Bicara Bumbung
cerita kantin sekolah
Khamis, Jun 10, 2010 | 7:29 PG | 13 comments
salam && hello coffeemateTM

cuti cuti sekolah pun ingat sekolah. sape nama budak itu ? nampaknya sifat cintakan sekolah sudah digam kukuh tersemat suci murni dalam hati husna. alahai sekolah sekolah. SEKOLAH ! *tetibe

tapi kenapa banyak banyak part sekolah , kenapa kantin jugak dipilih ? haiyoo haha nampak sangat tettt (isi tempat kosong sendiri) kenapa tak fikir toilet ke , bilik guru ke , kertas periksa ke lalala.

malam ni macam kena push sikit update sebab pagi pagi esok TINGGG ! magik husna hilang dari pandangan. jom mengembara dengan husna kita pergi imigresen esok :P buat apa ? alaaa jom lah pergi nanti tau la.

oh ye , sejak menjak ni makcik kantin kat sekolah macam terngiang ngiang je. RINDU ! nom nom entah ape diorang letak kat makanan eceh eceh takde lah tak baikkkkk :) tsk padahal sadis gila nama mereka pun husna tidak tahu. sangat sangat sangat loser okay ?
 ahaha husna suka panjang kan ayat yang tak sepatut dipanjang kan tskk

kat kantin gojes sekolah kami ada 2 orang je acik kantin. pastu sorang pakcik. yang lain lain dah pergi membawa diri kita lariiiii ke Siam :P

acik pertama ;
ni husna tau nama dia lalala. dari kecikkk husna darjah 1 dia masak kat situ. kira pro chef tukang masak trangg trangg kat situ. sangat hebat dan gojes tau tau. nama populer acik jerry. peh siyes comel gila nama tu. acik terer masak ayam masak merah, daging lada hitam, ayam goreng bau kuat sampai kelas, ayam kari, telur  sup dan sebagaiiiinya. acik ni usna suka cari pasal sikit. haha eh cari pasal banyak. tsk ada je yang buat acik jerry marah wakaka.

--------> cerita satu ; usna beratur nak beli nasi.(nilai moral entri kali ini , beratur) muka mamai gila sebab ramai orang. seposen je lebih. tetibe sampai part usna je, acik jerry dah bulat mata , " akak, pinggan mana pinggan ? " " eh aaa eh aa eh ? " haha see boleh siap buat buat comel. blacklist usna masuk kantin ! aishoo siyes malu. acik jerry dah marah ayokk tak tahu.

--------> cerita dua ; lagi sekali kita beratur ye kawan kawan, sampai part husna , husna tenung jee lauk tu tak perasan lak dah sampai turn lalala :P ahaha " akak , cepat la nak makan ke taknak ?! "  terus angkat muka hulur pinggan. acik jerry geleng geleng. hesh kalau setahun budak ni cenggini , boleh lingkup kantin sekolah haha.

----------> cerita tiga ; cerita ni belit sikitttt kot. sebab sistem kantin bayar dulu baru amek makanan ! untuk pakej nasi , RM2 dengan secawan air. husna bayar RM1.50 je sebab taknak nasi banyak tapi nak air. cik jerry ingat husna taknak air so dia tuang nasi banyakkkk. tapi husna kan blurrrr slenger pulak tu. :P husna lalala amek je air. again menyirap lagi acik jerry. aiyooo " akak akak ! kenapa amek air tu ? "  " aaa aaa ? * nganga lagi* "  " kan akak bayar 1.50 "  " aaa aaa saye nak air " * acik jerry diam je tanda marah* " ok ok la acik , saye tak amek air " ahaha jangan gelak T___T terima kasih ye kawan kawan sebab sudi kongsi air dengan husna tsk tsk malu sangat.

acik jerry, apa pun. husna tetap akan beli jugak nasi acik jerry ! tak kira tak kira acik jerry kena layan husna yang kuat makan ni.

apa pun , kena ingat. acik jerry ada anak lelaki. * motif ?


acik kedua ;
acik ni usna tak tau nama jugakkk. acik ni best. dia tak garang yeay. setiap kali rehat je husna pergi belakang kantin nak amek air kosong isi dalam botol. free woo barang free sapa taknak heheh. acik ni baikkk ada sifat keibuan yang tinggi. berbual je apa dengan dia confirm zassss je dia layan lalala. kawan husna tak malu selamba je panggil dia mak. ahaha mak mentua ku mak mentua ku. haish acik ni sporting lah. sayang makcik ! toinktoink. dah jadi kedai kopi pulak kantin kiteorang buat. bagai kantin ini kami yang punyaaaaa. :P

acik ketiga ;
acik tak tau nama jugak lalala. acik ni dah pergi meninggalkan kantin tsk. dia dulu selalu jual air kalau husna beli air je selalu bual bual dengan dia. pastu senyum senyum. dia ada anak kecik nama apa pun husna tak tau haha. comel gilaaaa rambut kiut miut panjang macam rapunzel. kecik kecik dah jelita nanti besar comel. ngaum ngaum tapi lagi best, dia baik. dia amek roti yang mama dia jual kat kantin pastu zuppp koyakkan plastik roti then pom pom pesta bersama burung ahaha. baik kan ? grrr geram betul dengan budak kecik ni.


ok habis dah sesi berkenal kenal dengan acik kantin. jom teroka pulak apa ada kat kantin lalala.

dekat kantin , ada banyakkk kucing saye cakap you. banyak macam kira kat zoo haiwan dah. ada Tam Tam, Oren, Outeh Gendut, kembar Momoko kecik, dan sebagainya yang misteri. sangat misteri ye di situ.


Tam Tam
ni amira bertanggungjawab yang bagi nama kat dia. sebab warna dia hitam. ooh dia memang misteri. suka jalan jalan pastu lari lari senyap kat bawah pokok macam detektif. ahaha kadang kadang eee tak malu mintak ayam kat orang. tragis betul.

Oren
ni kesian. kaki dia sakitttt. betina dan avaiable. oh ye kaki dia kena ikat dengan budakkk kecik mana tah sampai kaki bengkak darah darah bersalin kulit. siyes seram kalau sape takut darah plis jangan tengok. tapi alhamdulillah nak baik dah dia ni. dah ada anak pun wah tetibe je ada anak. ahaha satu je sifat Oren, dia tak maluuu landing gatal gila gila kat tempat beratur. oke tempat lelaki pulak tu tak ke nama gatal ? chettt :P


Puteh Gendut
ni gendut husna cakap. gendut sangat beranak 8 lapan kot dalam perut. tapi lamaaa tak nampak Puteh kat kantin. dah beranak agaknya. dia ni spesis cantik + lawa. bersih jeee bulu nom nom. anak mesti comel gilaaa macam tetttt (isi dengan jawapan betul)

hesh nampak nya kantin dah mendahului pentadbiran sekolah di una0una.blogspot.com. tak boleh jadi ! ahahaha kantin ku , sekolah ku ~

ahahaa korang sabaaa je la entri tak bermoral ni. layannnnn dan esok TINGGGG ! jom la jom la pergi imigresen lalala ;P oh selamat malam semua. mimpikan Gendut ye. sayang Gendut.

p/s ; sayang , takde satu pun gambar ori kat sini tau tau. sila jangan terpedaya. husna sukaa buat entri pastu buat buat lupa ehhh takde gambar takpe lah lalala.


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha