Bicara Bumbung
jom baca-baca buku
Jumaat, Jun 18, 2010 | 12:46 PG | 12 comments
salam && hello coffeemateTM

The secret to film is that it's an illusion.
sape kat sini rajin joging ? bagi tips sikit macamane nak rajin bersenam bagai. ish tak sihat jugak husna ni kang kang.

sempena cuti sekolah ecece padahal nak naik sekolah dah. kan masa tu husna ada bagitau nak pergi imigresen hari ape tah tak jadi pastu hari isnin tak jadi lagi last last hari selasa huahua. kiteorang dari rumah pagi pagi pukul 6:45 dah siap gaya macam nak ke sekolah pun ada. baba kata kena awal sebab imigresen cepat penuh macam nak buat identity card blablabla. ok skip skip !

jengjengjeng. lepas pergi imigresen kita jalan jalan lalala. * tak kira nak bagitau jugak. lama sangatttt tak pergi Angsana dah maju woo ada tangga gerak gerak lagi eh bukan dulu memang ada ke ? entahhh lupa :P kiteorang cuma cari kedai buku je sebab lama sangatttt tak beli buku haha. jadi hari tu buku jeeee nak pandang benda lain tak boleh pandang nanti duit tak cukupppp.

sangat loser dan tragis kiteorang pusing pusinggggg satu Angsana naik turun turun naik tak jumpa jumpa Badan Cemerlang Sdn Bhd. terlalu maju sampai kami terasa tersisih ecewah. tup tup TINGG! lalu tempat sama eh eh kan dah lalu ni ? kedai cermin tu dah banyak lalu pergi siap boleh tengok kaki sendiri bila jalan haha. macam ape je. rasa terdesak memang nak tanya tapi nak buat macamana kami memang genetik keluarga harmoni yang pemaluuuu , semua pun perempuan. " haa kalau nak tanya la akak tefon tu " umi menusuk menusuk jarum. " okey " lagak nye konon konon macam berani je nak tanya siap jalan secara drastik tetibe patah balik sangat selamba. loser.

ok , annoying sangat bercakap tapi tak ada isi. akhir nya , kami tanya jugak lah orang yang jual baju. apa beza akak tefon dengan akak jual baju. dua dua pun perempuan. haha takpe asalkan kami selamat mendarat ke Badan Cemerlang otak cerdas ituuuuu yeay.

rambang mata sangat kan dah lah kedai buku memang besarrrr pastu macam whoaa banyak nye buku. entah bape jam kita orang pun taktau dah kat sana. sampai jumpa cikgu IT husna kat sekolah tapi dah berhenti keja dekat Angsana tu sebagai pereka fesyen baju muslimah haa gitu gitu. tahniah , u. Aisyah :) buat baju elok elok raya taon ni nak pergi kedai ustzh okey ?

 stylo oke ada dua side lagi ? lalala.

tak dinafikan sangattt best okay dah macam pesta besar besaran buku. yeay boleh lah pandang sebelah mata je kan kan blog ni bila ada novel kuang kuang. serius , pembelian kali ini terasa sangat berharga sebab kami dapat borong benda dari badan cemerlang itu banyak banyak sampai padan muka haha terbuntang biji mata bila mentengok harga. sangat luar biasa. eceh.

Diari Mat Despatch - Bahruddin Bekri

buku yang kat atas sekali tu dan buku yang paling comel dan paling murah dan paling last sekali amek dibawak ke kaunter. adik husna yang beria beria amek tapi bila selak selak eee apa ni tak faham la bahasa dia. haha bahasa dalam nove ni sarkastik sikit. eh sarkastik tu apa ? korang kena baca sendiri ecewah. bagi husna novel ni unik sebab first time jumpa novel bentuk diari. ke husna memang first time padahal dah banyak gila novel macam ni ? husna ada terbaca feedback orang tu kat novel ni. haa baca laa. serius , cara dia tulis terlalu jujur dan sempoi macam orang skema. eh tak tak haha. even dia tulis takde la HAHA , HUHU semua tu , orang boleh bantai gelak gelak je. ummi baca pun tak sampai satu hari tapi katenye husna sayanggg nak baca nanti habis cepat sangat lalala tapi dah selamat dah habis :P

PERINGATAN :
kepada sesiapa yang menjumpai buku ini , ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. tetaoi ini adalah diari. oleh kerana aku tidak mampu beli diari , aku beli sahaja buku laporan sains. jadi , apa yang aku mahu beritahu adalah , jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.
JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.
kira kira, perkataan JANGAN tu yang buat orang nak baca okay. sebab doktor fadzilah kamsah cakap , jangan tu macam magik hahaha. sekian. ape pun , Bahruddin Bekri , u did well. terus berkarya ok ? rasa nya , novel Bahruddin Bekri ni jenis yang berfikir. serius , baca diari ni buat macam kita yang ada tempat dia , sebab guna 'aku'.

uma kata , " atennn , oooo baca diari lelaki ! "  haha wonder sebenar nya lelaki ada diari tak ey ? adakah mereka buat guna buku laporan sains ? kadang kadang baca satu part , macam kena kat diri sendiri pun ada kalau baca betul-betul. jujur , he makes us to think en think.

Versus - Hlovate 
ni beli kat kedai majalah sebelah Carrefour je hari sebelumnya. thanks dyana sebab dia yang mula mula cakap pasal novel ni kat blog. lalalal siryes dulu selalu aje dengar orang kata pasal Hlovate novel dia best tapi jujur husna tak pernah beli wakaka gelak jom. tak pernah jumpa ok en tak nak cari lalala. Versus ni pun cari tup tup memang surprise jumpa tinggal 2 buah je pun.

jalan cerita first first blurr gila dengan perkataan perkataan yang macam asing bagi budak mentah seperti husna ecece. en macam kecewa gilaaa sebab ada pasal love. tsk tsk rasa nak campak je :P so sekarang dah masuk muka tengah , haa part ni best sebab banyak quote tapi tetibe pasal kahwin. cis cis.

siryes , interesting. its all about changing. changing for good ain't a crime. ha gitu lah keterlupaan takut grammar salah. macam bagi satu semangat tau for those yang rasa nak berubah. try baca kalau teringin =)
Bacalah jika anda ingin berubah menjadi lebih baik , insyaAllah
eh bukan husna kata , belakang novel tu yang kata. ha-ha tadi cari cari website Hlovate then tertangkap kat satu scene kat cbox dia.
hahaha wonder " hate love " ? kalau macam tu kita serupa ! :P yeay husna is hlovate. sila gelis. eh kejap. novel aA+bB novel cinta ke ? tajuk best sebab macam budak budak lalala.

Projek Diet Ain Maisarah - Ain Maisarah duet Rose Harissa

ni adik husna yang amek. kalau dia amek husna pun bantai je lah baca. tak salah kan. lagipun novel ini sangat sesuai tinktoink dengan husna haha. DIET DIET ! diet ialah gizi dalam bahasa melayu. diet ialah pemakanan seimbang bukan tak makan. tragis sebab tak sentuh lagi novel ni , sayanggggg :P

what to say , cover interesting. macam macam kaler ada. pastu ada sticker sticker bagai sangat menarik bagi kanak-kanak. jadi sila lah beli buat kesejahteraan anak kita bersama. adik husna satu hari dah habis. over excited gaya nye. tak sayanggg ke ?! biar lambat asal selamat itu prinsip saye bersama novel lalala. sape rasa nak amalkan pemakanan seimbang cuba cuba la beli ngee~

Dunia Remaja Ku ! - Asri Supatmiati

husna cari cari agi novel best best. semua macam nak tak nak jee. rambang mata lagiiiii. fuh fuh last last tengok ni pastu baca review belakang. hohohoho * gelak jin * best !
dunia gadis memang unik, dipenuhi dengan warna warni. perhiasan , pakaian yang cantik cantik semuanya ada terjual di merata tempat. hendak menjadi seorang gadis mestilah kelihatan cantik , menarik , harus bersolek , kelihatan kurus , harus begitu dan begini. leceh ! * peh peh semua sifat seorang gadis yang disebut macam takde je pada husna

tapi ada kebenarannya , jadi seorang gadis memanglah leceh. asalkan anda tahu mencari maklumat untuk diri anda. ini akan membuatkan anda bertambah sempurna.
baca tu je pun macam eee eee menarik sangat. pastu selak selak terus amek tak pikir banyak kali dah. ia macam kupas kupas about perempuan la bukan novel ada watak watak.  tak sabarr nak baca tapi sayang , hahaha.

hee sekian saje review novel novel begini. takde apa nak update jadi tolong redha. jom jom beli buku !!

p/s ; laparrr. eh eh selamat hari ayah :) sayang baba selalu.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha