasihat tak berkaliber dah saye ni HEHE. Tapi betul apa.

Saye ni jenis suka ambik resipi je tapi kalau nak bukak gas amatlah liat. Agak-agak sebab takde kawanlah kot. Kan kawan tu penyeri kehidupan ? Adik perempuan pun sorang je. Dia tu kecik lagi. Nehiiiii.....

Setakat ni saye pernah masak telor, kentang goreng, sambal kicap, kek, kueh donat & karipap. Hehehe pass tak ni ? :P


4. Bersenam 94
Cuti-cuti ni mesti dok rumah je. Paling kurang pun, jalan-jalan dengan keluarga ambik hangin la kan. Tup-tup mesti banyak makan 4. Sebab makanan sedap-sedap. Kalau selalu makan kat sekolah je tiba-tiba dapat makanan kat luar. Mana tak excited kan ? Habis dingap segala-segala hingga menjilat jari ~

Maka, di sinilah masalahnya bermula. Pertambahan berat badan atau lebih menakutkan , PENGOBESITIAN ! Warghh~ Mula nak stress ni. Apa penyelesaiannya ?

Ya betul. Bersenam! Haha ini dia....perkara yang paling haku benci.


Nak lagi best , ajak member teman bersenam sekali. Tak lama , 20 minit tapi berterusan. Takpun sumbat telinga dengan earphone 44  Sedar tak sedar dah 2 jam keliling jogging. Bukan berita baik ke ?


5. Menjadi pembersih
Bukan pembersih lantai. Cendawan betul korang ni 47 Kalau selama ni dok tu je bilik , apa kata deco-deco bilik   ? Haa bilik jadi kemas , tidur pun selesa. Nak study lagi la semangat. Rasa benda-benda segar je. Calit kan sikit perfume bagi tingkatkan hormon. Baru feel nak masuk tahun baru rasa 'hidup'.


6. Cari duit.
Zaman sekarang duit dah macam ikon kepada remaja masa kini. Chehhh. Betul apa , semua benda pun perlu duit. Dah , tak payah suruh saye terangkan lagi lebar. Macam korang taktau pulak duit tu ape kan ? Jadi , kalau duit penting. Apa kata try buat duit sendiri ? Korang jangan dok fotostat duit pulak eh. Jengjeng macam kerja sambilan. Jadi cashier , tolong member punya parents punya perniagaan. Takpun korang ni kreatif , buat hasil kraftangan pastu jual. Tak ke menguntungkan ?



7. Belajar benda-benda baru 
Menjahit , memandu , melukis , gardening 108 , fotografi , explore Photoshop  , kenal dengan kawan baru dan macam-macam lagi antara perkara faedah yang korang boleh buat. Tak lah dok online je. Berbulu mata mak tengok hang tau dak ? HEHE.

8. Paling penting...

 KEHKEHKEH.


Alah. Senang cerita , buat apa-apa yang korang tak boleh buat time busy bersekolah. Asalkan berfaedah. Gitu dong.

Macam melampau je kan sampai 8. ~,~ Harap dapat jadi benda berguna satu hari nanti. Sobss.
Korang , buat apa time cuti sekolah ni ? 


Ada orang tegur saye Kenapa blog macam lain. Macam ada feel sedih je. Ok tak ? Maybe pada method writing la kot. Wei, nampak saye sedih ke ? HUU~


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha