Bicara Bumbung
Saye suka balik kampung kerana ......
Ahad, September 05, 2010 | 11:12 PTG | 9 comments
In the name of Allah.

amaran : entri yang sangat panjang. kalau penat , sambung sambung esok pun boleh. sengaja wat macam novel gaya taknak update 5 tahun :P
  senior sekolah yang paling usna rapat yang bagi. even dia form 4 tapi kiteorang kamcing betoi. haha ada je dia nak cite , usna tukang dengar je. nak potong pun tak boleh. sedih , dia pindah sekolah sains demi mencapai cita-cita beliau. ;P

aisyah :) besday kiteorang dekat dekat. usna muda sehari je daripada dia. hah tak kira, usna muda jugak eh.

bestfriend dari sekolah rendah lagi. sayang Ama' lah <3 :) terharu ummi dia yang bagi.

jumaat haritu dah mula cuti , usna call dia. tiba tiba ......

" HUSNA , KAN hari tu besday awak. saye asyik teringat kat awak je. kejap kejap nak sebut nama awak. kejap kejap awak singgah kat kepala tapi tak bayar tol. laa rupanya hari tu besday awak ! saye nak sangat call tapi duit syiling takde. "

// ama' ialah pelajar yang berasrama ye. 

* TERSENGIH SUMBING MALU AUW

" HA HARI tu saye ada terpegang kad kat kedai , terus teringat awak. kad tu gambar kucing , awak mesti suka. nanti saye kirim kat adik , saye tertinggal kad tu kat asrama la hehehe "

habis sweet tak ni ? :P sayang ama' lah <3 *lagi

terima kasih. ^^

syafikah's :) 2 in 1 lagi tuu. kad raye campur wish besday. sayang awak <3 

Ok , sesi berlagak tunjuk menunjuk dah habis setakat di sini. lain kali jumpa lagi ~





in life , Allah does not give you the people you want. instead HE gives you the people you need to teach you , to hurt you , to love you , and to make you exactly the way you should be :)
pertama , YEAY YEAY dah cuti muahaha. semangat tak hingat dunia ;P oh ye , usna post entri agak kelewatan ye sebab agak sibuk mensibukkan diri 3 hari ni ciscis. Jumaat malam , sekolah usna buat majlis berbuka dekat sekolah. syok dapat jumpa Ama' ! ngee~ pastu dapat solat tarawih berjemaah. pastu dapat jumpa Kak Mar , senior sekolah yang bagi keychain tu. suka dia tengok usna pakai keychain tu kat beg :)

hari sabtu pulak, rumah usna ada majlis berbuka puasa khas EHEM untuk famili yang terdekat serta terjauh. so dari pagi sampai petang tu asyik memsibukkan diri menkemas rumah. ha kan kantoi rumah bersepah lalala.

Ahad pulak ye , usna pulang ke kampung menaiki kereta bersama keluarga tercinta bagi membuka puasa bersama-sama. yeah yeah suka sangat balik kampung :)

so , usna isytiharkan 3 hari berturut turut adalah hari MAKAN secara berjemaah. * bunyi kompang ;P

ok , jom balik kepada tajuk. tadi tu gimik pendahuluan haha.


SAYA SUKA PULANG KE KAMPUNG KERANA. . . . .
( harus lebih daripada 500 huruf )

PERTAMA : dapat jumpa ma'atok saye yang comel :) sebab sekarang usna tinggal nenek sebelah ayah sorang je. atuk , tok , tokwan dah tinggalkan usna start kecik lagi. jadi usna sempat manja-manja time besar dengan nenek belah ayah. ngee~ nasib baik usna simpan lagi gambar usna kena pengapit dengan tok n tokwan dalam album masa kecik :) tu gambar favourite eh tu. nampak usna pendek lagi rambut macam maggi tak cukup kerinting dok atas kerusi punggung kedalam sebab kerusi tu lembut ;P

semalam ma'atok (panggilan nenek) ajak usna berbuka dengan dia dalam bilik. tapi cik mu'ah suruh berbuka kat luar nanti kacau ma'atok. biar makcik saye aje yang jaga ma'atok lagi selamat daripa di tangan usna ;P muka cik mu'ah dah la sama dengan ma'atok. mesti cik mu'ah akan menjadi nenek kesayangan juga satu hari nanti. ngee~

KEDUA : dapat mensedut udara kampung yang jauh lagi best dan mantop. tapi sekarang ma'atok tinggal dengan makcik usna dekat institut pengajian blablabla sebab makcik usna tu seorang pensyarah yang berjaya. jadi balik kampung pun macam balik bandar tapi still dapat rasa macam kat kampung sebab ramai ramai orang kat asrama mahasiswi. dah macam jiran dah kami muehehe. kalau usna rajin usna tolong makcik usna mengajar cehceh tolong mengajar ? bukan tolong beliau berada di kelas sambil bawa apa yang patut fuh fuh konfem penat bawak fail sebegitu. tapi ia sangat menseronokkan. nampak , balik kampung pun boleh belajar jadi tak semestinya balik kampung ialah masa bermain. ^^

KETIGA : dapat mentengok dan menjenguk serta menggaul dengan sedara mara makcik dan pakcik yang lamaaaa sangat tak dengar cerita. tak lupa jugak anak-anak buah dan anak kucing dan anak tekak mintak air untuk diteguk. time balik kampung je la yang dapat gather gather dengan famili besar macam ayah usna yang 16beradik ni hohohoho. tapi balik kampung pun bukan selalu , cuti pun jarang dapat. so EHEM EHEM , bukankah hari raya telah termaktub cuti yang amat panjang ? jangan lepaskan peluang , pergilah BERCUTI. dijamin tidak merugikan. malah income boleh digandakan kepada 2. * cis tetibe je ~

KEEMPAT :

// kejap , rasanya macam cukup dah tiga. haha sambung ke rancangan seterusnya jom jom :)

" EHEM LIST JE ? GAMBAR TAKNAK LETAK ? "

cari punya cari....... 



kampung usna yang ori. gila banyak kenangan tu kat sini. siyes banyak , and the most are time usna kecik-kecik. sayang sangat time kcik-kecik takut nak ronda-ronda kampung , jadi dok rumah takpun main bungapi kat luar ataupun bagi ayam makan. kadang-kadang rajin makan durian ke rambutan ke kat dusun sebelah :') hah ! jiran depan Wak Limah namanya dulu selalu jual jajan jajan berkhasiat pastu ada tempat gores kalau ada nombor nanti dapat free lolipop. usna pandang je sepupu sepapat makan. usna tak pernah sentuh langsung , kecik lagi duit pun tak kenal :P alamak , kenangan gila la. rindu <3


// alaaa... cari gambar ma'atok tak jumpa :(

semalam agenda utama nak balik kampung tu untuk pack pack makanan nak bagi kat jiran-jiran dengan orang kampung dengan famili famili jauh dan dekat jua. jadi kami ehem KAMI ye , sebagai anak perempuan harus lah tolong bagi mengeratkan silaturrahim dan menghidu makanan apa apa yang patut. oh ye , dengan usna menolong pack makanan makanan , baru usna tau yang usna lemah bab makanan. banyak lagi resipi resipi makanan yang usna tak tau nama dia. lagi lagi makanan johor jawa keturunan ( ayah usna mmg famili jawa ).

 ni rendang buat yang tak mengenalinya


namanya sambal goreng. mmg makanan jawa ye. ada tauhu kering , tempe , kentang , soohoon (eja cane entah) , cili bawang dan sebagainya. dulu usna tak suka tau benda ni sebab ada tempe. hesh hesh usna anti tempe lah sejak berzaman lagi. tapi kan hehehe , semalam nak buka usna makan ketupat dengan ni je. tak sentuh langsung ayam kicap , ikan asam , kuah , kuih dan apa apa la yang sepatutnya. usna gagah kan diri ke makan sambal goreng ni dengan ketupat. mula mula memang terkulat-kulat tapi lama-lama sedap woo. sampai balik rumah pun usna makan ratah je sedap ya ampun menyesal tak makan dari dulu :P

lagi , ada kuah lodeh. warna dia kuning-kuning. korang , semua ni makan dengan ketupat nasi ye. bukan dengan mee :P usna pun baru tau nama nya lodeh padahal sebelum ni makan zapp suap je tak tanya nama.

 kredit : google

ok , habis cerita pasal makanan. lagi ? kita cerita pasal dapo. macam nak dekat sama dengan makanan tapi tak sama ye.

lepas solat zuhur dan 'abang abang' pergi hantar makanan , kami sebagai orang perempuan harus lah ke dapo sebab dah nak masuk jam 4. apa lagi ?? dapo... dapoooo saye datang saye datang.

usna sorang je kanak-kanak perempuan yang masuk dapo. sepupu sepapat semua pemalu sembunyi dalam bilik takmau keluar. pelancaran mogok pemalu agaknya. geliiiiiii je :P

cik mai suruh usna potong buah. macam-macam buah lah. honeydew , tembikai cina yang warna kuning tu pastu potong timun. cik mai kata nak buat jus & pencuci mulut. pastu lepas blend setengah honeydew n tembikai , kena potong pulak bagi dadu. agak teka teki kan ape laaa cikmai ni nak buat. pelik-pelik tapi nampak sedap. tau cik mai BUAT APE ?? nom nom.

---
--
--
--
----
---
--
---
--
---
--
---
--
---
--
--
-
----
--
--
--
--
---
--
--
--
--
-
-
--
--
--

NO PICTURE FOUND lalala

:p buang tabiat agaknya menangkap nangkap sesukahati gambar kat dapo. tu la, sayang kat rumah takde yang suka menangkap gambar. kalau tak boleh jadi kenangan. huuu~

rupanya cik mai buat jus timun campur lemon. macam first time dengar tapi best. rasa pun sedap. wah promoter tak berbayar tetibe. sedap lagi berkhasiat ^_^ pastu yang honeydew , tembikai lalala tu buat kinda koktel tapi taktau la betul ke tak. sebab kuah guna santan. then letak sagu rebus , pastu letak honeydew tembikai cina yang dah dipotong dadu. sound macam sedap. siyes usna tengah menaip sambil bayang benda ni kat kampung semalam. huarghhh~ putera lelaki beliau pun mentambah sampai dua kali. maka , MISI kami berjaya ahaha. sangat sedap ^^ cik mai kata , ilham buat koktel ni dapat dari hotel kat terengganu dia hidang macam ni. terus cik mai fikir nak buat. whaa sound interesting la cik mai. good kreatif betol :)

ummi kata , benda ni nama HONEYMOON. sebab ? honeydew campur tiMOON. haha~ markah 57 usna bagi lalala :P

ok tutup cerita pulak pasal dapo , kita bergerak ke dalam bilik mentengok anak anak buah kesayangan usna ^^

ANAK TEKAK KESAYANGAN :)

dulu usna pernah post pasal budak ni kat entri ni. yes , Puteri lah tu. dah makin besar dah dia ngee.

aucak aucakkk cepat 

awatif. ni time dia kecik lagi. sekarang dah petah dah berkata-kata ^^

yang lain-lain kesayangan usna :)

ada lagi yang lain-lain tapi henset sangat mengada-ngada nak jadi pemalu sampai taknak tangkap gambar diorang. selalunya kat kampung , diorang la yang buat bising dan kecoh kat sana. ish ish lagi lagi Atif dengan Puteri. diorang tak puasa makan senyap senyap dalam bilik dua orang secara privasi sambil bercerita antara satu sama lain mengenai cerita kehidupan sebagai anak kecil. usna masuk je........

" HAH TAK PUASA EA "
* semua diam tersipu sipu. konon malu tapi menggigit gigit lagi jajan hijau tu

tiba tiba , ATIF DUDUK SEMAKIN JAUH. dia macam nak lari dari usna tapi dalam keadaan duduk.

" eh ? kenapa awak lari ? "
* teruskan membuat muncung sedepa buat gantung baju

terus dia pergi duduk kat kerusi tempat lain. usna tanya puteri kenapa. 

" DIA GERAM DENGAN BUDAK BESAR. DIA TAK SUKA DENGAN BUDAK BUDAK BESAR "
" la kenapa dia geram ? "
" TAK TAU. BUDAK BESAR BLABLABLA. BUDAK KECIK BAIK , MUKA PUTIH. "

usna pun macam , hahaha puteri ! melebih pulak budak ni. siap tersirat sirat maknaya nya kata budak besar hitam. bang sebijik lima kali takmo kawan :P

* Atif terus buat muka penyangkut baju ....

tiba tiba , 

" AWAK , NAK LAGI " 
* oo dia nak jajan hijau tu. lapa kot sebab muncung panjang sangat

usna sengaja hulur dua batang jajan tu. dia menyambut kesempatan yang ada. yes yes ada respon ! dia makan , makan , dan makan sambil sambil muka macam innocent blurr gitu.

tibe tibe dengan drastik dia mula cerita macam-macam. haha cepatnya ! atif ni 2 tahun dah petah macam burung kakak tua. best je lawan lawan cakap dengan dia :P

" AWAK TADI KITE NAMPAK ADA KUCING "

" ha kat mane ? "

" KAT TAMAN PERMAINAN lah "

" iye ? awak suka kucing ? "

" SUKA "

tidak lama kemudian.....

" AWAK AWAK EH KAKAK TADI KITA JUMPA HANTU "

" AWAK EH KAKAK BUKAK KAN "

" AWAK AWAK EH KAKAK KITA TADI NAMPAK MAYAT KAT JALAN. KITE TAKUT PASTU KITE blablabla "

siyesly fun layan budak-budak ni. semua budak lah fun. diorang ni jujur tau ^^ ingat usna nak record je pensyarahan dia tu tapi fon ada dalam bilik yang famili sedang mesyuarat. macam segan .. 

Awatif dengan Puteri ni kawan. even jarak umur memisah kan , kami TETAP KAWAN SELAMANYA. korang ni comel sangat la. satu video je yang usna sempat snap tu pun hampir nak balik dah time tu.

ignore2 je la ye suara mintak koko kat awatif ni ye. haha~ yeah ini lah awatif dan puteri. kesayangan husna ^^
Puteri. 

puteri ni dia nak pegang kucing tapi takut. ha cemana tu ? ada satu hari terjumpa kucing , dia duduk atas usna. pastu saje show off dekat dia tau.


" HAA tengok , miaw dok atas saye "

" haa ? YE LA.. SEBAB AWAK PAKAI TUDUNG "

* blurr. apa kaitan dengan tudung ?

" YE .. NI KUCING ISLAM "

" ooo ahaha :) :

// selang dua minit , dia cakap..

" AWAK , KEJAP EH. SAYE NAK AMEK TUDUNG KEJAP "

betapa gigihnya puteri :P

kadang-kadang sweet puteri suka lariii pastu terkejutkan usna dengan mempeluk dari belakang. pastu kami pun saling berpelukan di khalayak ramai.

SEKIAN :) SAYE SUKA SANGAT BALIK KAMPUNG ^^ ngehee~


yes yes , dah terbuat pun 1 jenis kueh hari ini. 99.9% hand made haha~ lagi 0.01% tu pembakar oven. cepat cepat sementara stok last , call 999 :P

Label: , , ,



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha