Bicara Bumbung
cerita haiwan gedik
Sabtu, Julai 31, 2010 | 12:05 PG | 8 comments
Assalamualaikum.

Always remember you're unique , just like everyone else.

ok FINE husna gagal post entri pendek huahua :P so jom let's go kita post entri yang panjangggggggg. ^_^

soalan pertama , korang pernah tengok movie Underdog ? kalau sape-sape yang follow up friday movie 9 malam dah masuk 2 kali dah masuk tivi Underdog ni. apepun friday movie tak pernah mensesalkan. semuaaa best. Nancy Drew , Jurasic Park , The Game Plan , King Kong , The Big Mama pastu Rush Hour 3. superb lah semua. dah seminggu tak tengok tivi , jadi hari jumaat malam je la tengok cerita ni. ha kira berbaloi la di situ ye.

ok , tak payah nak gatal masuk pasal movie. eh tapi kejap.

hensem je kan ?

Underdog atau nama betul nye Sunshine gitu jenis anjing beagle tak silap. tapi takkan bangle kot. tu nama gelang muahaha :P usna rekemen tengok lah movie ni lalala. sebab bukan pasal lawak semata , lebih daripada tu ehehehem.



antara aksi comel beliau.

sejak tengok movie ni , rasa makhluk anjing makhluk spesel tau. kita memang tak boleh pegang dia tapi takkan nak seksa pastu benci pulak kan. dia haiwan jugak peee. tak salah saling sayang menyayang kan kan auwwww.

ok baru masuk tajuk jom miahaha.

petang hari tu , husna cycling cycling ronda taman perumahan petang-petang lepas sekolah. best woo sambilsambil boleh mengkendurkan perut buncit dan menkeluarkan peluh. cubalah hari ini. 

tengah husna cycling dengan gembira sambil pasang lagu bagi menghilangkan debar gitu ecewah. masa kayuhkayuh tu husna pandang bawah je tak pandang depan sebab nak elak kemalangan ecece. bila belok kiri masuk lah satu lorong kecik kat belakang rumah yang ada limaribu satu macam bau masakaan boleh terdapat kat situ. muehehe.

sambil cycling cycling sambil pandang bawah , tiba tiba ada WOOF WOOF bunyi anjing yang comel. terkejut rasa nak jatuh tergolek tu memang maha dahsyat lah. husna dah lah jenis cepat terkejut lalala. rupanya dua ekor anak anjing dia nampak je basikal kampung husna terus dia lari sembunyi. hah bayangkan. how cute it is kan?


bila pandang depan je tengok terkocoh kocoh dua ekor ni lari kat tempat ni. sembunyi kata nye. usna pun macam excited lah kan dah la tak penah tengok anjing dekat-dekat. pastu penakut pemalu pulak tu alangkah comel. muehehe terus turun basikal.

cak cak ! cakap HAI semua

ada dua ekor sebenarnya. satu comel satu hitam. dua beradik agak nye. badan pun kecikkecik je. tengok orang pun buat muka innocent pastu macam mata besar berair air tu wahwah tergoda ma.

sape kata anjing tu selekeh ? dalam selekeh2 pun tetap haiwan yang comel.

hah baru jelas sikit. uuuu gaya diorang ni kan buat orang geram. memang betul macam gaya nak fren fren ha.

sejak jumpa diorang , makin semangat semangat nak jumpa diorang tiap hari. tiap petang kalau sempat takde banyak homework cepat cepat kayuh jumpa diorang. wah bunyi macam pertemuan sulit muahaha :P sebab diorang pun suka jumpa husna lalala. disebabkan diorang kecik lagi , diorang main 2 ekor kat belakang lorong tu je tak pegi jauh-jauh. senang la hehehe.

dekat taman perumahan usna memang menseramkan sikit. sebab banyak anjing. majority chinese ha gitu. ada je perangai-perangai dorang ni buat orang tak senang baring. nasib baik kuncing berak mereka tak sepah dekat halaman rumah. ada tempat khas gitu.

ingat lagi , dulu dulu rumah pagar tak tutup. tibatiba anjing muncul duduk buat muka tak bersalah depan rumah gaya macam datang nak raya je. secara drastik lagi dorang masuk pulak dah halaman rumah. dah kata pun duludulu mesti lah kecik kemetot lagi. sifat penakut pun masih mentebal dalam diri.

tanpa berfikir panjang , terus amek kayu hoki celah tangga buat halau anjing tu haha. cara menhalau tu gaya dia taknak kalah macam acu pedang :P tibatiba anjing tu gigit ke jilat kat hujung kayu tuh. terus simpan takut ayah marah lalala. najisssss trang trang.

dulu dulu kat kawasan sini banyak anjing terbiar. ada satu anjing hitam tau nama glemer TamTam. kalau nak pegi sekolah je kereta lalu tepi dia nanti dia kejar. tak cukup kejar , dia serang kereta guna kepala wahaha. ktukk ktukk! bunyi hentakan berlaku. sekarang TamTam kat mane entah. lama tak nampak dia , beralih kat jalan lain la kot.

ok tutup cerita pasal anjing. hehehe atau korang ada pengalaman bersama anjing ? jom sharing is loving.

siyes , kat kantin sekolah dah bape puluh ribu tan dah kucing. hwaaa banyak betul membiak terlalu subur. terbaru sekor mak kucing putih beranak LAPAN ekor. wakaka sulung koko , kedua en ketiga oren , then lima ekor wane putih sume. acik kantin cakap kalau nak amek , amek je. kawan semua suruh amek wahaha. banyak la , mau gaduh nanti dengan budak gendut kat rumah. atas sebab kekurangan kasih sayang. muehehe faktor cemburu ha gitu. tibatiba kawan usna Ad pulak beria ambik. katanye nak belajar menjadi ibu :P tapi esok pagi terus pulang balik cepat cepat sebab dia berak cair atas cadar hahaha.

cute isn't it ?

teringin sangat nak capture time menyusu moments. comelcomelcomel. dengan lapar ekor sekaligus tu mensusu.

oh ye , masak-masak-masak dah dapat result. muehehe third prize aje ^__^
p/s ; eh lama kan tak cakap pasal budakbudak gendut ni :)

Label:



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha