Bicara Bumbung
Biskut raya tahun ni.
Rabu, September 08, 2010 | 10:05 PTG | 9 comments
In the name of Allah.

11 : 37 pagi..
sekarang : baru lepas mandi ^^

Hormati orang lain , maka orang lain akan menghormatimu

tahun ni agak pecah rekod dalam raya sebab tahun sebelumnya selalu buat kueh sikit je. tahun ni ada peningkatan banyak la jugak * masalahnya banyak ke ?. ada sampai tahun tu buat satu kueh je pun. tu pun bila esok nye dah raya. haha yang lain semua kueh tunjuk je.

certain cikgu ada cakap macam ni tau sebelum cuti tu ,

" SKARANG NI FIKIR EXAM DAH TAK PAYAH FIKIR RAYA. KUEH RAYA PUN TAK PAYAH FIKIR "

haha siyes terasa. sebab niat di hati dah azam bulat-bulat nak buat kueh seminggu tu.

cekgu ada cakap lagi ,

" ORANG SKARANG NI SENANG JE. BELI KUEH PASTU DAH. ORANG DULU-DULU SEMANGAT BUAT KUEH. PUN GUNA BARANG TRADISI JE "

cekgu ni kira veteran jugak la , dah berumur. siap bagitau lagi time dia kecik-kecik tolong ummi buat bahulu guna barang tradisi. macam acuan tembaga gitu.

tiba tiba kan ada sorang makhluk ni mengaku dia buat kuih kat rumah.

" APA ???? AWAK BUAT KUEH ?? HABIS RANAP DAPUR "

see , betapa cekgu ni memandang rendah kepada kami yang dahagakan pujian. kami terasa cekgu :(




// TAK KIRA LAH , NAK BUAT KUEH JUGAK !


OAT BERMADU

ISNIN : bahan-bahan biskut memang short masa tu. maklumlah first day dalam minggu bercuti :P so ni je lah yang simple mimple boleh buat. simple pun haru jugak kalau dah buat sorang-sorang.

haha tapi yang best , adek usna suka sampai tambah-tambah 4 kali ;P

" EH , SEDAP LAH MU BUAT. MANA LAGI ??? HA SIKIT NYE MU BUAT :( "

padan muka. tahu makan je , tolong taknak.

takpe , ada masa sebelum esok. jom lah buat. senang je semudah makan dan ngap ngap.




bahan-bahan "/>cornflakes diramas
mentega
gula perang
oat atau nestum

campur je semua bahan pastu potong bagi petak. tapi usna ni kan mengada gedik pulak tu letak dalam cup. hehehe.

ha bakar tak payah lama-lama ye. sebab bahan-bahan tu semua memang auto dah masak.


BISKUT ARAB

  SELASA : dah pergi membazirkan fulus pagi tu. balik rumah je sanggup jugak buat biskut arab ni. semangat ? kenapa ye ?

sejarah nye begini...

ummi n baba masa baru nikah duduk berduaan je kat Terengganu. masa raya ummi used buat biskut arab ni sebab favourite ayah usna tau. dah nama pun duduk berduaan alamak terlebih pulak buat kuih nya. ummi sampai story lagi sempat tertido bila uli doh nye haha :) dah banyak , ummi bawak lah biskut ni menjelajah ke Johor and Kedah bagi saudara mara merasa biskut air tangan pengantin baru ni hoho :P

sejak tu lah , tengok ummi je diorang tertingat biskut arab. asal raya je , mesti tanya pasal biskut arab. masa tu kat kampung .....

" tak buat biskut arab tahun ni ? "

" * gelak kecik. tak kot , DIET "

secara drastik makcik saye gelak. DIET tuuuu ! hahaha macam tak pernah dengar taknak buat biskut sebab diet. agak pelik pulak rasa.

" laa tak buat ke. kami tunggu ni biskut arab setiap tahun selalu buat "

usna dengan ummi terdiam. apa salahnya buat kan untuk tahun ni. bagi makcik pakcik n keluarga macam dulu. :)



bahan-bahan"/> minyak sapi
gula
tepung gandum
kacang tanah goreng buang kulit
// nanti kacang tu masuk dalam doh then uli jadi bulat kecik-kecik pun ok. biskut arab ni sedap sebab rasa kinda susu-susu lemak-lemak. minyak sapi kot.
nama dalam resipi : BISKUT 3 SYAWAL
* 3 syawal ? nampak bersyawal-syawal je :P

  RABU : kebetulan jatuh pulak sama hari dengan besday adek usna. so diorang pagi-pagi zupp lari rumah nak buat IC. cehceh dah ada IC la adek aku :P usna kena buat kueh ni sorang-sorang. siyes penat sebab dah kena terap acuan sorang-sorang , pastu letak coklat pulak sorang-sorang. alangkah baik kalau ada yang sudi menemani :P kalau tengok dapur , HAHA tunggang langgang macam usna lupa tutup gas dapo sampai hitam :P bekas mentegaa jatuh sana , buku resipi comot-gila sini , senduk-senduk atas suratkhabar , gula halus berterbangan dengan bebasnya ditiup angin.

so , HAPPY BIRTHDAY UMA ^^ ily lah <3

kinda biskut ni macam hadiah kat dia kan ? haha sebab dia tak tau langsung pun usna buat ^^ balik balik tengok dah tersedia gitu dengan karpet merah.

" TEN , MACAM SEDAP JE ! "

" WEH , KEMAS AH MU BUAT. LAWA CITTT "
EHEM , tengok la adek nye sapa. wekk tetibe je.
biskut ni pun usna ubah resipi dia muehehe. act kena letak chip choc atas tu tapi short pulak. so decided guna cooking chocolate sebab beli macam banyak semalam.

so , EHEM EHEM ni 100% hand-made husna enterprise ye lalalala :P

kami guna dulang makan je takde dulang besi yang lawa
HAZEL KACANG RANGUP
KHAMIS : baru je tadi buat lepas sahur dan sinsing lengan nak bancuh doh. taktau kenapa , hari ni macam mood tak berapa baik. rasa nak marah jee bila uli-uli doh ni :( ramai cari pasal tau hari ni. orang panggil kucing makan , anjing jiran yang sahut. orang uli-uli doh , ada semut datang bawak kawan. bak peribahasa " kecil kecil cili padi , tapak nyiru saye tadahkan ". entah apaapa semua dok berkait haiwan kesayangan. orang kata benda yang susah ni hasilnya akan sedap hehe. dah la guna kacang hazel , favourite tu.
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selesa ~~! sebab ummi n uma datang membantu di dapur ceyh macam kueh ni kau punya pulak ~.~ heaven habis time buat kueh ni sambil bercakap je. apa yang penting ??? KERJASAMA.
patutnya tabur choc rice , amek mu usna celup sampai hitam biskut ni dengan coklat masakan. macam sedap. bayang kan coklat tu meresap dan cair di bibir mulus mu di pagi Aidilfitri nanti. wa pasti memberangsangkan.
yes , 4 jenis aje. apapun , harus bersyukurlah kan. sekurang-kurang nya buat. kalau gagal pun , pengalaman try n error masih ada terpaku dalam otak. tahun depan nak buat 7 pulak. muahaa ada berani ?

// 4 pun kira banyak kot. sebab bekas kueh 2 tahun dulu ada 6 je. so 4 memanipulasi 6 , waa dah kira bagus jugak tu. yang lain-lain kita bolon bolong kacang. biskut kering kering kat dapur tu sapu coklat masakan tadi ok ape. haha~


so, korang buat kueh ape ha ?? jom lah kongsi. selamat hari raya ^^

macam cepat esok dah tiba dah :) tak ready apa pun melainkan kueh ini. LALALA~ tak kira , esok nak pergi surau jalan kaki berjemaah dengan famili semua.

Label: , , , , ,



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha