Bicara Bumbung
nanti besar nak jadi apa ?
Isnin, Jun 07, 2010 | 8:19 PTG | 15 comments
salam && hello coffeemateTM

Age is a very high price to pay for maturity.
alhamdulillah tadi baru je siap folio Kemahiran Hidup. mula mula rasa macam tak percaya. rasa macam TINGG ! wauu boleh siap 15 mukasurat dalam 3 hari. haha macam bongkak je bunyinya. ish takboleh.

oh ye, selalu kan budak budak macam kita ni ecewah kan kan selalu kena interview dengan kakak yang dah besar besar ataupun bakal mak mentua eh ataupun jiran sebelah rumah. makcik kantin pun boleh tanya kalau diorang takde keje. haha selalunyaaa diorang tanya pasal depan. nak membentuk sifat sayang kan diri sendiri.

antara soalan soalan nya ;

kat rumah suka buat apa selalu ? * padahal nak tanya hobi
nanti besar nak jadi apa ? * kan nak tanya cita-cita tu
ni acik masak ni. sedap tak ? * haha tu nak tanya makanan kegemaran sebenarnye
ni akak bawak pergi kedai buku. pilih lah nak apa, akak belanja * nak tengok suka baca buku tak

eh entah la ek ek kenapa dorang buat macam tu. belok belok pulak bahasanya. sebenar nya mereka-mereka tu cuba mengorek rahsia kita tau tau. haha habis kalau budak bawah umur baca ni. ok ok sebenarnya mereka mereka ni nak memahami kita sebagai anak kecik yang meningkat dewasa. takut kita tersesat di tengah jalan. dah la takde kompas. tak ke susah kalau sesat.

eh husna suka kan buat intro panjang panjang padahal ye PADAHAL nak kongsi cita-cita husna dari kecik secoittt dulu sampai besar eceh eceh. kadang kadang cakap pasal cita cita ni best sebab ia berkaitan dengan masa depan yang harmoni. lalala

oh ye budak macam darjah satu yang hingus masih segar dan tak segan nak hisap balik selalunya cita cita dorang mesti cikgu. tak pun doktor. entahhh cikgu sebab nampak cikgu dah depan mata. kalau doktor, biasanya sebab gaji besaaaa punya kot. yang lain lain tolong ye tolong fikir sendiri.

impian pertama ; -GURU- * padahal cita cita bukan impian ye
mula mula husna dulu dari tadika sampai darjah 3 kalau tanya cita cita jeee mesti cakap guru. guru , guru , guru. padahal tak faham lagi tanggungjawab sebenar seorang guru. bila naik darjah empat je, tukar sikit jadi pendidik. haa baru ada kelas gitu haha. disebabkan nak jadi cikgu, kat rumah husna selalu main cekgu cekgu dengan adik. dengan kakak kakak sebelah punya jiran pun pernah. ye husna tau sebenarnya diorang terpaksa tu :P

impian kedua ; -AHLI PERNIAGAAN-
husna tak ingat macamane boleh jadi zupp besar terus cita cita bertukar. ni gara-gara masa darjah 3 cikgu mintak tiga cita cita so terpaksa. yang tak tahan husna boleh cakap nak jadi PENJUAL ! hahahaha ada ke cita cita penjual ? dia ingat penjual ayam kot. cikgu tu gelak gelak dah , bukan penjual lah, ahli perniagaan. sejak tu ok lah ok lah takmau jadi penjual lagi ! oh ye, kenapa husna boleh terfikir jadi penjual ? dulu kalau beli barang husna suka tengok abang eh tak kakak tu kira kira kat mesin jual tu tett tettt tett bunyi dia. macam best. pastu dapat duit kira laju laju pastu zupp masuk dalam tabung. pastu ada tekan tekan lagi kalkulator besarr then tet tet tet keluar kertas panjanggg yang namanya resit.

impian ketiga ; -PENDAKWAH-
wiwiitttt sweet sangat cita-cita macam ni. suka lah bagusss budak ada cita macam ni lalala.  lepas dah bosan asyikkk cakap cikgu, guru, pendidik macam tak best lah. tukar jadi pendakwah. alaaa alaaa husna dah berangan dah jadi macam ustazah Nor Bahyah kat tivi pakai tudung pastu cakap kuat kuat masuk tivi wooo. eh pastu baru husna teringat husna kan pemaluuuuu. so terkubur lah cita cita jadi pendakwah macam ustazah then masuk tivi bersama suami tersayang sobssss. time ni ada pulak kawan tiba tiba cita cita jadi pramugari. uhukk seksi maaa lalala.

impian keempat JURUHEBAH-
impian masa darjah 5 , 6 dulu. ni macamana ntah boleh ter ter ter buat cita cita macam ni. sebab macam terpegun lah lah tengok abang eh kakak yang cakap cakap dekat radio tu. tak nampak muka so boleh cakap puas puas bagai baru lepas reload topup. sejak tu, husna sibuk kan diri ecewah macam tanya pape pasal ni. oh ummi jadi mangsanya. haha dah kata cita cita jadi juruhebah, kalau orang buat biodata laju aje buat cita cita DJ hahaha. sampai sorang akak ni panggil je husna DJ , DJ. oh bangga ye di situ. kalau ingat ingat husna sorang je yang pelik cita cita. sebab DJ ni bukan pro kot. eh entah lah. since jadi 'DJ' surat khabar jadi mangsa yeay. iklan harga ayam pun boleh kira jalan masuk dalam radio. baca kamus pun boleh bersama segmen belajar bahasa bersama DJ HUSNA lalala. sah sesat orang yang ikut rancangan tu. haha nak lagi perasan, husna record pastu dengar banyak kali kalau boleh taknak berhenti :P

impian kelima ; -PENSYARAH-
ni macam cekgu jugak kan kan. tapi kenapa eh husna boleh nak jadi ? oh macam naik kelasss sikit la kan kan daripada cikgu. tapi cikgu dengan pensyarah sama je sebenarnya. tabur benih ilmu jugak :)  baba la dulu hentam je kalau orang tanya nak jadi apa , baba potong , nak jadi pensyarah lalala. ok macam paksa. redha huuuu T__T

impian keenam ; JURUKAMERA-
haha yang caps lock semua buat bahasa melayu. sebenarnya PHOTOGRAPHER. eh lupa sikitt macamana boleh tertumbuh cita cita ni huahua. since paksu belah ummi tu sorang photographer. hesh kalau balik kampung, semua benda dia nak snap. buat orang makan hati berulam jantung. sejak tu macam bestttt kalau ada DSLR. tapi tak harap sangat. tapi tiba tiba takde angin takde hujan pelangi lagi lah takde baba beli DSLR sony satu *takkan lima kot :P* since tu try jugak snap snap tapi reti. then, gatallll gatalll bukak akaun flickr hasil tunjuk ajar paksu :) tapi sekarang malas pulak nak jadi bende ni. sebab nanti suami tersayang eceh eceh akan terbiar sebab husna lagi pentingkan kamera. tapi sekarang husna snap je pastu tepek kat flickr. sekarang jadi hobi.

impian ketujuh ; WARTAWAN-
hesh berapa banyak entah cita cita budak ni. tapi cita cita husna sebab pengaruh kan kan ? pengaruh tivi nombor satu. pengaruh popular pun ada jugak wakaka. mula husna panggil wartawan ni pembaca berita. haha bantaiii je panggil apa. pastu ummi tegur, bukan baca berita je tau. nanti kena interview orang pastu pergi tempat tempat macam luar negara contoh kes tsunami. laaa husna ingat nak jadi pembaca berita je taknak pergi luar jumpa orang takde masaaaaaa. wah bunyi macam bongkak lagi :P since tu, terkubur lagi cita cita ini lalala

impian kelapan - DOKTOR
hahaha buat kali pertama dalam sejarah, husna teringin jadi doktor. padahal husna benci doktor. eh bukan tak suka keje doktor je. sebab doktor mesti kait dengan darah. hesh husna takut darah lalala shhh. tapi alhamdulillah tak sampai pengsan keluar buih. kalau ada rancangan medik tivi, terus tutup muka. kan pasal bedah bedah tu. lagi satu, kalau nak jadi doktor kena bedah katak. takpun tikus. err ok husna takut. pastu kena dok bilik mayat buat ape tah. eh betul ni. cikgu pernah cerita dia pun tak sanggup terus drop course tu. eh korang, sebenarnya husna nak jadi doktor haiwan lalala. doktor manusia taknak. cekadak sikit. ok, cekadak banyak. sampai sekarang teringin nak jaid veterinar ni, tapi masa keje tak tentu. habis makan pakai anak anak ? ohh husna jadi doktor kat rumah je lah. doktor dapur.

impian kesembilan -PENULIS NOVEL
oh haha berbelok belok punya cita cita. ni genetik daripada sorang kakak senior yang dah tulis novel. wauu kan kan ? nama dia Shaibah Abas, yang tulis novel pelangi kasih & mengejar matahari. since tu, husna start tulis tulis. haha again, semua pandang pelik. husna asyik menulis je. eh gedik gedik. tapi sampai sekarang tak siap pun novel tu huahua. gelak je. husna suka macam tu, mula semangat pastu dah tengah takde idea then malas. pastu eh buat citer lain pulak. sama jugak wakaka. kalau tulis cerita untuk PLBS sekolah takpe. sajak husna boleh la tapi tak sungguh sungguh pun. so, terkubur lah lagi cita cita itu lalla. dah berapa banyak kubur cita cita ni ? akhirnya, husna tetap menjadi penulis. oh ecewah penulis blog gitu ;P

impian kesepuluh - SURIRUMAH
ini impian yang cool ! tak penah kot dibuat orang. haha awal tahun haritu, tibatiba nak jadi surirumah yang berjaya. jaga anak-anak then masak banyak banyak biar kembung perut seisi keluarga. sebab apa eh nak jadi suri rumah ? oh ye sebab nak jaga anak-anak betul betul lalala. murni tak ? :P guru geografi cakap pasangan yang bekerjaya peratusan mendapat zuriat rendah. hmm faktor penat kot. eh eh geografi form 2 belajar tau !
dah pergi check sana lalala. so, jom jadi surirumah ? haha nanti kita boleh sembang banyakkk sebagai jiran sebelah rumah sewaktu keluarga berada di luar mencari rezeki.

eh berkobar nya husna buat cerita. panjang pulak hesh. mata dah pinar. ok lah nak stop dulu lalala. kalau malas jangan baca. nnti mual. haha betul. tak tipu.

eh sebenarnya ada lagi satu impian ! wakakak tamakkk haloba betul.

impian kesebelas ; PENJAGA
ni lagi satu, impian pelek pelek. ni konon ye KONON nak bukak nurseri jaga budak budak. cemana tah ada cita cita macam tu. tapi best lah boleh basuh o'ek kanak kanak belum matang. oh ye nurseri ni spesel tau. budak darjah 6 pun boleh masuk. sila sila. huhu gara gara dulu pernah masuk nurseri pastu cikgu gila garang, tibatiba nak buat nurseri yang belum tentu berjaya dan husna tak garang lalala.

ok dah skip skip ! assalamualaikum coffeemate TM :)


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha