Bicara Bumbung
campaign di blogger
Jumaat, Jun 04, 2010 | 2:07 PG | 2 comments
salam && hello coffeemateTM


dua sekali gus ^_6
 sebenarnya kena pilih satu je. takpe lah semangat tak semangat. lagipon lawa oo Alvin edit nie.  btw ; thanks & tahniah buat kempen ni. salah satu cara kita prihatin kat Gaza :) EHEM thanks jugak mario ye sebab join & usna tau pun daripada dia lalala.
eh korang , usna tak tau pape pasal buat entri kempen ni so usna bantai je ape yang usna nak tules ye heheh. nak lagi bagus pegi klik nama Alvin tuuh.

hari bila ntah , dalam minggu ni. hah petang exam. haa hari isnin. alaala yang ada exam bi bm paper 2. nak balik sekolah, tetiba terdengar cik manis DJ cakap " samasama kita doakan kesejahteraan buat sukarelawan di Gaza blabla "  heh heh cenggini lah rupe nya kot kot. padahal 1098% tak serupa ok lah ok lah nak dekat dekat. lepas tu usna terus zupp ting ! kecoh kecoh tanya umie ; " umi apa tadi tu ? " umie , ni yang pegi Gaza ? " bila tu ? " ada yang mati ke ? "  kelemasan mama ku di situ.

start dengar pasal berita tu je, ada macam err something tau smooth flow lembut je dalam darah. hehe bukan personifikasi tau, susah nya nak express. maybe lagi lagi sebab baru sedar orang Malaysia yang pergi sana. so bila orang kita pergi baru bukak mata. haha macam tu la. hesh usna usna. baru sekarang sedar :(

lagi lagi sejak tu kalau pergi mana - mana pun semua dok cerita pasal ni. mana tak terpengaruh tu. hesh ni pun baru tau. apa laaa dah laa dah lama tak tengok berita. haha ingat ingat dalam tahun ni tak pernah langsung baca berita. oh husna sangat pemalas jangan kutuk plis ;P

heh , tu baru minggu ni. minggu sebelum nya ?

kalau sebelum ni pulak, barang barang yang kena boikot sume tu yang jadi list cravings. heheh bedak johnson , nokia , pizza hut , national geographic , and 1001 satu macam barang usna nak. hesh dasar pentamak.
nasib baik ada banyakkk lagi bedak baby lain, henfon pun bukan nokia aje, hmm sony ericson kan ada ? , pizza pun ada sorang makcik yang cukup manis dah pakai tudung lagi buat pizza sebelah sekolah , haha tv ? shooo! usna tengok cite inggeris hari jumaat je T__T  oh tv3 selamanya lalala

kadang kadang susu Dutch Lady pun ragu :( nak susu nak susu.

heheh alhamdulillah sebenarnya ada banyakkk lagi barang yang ada. tinggal nak atau taknak je. its up to you, babe    kan kan ? baguss.

sejak tu jugak, usna selalu amek tau pasal orang sana sana kat Gaza. tapi tak tengok berita pun soh orang DJ tu bacakan surat khabar je heheh. mewah nya hidup ;P but siyes ok, contoh kalau ada sukarelawan Malaysia yang ditakdirkan mati kat sana, ish rasa macam lain lah. its kinda kita macam anggap Malaysia yang pergi tu orang yang rapat dengan kita. yea kira rasa macam dekat aje kan ? haha and pernah satu hari usna tersalah sangka ada sukarelawan Malaysia kat sana ada 4 orang mati tu kan, berkaca pulak mata ni hesh. padahal orang Turki T___T tapi niat diorang memang murni. ^__6 sukela*

oh ye kat radio jugak ada banyak woo sajak pasal Gaza. usna suke sajak ni lalala

Pada kita derita itu
Laparnya perut pada makanan
Putusnya cinta pada kekasih pujaan
Jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga Habisnya duit dalam dakapan

Pada mereka, derita itu apabila
Rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
Maruah keluarga dipijak-pijak
Anak isteri dicincang oleh manusia tak berotak
Tanah air Islam diinjak injak

Irama kita
suara lagu yang mendayu-dayu
Irama mereka
bull dozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muak Yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujia sedemikian rupa
Berpisahnya kita daripada keluarga
cuma sementara
Berpisahnya mereka dengan ayah,
ibu, adik beradik
adalah buat selama-lamanya

Tangisnya kita di dunia adalah
kerana gagalnya kita di dalam ujian
putusnya cinta , atau geramnya pada manusia
Tangisnya mereka di dunia kerana ,
Tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagal mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka hanya pada wangian syurga tertinggi
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung dengan Ilahi tercinta

Siapakah kita berbanding mereka?
Palestin itu Jauh dari Kita - Muharika

ada banyak lagi sajak yang usna suka tapi taktau pulak lirik wakaka.

hmm oh ye usna taktau apa pe pasal diorang kat Gaza ni. latest usna dengar pasal wartawan Astro Awana merangkak dalam darah. tu baru kat sana 28 jam. orang kat sana ? isk syahdunya :( * darah T___T
farah cakap pulak, orang Malaysia semua selamat alhamdulillah. yang pasal kapal tu usna tak tahu pulak. orang Turki ada yang syahid kan. bestnya :')

eh sekian,jom join kempen ni lalala. * raih undi

teringin nak pegi Gaza lah. betullll. tetibe berdebar heh ;)


Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha