Bicara Bumbung
Ingat dah besar sangat ?
Jumaat, Ogos 27, 2010 | 10:01 PTG | 13 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

AMARAN ; ENTRI DITAIP 26 OGOS 


Memories are precious. Forever , are memories ^^
Sebelum kejadian - 24 Ogos 2010;

Wawa : Husna ! Happy Birthday ! * nada terlebih semangat
; Eh ! Belum lagi lah. Hehehe.
Wawa : Takpe , saya nak jadi orang pertama wish awak tau tau.

- 25 Ogos 2010 -

Nadya : Husna nanti saya nak jadi orang first wish awak tau! Tunggu 12 malam nanti eh.
* sengih sengihan blurr tersemat di bibir Nadya

Bangun sahur je , tengok Munny yang wish dulu. Sampai sekolah tak buzz buzz henfon dok tunggu dia wish. Hish nadya ni ! :P

Oh ye , aku bangun pagi sahur dengan senyuman. Ah suka nye !

Aku sampai sekolah lambat. Haha dah memang muka lambat pun ye. Naik kelas je , ternampak Mai Nana n Nani menikmati pemandangan padang yang indah di pagi hari kat koridor tangga. Aku yang berniat jahat terus sergah secara comel " Haaaa ! " hehehehe.

" Haish husna nih ! " marah secara sopan Nana.

Nani pulak cepat-cepat naik tangga masuk kelas. Sempat lagi dia cakap " Husna ! Jangan naik eh. Jangan ! Tunggu. Kalau naik siap usna " Mula ingat gurau-gurau sebab dah nama pun datang lambat. Konon dengki ah. Tak kira nak naik jugak tapi cuba control jalan jadi slow sikit padahal Nani dah lari masuk dalam kelas.

Kanan , kiri , kanan , kiri kaki dihentak berarak ke kelas. Pintu kelas tutup pulak dah ! Terus terpandang Ustaz A merangkap pengetua sekolah kat hujung bangunan yang dari tadi macam pandang aku je. Ustaz , ustaz , nak wish birthday ke ? Dengan tak terduga , ustaz A panggil! Tapi suruh bagi surat kat cikgu H je. Alangkah berkecainya hati ~ :P

Nak masuk kelas dengan hati yang kecewa , pintu terbukak je..... Pap ! Semua mata memandang. Oh malu.

music cute Pictures, Images and Photos " Happy Birthday to you ..... Happy Birthday to you.... 
Happy Birthday to Husna.........  Happy Birthday to you..... "
* baca dengan penuh perasaan ye

Mula-mula diorang macam malu-malu kucing je keluarkan suara , aku pulak dok beria kuat kan lagi kuat kan lagiiiii nyanyi tuu. Muahaha :P Sweet sangat la korang ni. Ilysemua ^^ Tiba tiba nak jalan menuju ke tempat duduk je....

" PAP !! " aku jatuh bah. Tau angkara siapa ? Muny !! Dia hulur kaki kat tempat jalan sampai aku jatuh secara sopan. Satu kelas gelak mengilai. Ah benci la.

------------------> Tamat hahaha. Sedutan cerpen Selamat Hari Jadi yang sadis. cehcehceh.

siyes tak reti la taip formal-formal gitu macam kat atas. siap caps lagi lepas titik. kaku je bila nak taip sebab nak susun ayat bagi matang sikitttt. cehcehceh sila geli.

korang , harini rasa bebas sangat ! rasa nak terbang ke utara selatan gayanya. tu pun kalau ada lesen. oh ye , usna harini baru je habis trial exam. sangat lah suka sebab jatuh sama hari dengan birthday sendiri. muahaha.

terharu and speechless sangat bila classmates buat macamtu.

tadi tengah konon la KONON bincang dengan kawan-kawan pasal paper setererusnya , Sai dari form 2A datang menyergah secara sopan. " Ustaz H nak jumpa Husna " classmates semua dah kecoh-kecoh. time tu gugup betul.

bila nampak selipar lambang Spain kat depan bilik guru , telah tahulah bahawasanya ustaz ada kat dalam bilik beliau. bila masuk je , terus wish " Selamat Hari Lahir , Husna " .alamak kan kan dah gugup lagi :P

" Terima Kasih ustaz. "

terus ustaz hulur hadiah. adoi lagi la terharu ! macam malu pun ada muahaha. lepas hadiah disambut , usna hulur pulak plastik hijau hadiah untuk anak dia.

" Ha ustaz , ni untuk anak ustaz * SENYUM "

usna bagi hadiah untuk anak ustaz sebab birthdate kiteorang sama. umur je lain. oh ye , JANTINA pun lain ye muahaha :P mula-mula memang blank taktau nak bagi apa. tapi terfikir bagi duit pun boleh je kan. siap dengan sampul duit raya tahun lepas punya. tambah seri sikit , bagi keychain gambar koala. tapi lepas sahur je , bukak bukak laci tengok ada satu pencil box warna biru terbungkus rapi lagi murni. YES ! dah dapat hadiah yang sesuai. usna tak guna pun pencilbox tu sebab kecik pastu ada gambar teddy bear macam segan nak pakai. daripada simpan best jugak bagi kembar tak pernah jumpa usna ni haa. LALALA~

oh ye , terima kasih dekat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish , hadiah dan surprise whatever lah. siyes , TERHARU sangat. ^^

SELAMAT HARI LAHIR , NFHUSNA. DAH 14 DAH AWAK YE. SEMOGA JADI BUDAK YANG LEBIH MATANG , DAN MAJIKAN KEPADA BUDAK-BUDAK BUNCIT YANG COMEL. OH YE , SEMOGA LEBIH MENGHARGAI KAWAN. SEMOGA SIFAT SAYANG TAK MALU LAGI NAK SONDOL KAT AWAK. HARAP BUANG SIFAT OVER MALU TU JAUH-JAUH. MALU BERTEMPAT YE.

kawan kawan tanya " Tiger bagi apa dekat husna ?! "

" hmm , bagi najis je " ha tu lawak kotor dia dah keluar pulak dah. macam tak senonoh , tapi betul lah. macam mustahil dia bagi bulu kambing. tak baik menipu.

eh kejap. masa nak bertolak pergi sekolah pagi tu , tau tak usna nampak apa ? hehehe SUNRISE lawa sangat-sangat ! its okay je anyway even tak boleh snap the memories. henfon lopak je tak boleh snap bende lawa mueheeh.

usna tak bape suka lighting dia kat henfon. lain en macam terang sangat. takde ciri-ciri golden moment yang diidamkan.

oh ye , terima kasih banyak banyak kepada..... jengjengjeng.

baba en ummi ^^ novel idaman nih. yes! alhamdulillah.

ustaz H bagi ~~ siap reben warna pic , simple soft.
Muny yang buat slack halang guna kaki jatuhkan usna kat kelas huhuhu. dia ni tauke bisnes keluarga kerongsang dengan minyak wangi. apa-apa hadiah , mesti kerongsang. takpun minyak wangi.
oh ye , kerongsang merah tu untuk besday. yang letter F , semua kawan dapat tanda FRIENDFRIEND. yang cendawan tu hadiah tahun lepas dengan celak sekali. yang kereta hadiah saja-saja.
dia nak bagi lagi dua sepit rambut apaentah kat usna sebenarnya. tapi usna menolak secara lemahlembut cehcehceh tanda malu begitu. lagipun usna tak reti pakai nanti tersorok je tak pakai buat apa ye tak. 

farah yang bagi ;) dia ada bagi satu nama HUSNA dia potong kat suratkhabar. tapi usna paste dekat bawah meja kat kelas

kalau rajin usna update lagi kalau sempat pasal present muahaha cis cis berlagak :P rasa macam patut ke sambung ?

TARIKH PENTING BULAN OGOS !
9 0gos - senior shaibah
10 0gos - khadijah
12 0gos - farah , ayah fatihah
19 0ogos - nazifah , jihan
24 0gos - alia
23 0gos - anniversary ummi en baba, besday blog sys tasha
25 0gos - aisyah
26 0gos - nfhusna :) , nicon david , anak ustaz H
27 0gos - fruitheart sys mieya

hadiah tahun lepas sebenanye. tak bukak agi muahaha. sayang!

 
kad comel seringgit lapan sahaja!


balik tu pergi kedai nak beli hadiah. sebenarnya dah lama nak bagi hadiah dekat kawan-kawan tapi TAK RETI NAK PILIH. macam sadis , tapi betul pun.

kad untuk aisyah besday dia semalam . alolo comel nye kad ni :)

tulis repek repek bagi die terharu. kalau tulis bahasa puitis , kang tak faham. aisyah bukan budak sastera muahaha. cis cis cakap macam usna pandai sastera.

oh ye , usna tengah susun kueh mueh untuk juadah berbuka. tiba tiba henfon menjerit kecil minta disusukan diangkat. haila... ustaz H telefon !

bertukar salam dengan ustaz H. tiba tiba..

" ASSALAMUALAIKUM KAKAK "

" SELAMAT HARI JADI KAKAK ! "

" KAKAK BUAT APA TU ? "

" KAKAK DAH MAKAN ? "

" KAKAK MASAK APA ? "

" HA , TERIMA KASIH KAKAK "

" ASSALAMUALAIKUM "

anak ustaz H rupenya. comel je. usna tak sempat nak jawab sepatah pun sebab dia cakap laju petah pelat-pelat sangat , padahal dah dengar dah suara garau bagi skrip kat belakang muahaha. Thanks budak kecik yang tak pernah jumpa...... ^^ * jangan ngada ngada panggil adik. jangan buat adik orang macam adik sendiri ye.

KORANG ! SAPE TERER BELI HADIAH. SELALUNYA ORANG SUKA HADIAH APA LA EH ?

sempena bithday , korang bagi hadiah doa ye. tau tau hehehe. thanks.

Label: , ,



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha