Bicara Bumbung
sejak.
Isnin, Mei 31, 2010 | 3:23 PG | 4 comments
sejak menjak ni, kalau sorang-sorang tenga layan perasaan *ecewah :P ,
selalu aje bunyi heli lalu atas rumah. heheh
masuk ni 2 kali dah.
selalu jugak, usna teringat sukarelawan dekat Gaza.
syahdunya :(

tengok, murah nya air mata sekarang :((

hmm, tadi.
dengar gegaran kat atas.
again, suspek bom pulak.
err tak tau lah.
bom ke aero ?
currently.
Ahad, Mei 30, 2010 | 11:19 PG | 0 comments




sejuk wooo. achum achumm. heh -.- gigil macam ape dah.
Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan


Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan


Tashiru - kembali

lagu favourite buat masa sekarang. thanks a lot for who yang introduce nasyid ni :)
favourite sangat sebab penggunaan muzik lembut , lirik best. auuuu~

well, sangat sangat normal kan ? semua manusia tak suka masalah. 
Masalah ? shoooo !
 but life wasn't easy as your thought !


tapi, life is unique.


so the problems come.

to knock your door's heart.

heyy jangan risau. problem datang kejapppp je. tumpang lalu je tuu. nanti dea shoo pergi kat tempat lain ok ok ?
problems ! nak datang bayar dulu. haha
eh bukan problems kena bayar, kita la kena bayar.

bayar dengan ? hmm SABAR & DOA :)  
wish you all the best whatever you do ^___6
rahsia tapak tangan
Sabtu, Mei 29, 2010 | 5:02 PG | 2 comments
salam && hello coffeemateTM

eh stop! tajuk tak abes lagi. " rahsia tapak tangan usna " ok hik hik sila terima dengan redha.
ok lah ok lah, nak remain guna usna kembali. sobsob kretttt. namaku oh bukan namamu.
sini dekat dekattt meh usna nak cerita pasal tapak tangan usna yang unik ini. :P

tapak tangan mu bukan tapak tangan ku.
wahaha ehem ni bukan tapak tangan usna ye.

reminder ; jangan kentut atau pitam 15 saat bila baca fakta pelek ni

fakta satu ;

tapak tangan usna yang kiri takde bentok 81 macam kat atas tu. huhu sedih woo. pelek aje kan? bentok lapan tu besoo satu tapak takde pon nombor satu. ok sedih ni jangan cakap usna anak alien! huhu sadiss sadiss. Ipah yang prihatin dia cakap ' eh ada la tu satu tu bertindih kat atas lapan tu '
eleh ye la tuu Ipahhh. saje nak jaga ati kan kan? dah dah takde eskrimm !

so , kenapa usna punyer takde orang lain adeeee ??? entah entah maksudnya usna orang..... baik! wakaka :P

fakta dua ;

usna punye tapak tangan comel. ehem eh korang tak salah baca takpayah nak gosok mata. haha macam kaki jugak, kira tapak tangan usna saiz empat. eh tak ah, saiz satu perdua[1/2]  lah hahaha. ok faktanya tangan usna tak runcing pastu kurus kurus macam wanita lain. ecewah. tapak tangan lebar pastu pendek. aumm aummm malu ni malu ni !! kalau ukur pun sah sah memang pendek ikut genetik kependekan tuannya.

apepun, usna tak kesah. itu kan namanya unik. yeay usna budak unik! yang errr.. ok fikir lah sendiri.

fakta tiga ;

tapak tangan usna pucattt. kalau banding dengan kawan putih lain macam. putih gilaa pucat. pernah check kat kawan umi dia terkejut. hahaha kata acik tu usna kurang makan sayur. makan frieskies je banyakkkkkk.
Ad pernah cakap jugak,

" husna, takut lah awak ade leukemia sebab putih sangat " sambil usap usap lembut gituuu kat tangan aii yang tak runcung ini. ngaumm ngaumm hangat nya terasa. " betul ke kalau putih sangat ada leukemia ? "
" ye lah darah putih banyak sangat "    ok takutttttt ni! korang rasa ?

fakta empat ;

ok ini last ye kawan kawan. orang kata tapak tangan usna halus lembut. habis kembang donat semangkuk. haha benci benci tak suka. setiap kali tu jugak, diorang perli. " haaa mesti tak buat keje rumah ni "  eh eh budak ni. hello, saye buat keje ye. paling banyak buang tayik. awak ade ? cis cis. dah supernatural nak buat cemana, terima jelah hei menyampah betul. saye sapu bilik, kemas katil, vakum ruang tamu, sembur febreze dan yang terbaru, buang air kencing sape tah kencing atas plastik. ok cuma satu je, tak kemas mejaaa wahaha. kemas je sepah. asal sepah je kemas. tak ke naya ? oleh sebab itu usna taubat takmo pakai losyen lagi. uhuuu bai sume losyen losyen ku. losyen pemusnah negara wakaka.



tak tau ape kaitan dengan tapak tangan.

okeh sekian saje rancangan hebat tapi benar bersama tukang kebun budak kecik pelik.

usna dulu dah comign back kot. semalam baca post post lama aumm aumm rindu nya! ok usna here now. assalamualaikum & hello semua! hiyarkkk.
ok ok janji cuti ni kita cakap banyak banyak ok ? suka tak suka tak ?


kalut. keliru.
Khamis, Mei 27, 2010 | 9:43 PTG | 2 comments
kadang kadang kita rasa sorang sorang kan ?

salam.
otak-otak & ayam percik ada dalam oven.

dearest , umie.
again , hari ni dok dua orang je lah kat rumah. dengan budak budak. ecewah panggil budak budak tuu! Upin sekarang spoilt wooo! manja habis. malam tadi angin apa secara drastik, dea pi tido atas riba. alang-alang kita tido sama-sama. haha letak Upin kat atas dada. aumm aumm sweet. EHEM, upin jantan ye. ;P

eh , sebenarnya , saye paling tak suka bila kena tinggal sorang macam ni. mula hidup tak terurus. pastu mula nanti fikir bukan-bukan. mula berfikir menyimpang jauh sangat. betul lah, bahaya kalau sorang sorang ni.

baru tadi rewind baca novel. EHEM novel budak budak aje. again, bila sorang sorang pastu baca novel. kalau ikut sangat perasaan macam macam aje boleh berlaku. yup, ingat lagi pakcik bagitau " anything can happen in our life. Anything! "

bila habis separuh saye khadam novel tu. saye pergi luar. tengok , kosong... sunyi je. tiba tiba aje air mata nak keluar. tetibe je!

hmm, saye bukan pelakon utama dunia. tapi mesti best kan jadi pelakon utama dunia ? semua macam berpihak kat dia. alahh spesis Cindarella laa. ada susah pun, kejap jee nanti ada senang. fuh fuh.

entah , jiwa tengah kacau. rasa macam macam benda pulak fikir. ecewah gelis gelis
member sekarang
| 8:12 PG | 5 comments
salam && hello coffeemateTM

jujur , selama hidup 14 tahun. tak pernah kot jumpa member yang betul betul sejati. eh ohh cakap sopan sikit , sahabat sejati lah. jujur. kawan baik pernah lah.

tadika ; kawan campur dulu. lelaki pun bantai. haha takde lah. pemaluuuu je ;P sorang yang dikata bestfriend lah jugak , nama Aqil. perempuan ye. rapat memang rapat gilee. tapi kalau bergaduh je , macam apa. haha salah sikit je masammm macam tempoyak. pernah satu, akibat terlalu leka dibuai buaian tepi tadika tu , sampai tertinggal van. hesh rasaa nak kencing kat situ jugak bila dapat tau kena tinggal. sedih wooo.

tahap satu ; darjah satu, again bantai je kawan dengan lelaki. lagi lagi bila kena jadi monitor kelas. habis semua budak bising dicubit cubit kaki. haha memang kejam. tapi paling , orang pertama yang ditegur bila first day masuk , namanya Mashitah, padahal dok depan je ponnnn. dah kenal siap main sembunyi-sembunyi penselbox mak kite belikan tauuuu.

orang dok sebelah, Aina. budak chubby. ingat ingat , si budak kuat tidooo dalam kelas. mangsa pengejut adalah saye. haihhh. Aina ni kira peniru atau kata lain stalker saye jugak lah. haha kecikkecik jadi stalker eh ! bila kaler kaler je, sumee nak ikot warne ape warna apa. haha ok lah, stop dulu. cerita budak sampai 55 hari pun tak siap.

tahap dua ; masuk fasa up sikit. wuiyooo siap ada geng tu hah hah. mula kenal member member baru. tapi ok setahun jee. bila sorang je pindah, sume macam ....... NOTHING! since kelas pun tak sama. masuk tahun 5, jumpa kawan baru pulak. haa sejak tu fikiran pun dah berubah. tak lah matang. hahaha tipu jeee. tapi ehem boleh la eh eh kata pemaluuuuu. aumm aumm. mula jadi budak baik. haha tapi tak baikkkk lah sangat.cuma rasa selesa gile kawan dengan diorang. belajar same same, kongsi rahsia same same. dan paling best , batch kami ramai! tu yang hepi selalu. masuk tahun 6, we're still together. tahun tu matanggg sikiittt je haha sebab nak Upsr. tapi betul lah, zaman primary memang precious moment. siyes.

tapi...... since masuk secondary, semua.... zuppp! hilang je. semua masuk hulu sendiri. nak contact pun susah wooo. paling rapat, Taqiah kat SMIH. siyes rindu dea dengan gelak comel T_____T sekarang ; alone aje kat secondary. still , sesuai kan diri lagi.

heh heh , cuti nanti macam macam nak cerita pasal past memory. InsyaAllah semua! haha terujaa terujaa.
 p/s ; ada sesiapa nak jadi member cyber husna ? haha eh siryes ni! tengah cari member nak study sesama.

orang kata , kita nak member sejati. tapi kita ni member sejati ke ?
tak penting
Sabtu, Mei 22, 2010 | 9:43 PTG | 2 comments
hesh pagi pagi otak tengah fresh ni lah yang macam takde semangattt sikit nak bukak buku.
otak tengah aktif nak pusing-pusing dulu. haha tengahari orang tengah tidur baru terkedek-kedek macam feel bagus je.
isk pelik pulak.

tak tahu kenapa, bila umie tengah guna pc. kami beradik akan macam wauuu solehah nya anak umi teman dok sebelah-sebelah. haha padahal sabarrrrr je ni tunggu umie siap guna pc. isk perangai macam ape.
bila umie angkat punggung je , terus serbu ramai ramaii ! yeay sape cepat , dia dapat. peh peh perangai macam budak budak ! siyes , tak matang sikit pun. selalunya kalau saye dapat dulu , dia merengek nak mintak. menangis + meraung bagai. ok saye mengalah. tak rugi sikittt pun.


selalu kalau dah mengalah , pertama mesti pergi dapur ! haha kira dapur macam perkara utama kena pergi. dapur dah macam bilik sendiri dah. makanan, kerusi, meja yang besaaar punya, & kabinet pelbagai saiz. lebih dari cukup. cuma satu je lah, kabinet bajuuuu takde. kini, dapur antara ruangtamu ada penghadang. penghadang papan karom besaa and beg besaa sebab nak pisahkan AIOUpin tu nanti pergi luar pastu lari tak tentu pasal. so dapur ada sliding auto kiteorang buat sendiri. haha

eh ok, kat dapur bukak peti sejuk. cari something yang menggiurkan. alahaii gila comel Apin, Ipin, Opin, Upin lari lari mintak makan bila terbukak jee pintu icebox. suara diorang pun macam comel, sengau sengau garau macam sakit tekak. kesian pulak, asyik makan koko krunch tak sedap tu. kalau koko krunch manusia ada cicah susu. kalau kucing dah la perisa tak sedap, air kosongggg paip dalam gayung je. tu pun kadang-kadang diorang masuk toilet cari air. Tiger lagi lah, siap terkangkang bongkang demi air dalam mangkuk jamban. ok ini siryes. * rasa macam eee perkata kotor cerita kat sini :P

sementara masih pagi dan masa panjang, saye ingat nak luang masa sikit bersama the little explorer. tengok peti sejuk ada baki tuna, haha so apalagi. sini semua beraturr kalau nak makan ! nom nom. tak habis lagi tau tau, sekarang husna mengeluarkan cheese wedges sape tah beli pastu tak makan. haha dari terbiar baik kasi perhiasan kat perut buncit diorang. disebabkan cheese wedges tu tiga segi, kita ketuk duluuuu !



haha apa dah jadi ? gilaa ganas T__T

yeay seronok betul dorang semangat je. meh sini acik aten suap kan ye ye. sini berator sekor sekor. heh rasa macam suap anakkk pulak. lagi seronok tengok diorang semangat makan. paling takut, diorang gigit tangan. lagilagi Upin , nafsu rakus. nom nom dorang kenyang. sampai jilat kaki tau. ok last, sape nak susu ??! yeay kami nak susu ! kami nak susu ! * wakaka

tengok ? kita guna susu kambing. sesuaiii untuk para kucing yang ingin kan kecomelan.

yeay budak kecik ! jom minum susu cepatttt. nganga mulut. fuh lengkap satu sajian. dah pergi main jauh jauh !




kerja last ; bersihkan hasil mahsul. euww euww seketul belakang mesin basuh. haha nasib baik kering. sekatakt ni saye orang kuat dan bersemangat kalau bersihkan 'bendeeee' tu. sebab.. sebab,
" kalau tak bersihkan, kita buang ye. tak payah bela "
aaaa. taknak lah. rela buang tayik daripada kene buang mereka. ok, lagi satu kerja. update tandas dorang, buang ape yang patut. haha iskkk macam saye ni orang gaji kepada haiwan belaan sendiri pulak. kadang-kadang rasa ehh sape yang tuan besaar ni hah ?  pelik pelik, dah sedia kan tandas pun berak lagi merata-rata. tu yang tak tahannn. bawah katil, tepi mesin basuh, tepi kotak, atas penyapu mop. hahaha tapi jangan risau , dah bersih semuaaaanya. kami yang lap ok. dijamin. setiap balik sekolah, perkara pertama adalah ; pergi dapur dan tengok bekas merah tandas dorang tu.

burpp burpp !

sedap kan susu acik aten buat ?

tidur pulak tu 

apin 

siyes , bela haiwan peliharaan memang leceh. betul betulll leceh. pernah dulu, ada kawan umi ni obses kucing jugak. datang rumah dia, aiyooo saye boleh terpijak tayik tayik itu. sejak tu, macam antii dengan kucing. haha ye la tuuu husna. alah kalau dah biasa , no hal lah. yang penting, ada balasan. diorang comel main lari lari keliling rumah pun dah macam balas jasa.

bila time bersihkan tayik je, selalu terfikri macam ni " eh ni kira macam latihan la kan. nanti ada baby dah biasaa basuh tayik dia. haha tak sia sia bela kucing. so kucing, terima kasih. moga satu hari dapat baby yang comel macam diorang berkat basuhan tayik yang .. err comel. haha
mario mario, tak terpedaya pulak. macam best lah guna saye. kte nak jadi budak besarrr punya ! hehe

err err saje je post mende tah merepek. meninggalkan satu kenangan. ok lah got to go. dah 12 lebih. jom pergi dapurrrr !

p/s; tunggang terbongkang terbalik pun , tetap cerita kucing jugakk ! haha

Label:

sebelum AWAY kene buat tag dulu !
| 8:14 PG | 2 comments
salam !

thanks untuk farah && huda :)
1. 3 names in your message box.
   muna ban , muny , tiqa *eh eh macam pelek pelek pulak nama kawan saye ye ! haha kawan sape la tuu

2. Your main ringtone.
    nama ringtone tu Trace.mp bende tah. auto untuk theme Adidas. * wauu terasa cool di situ :P  

3. What you did at 12 last night?
    yang pasti , hampir-hampir nak tidur lah. ;)

4. Who was the last person you went out with? Where?
    kalau pergi tandas boleh ? haha umie pun masuk sekali. lalala oh sangat sweet tetibe

5. The colour of T-Shirt you're wearing now.
    warna koko. so ? seluar taknak tanya ? warna biru. eh eh tetiba rasa pelek kenapa pakai koko dengan biru ! hahaha saye memang cakai. grab ape je yang patut. life is simple. && malam takpayah baju tidur semua. track pun ok.

6. The last thing you did.
    macam-macam. duduk terbongkang kangkung, basuh muka, tangkap Upin yang drastik lari-lari tak ingat dunia, ym dengan bekas akak senior sekolah. * terasa wauu banyak nye keje

7. 3 of your everyday favourite items.
    alahaii lemah betul bab favourite ni. sebab terlalu banyak & selalu je bertukar. tapi ikut soalan 'everyday' , so kasut sekolah, buku kecik, pensel oren yang letak kat poket sebab taknak bagi orang pinjam. wahaha kedut, eh silap kedekut.

8. The colour of your bedroom.
    terfikir apa lah motif soalan ni. korek korek rahsia ye ? basic empat[4] sisi dinding warna warni. haha ayah yang kaler kan. peach, soft orange, soft blue, hot pink. lain lain warna ada lagi, meja warna koko, almari peach krim. haa lagi lagi ?

9. How much money in your wallet/purse now.
    EHEM, mulamula 10rm++ pastu beli hadiah comelll tinggal 20 posen woooo. so kira berapa kah nilai telah saye belanjakan. tetttt.

10. How's life?
    life is unique. life is great. satu je quote yang macam berkaitan life yang saye suka,
" discover secret of life ? just hang around "
  
11. What will you do next weekend?
      isnin selasa rabu khamis exam. taknak tanya da ready ke belum ? *haha terlebih peramah padahal takde sapa akan jawab.

12. When was the last time you see your mum
      hah sebelah je ni. nape nak cakap dengan dia ke ? oo awak salah number laah.

13. Where is she now?
       tak faham bahasa pulak. kat sebelah ni hah hah. * eh bukan saye ke yang tak reti bahasa wakaka

14. When was the last time you talk to your parents?
      bercakap atau berbual sangat subjektif. sekarang ni pun tengah berbual.

15. Who is the last person that talked with you last night?
       sebelum tido biasa cakap dengan Apin, hah tak pun Ipin, kalau bosan Opin pulak. last last Upin tak reti dok diam.

16. The last surprise you got.
      surprise ? surprise bagi saye terlalu subjektif. zuppp tetibe orang ym pun surprise jugak. takpun kene kejar Upin. hesh lagi suprise tu , surpeise jantung.

17. Last thing you borrowed from your friend.    
     soalan salah ni. kawankawan yang selaluuu pinjam barang saye tau tau ;P

18. Who is your bf/gf/husband/wife? 
    bf - Upin
    gf - Opin
    husband - Apin
    wife - Ipin

19. What do you feel rigth now?    
       sejuk. kipas vrooom wau sangat sejuk.

20. Who know your secret?      
       umie :) tapi act jaranggg kongsi rahsia. kan kan saye ni pemaluuuuu. so Yayah the diary je yang saye humban semua rahsia. lagi best simpan rahsia kat hati jee

21. They keep your secret?     
       umie mesti lah simpan. kalau Yayah lagi laaa simpan. hati ? lagiiiiii dia simpan.

22. Are you angry with someone?   
act malass nak marah. buat muka kedut je haha.

23. What do you order at Mc'D?  
       terdetik , kenapa lah soalan macam ni. nak belanja ? mcd best order eskrim. burger best Ramly. tapi saye tak suka burger T____T

24. The last time you feel so sad?    
      sedih banyak or sedih sikit ? hmm sedih sikit selalu aje. sedih banyak belum sampai masa. wahh terasa hebat di situ :P

nak ambik ? silakannnnn ok :) btw big thanks to them. mulamula memang malas pun. tapi , daripada tak update lepastu penatt je kan dorang.

--------------------------

EHEM exam next week. ready ? boleh lah kata ready. lega sikittt sebab dah backup awal-awal minggu lepas. tapi still tak cukup. apapun , taknak cakap SELAMAT DATANG EXAM. tapi nak jerit , 
CUTIIIII ! SAYE DATANG ! hiyaaaa !

haha , tak sabar tak sabar ! hmm, banyak plan tahu ? ohoiii husna , sabar sabar. strike betul betul !

cartoon typing Pictures, Images and Photos

btw ; best of LUCK buat semua. 

so ,
AWAY !

lalala ~ ^^ salam.


pendapat korang , better guna ganti nama diri aku , saye or usna ? isk dalam dilema pulak

facebook cool kot tapi lagi cool eskrim matkool
Khamis, Mei 20, 2010 | 7:25 PG | 4 comments
salam && hello coffeemateTM

eh eh korang, best nyaaa online malammalam ek ?

semalam punya semalam saje hantar mesej dengan cikgu lama. entah kenapa malam nak tido rasa gatalll tangan ni haa hantar mesej saje kacau dengan cikgu tu. konon wish hari guru ye adik adik. heh

" hukk terharunya.. lama tak dengar cerita "
" huhu tu laaa. nak kontek kontek tapi rasa asyikkk tak sempat je "
" anyway thanks. miss u. add la saya kat facebook. nanti letak la apa-apa kat wall "
" mizz u lagikkk. facebook ? alahaiii kte takde lah.dah delete. "

cekgu ni pernah jadi cekgu favourite gila-gila. sebab cekgu ni favourite usna jugak. ecewahh geli geli. tapi dia memang peramah. cekgu ni pernah minta ajar buat blog. alahaiiii haha rasa lawak pulak.

lagi sorang bekas cikgu pulak rasa gatallll lagi hantar mesej. sampai satu bab ;

" emm tak best. dok depan komputer. tak suka langsung. best lagi kat sana jadi guru. awak tengah buat apa tuu. depam laptop ehh. facebook la tu.. "

HAHAHA rasa nak gelak guling guling pulak. kenapa macam semua cekgu pakat ni hah hah ? nak tau usna jawab apa ?

" haha , datang la sini balek. facebook ? eh cekgu tau jugak ? takde la, saye tak main benda tuu "

rasa macam kena perli pulak kalau orang sentuh sentuh pasal facebook ni. tau laaa orang dah padam. eh eh bukan padam, cuma deactive. hehh berkat orang tuuu ajar. tapi orang tu tak ajar pulak cara nak padam. haha so setakat ni deactive je laaa. bila bila pun boleh masuk balik.

siyes malasssssssssssssssss sangat nak on facebook tu. balik balik farmville, petville, aquarium yang kene cari harta karun sembunyi sembunyi , pastu kuiz peh peh tak masuk akal langsung. eh gila la husna tak main benda ni ! hahaha memang gila pun. sekarang malas banyak sangat. internet stuff ; cukup lah only blog, flickr , email/ym. mys pun dah jaranggg. sejak delete, hidup terasa bahagia eceh eceh. rasa tak terbeban sangat dengan bende tuuuuu. kalau tak, asyik terikat jee T____T

lagi lagi sejak adik sorang ni , dah terer ok TERER main internet stuff ni hah. menyesal pulak ajar dia pergi create facebook account. HAHAHA lepastu addicted game entah mana pulak. adoiiii adikku oh adikku.

eh patriotik la dengar perkataan facebook ! wakaka eh habis lah facebbok addicted baca ni. ampunnnn ya ampunnnn. :)
wakakaka back to the point , ekceli benda ni jeee nak tunjuk lalala.


wau gerek nya ! 

macam facebook jugak, cuma Malaysia yang buat ! cool kan kan ? so aiii husna sebagai rakyat Malaysia yang tegar lagi patriotik mengajak serbu lah ramai ramai jom ke myfriends2u.com
* wau wauu tersangat nye panjang itu nama.

ehem , ekceli usna tak buat pun akaun mende alah ni. saje membuat promosi aje ahaha sangat tegar itu patriotik punya semangat. sekian ^____^

eh eh TABIK MALAYSIA !

sori laa ai tau tabik untuk myfriends2u.com aje tak reti tabik untuk piala dunia badminton yang entah apa cerita sampai baling botol sos tu wakaka.


berbunga sangat hati pastu rasa nak menjerit jerit bagai wowwww sebab anak bongsu ustaz birthday sama dengan usna. dah pulak tu, ustaz ingat lagi birthday student nya yang runcing ini. hesh ni yang buat makin sayanggggg sayanggg ni tau.take note ; anak bongsu lelaki ye. HAHA baru umur 4 tahun. nanti sambut birthday sama-sama ok budak kecik ?

Label:

mak saye sangat spesel
Khamis, Mei 13, 2010 | 6:17 PG | 8 comments
salam && hello coffeemateTM


anda adalah apa yang anda fikirkan
entri ni taip minggu lepas. tapi tetibe guruh pastu kilat zuppp secara DRASTIK pergi tutup. HEHE penakut !

again , rumah sunyi. semua makhluk tidur. hoho cuma adek dengan adik sepupu je tak tido. diorang tengah main. main kolej kolej kata nya. HAHA habiss barang kemas yang tak berapa berkhazanah dalam laci usna diorang gosok. wau wauu alala datin gitu ye. siap ada driver bawak kereta jenama Katil. ok sangat bergaya. tapi memang comel. nak join segan pulak ;P usna time umur diorang tak main cenggitu pun T____T zaman berubah dunia dah maju.


---------------- dah tu je sempat taip minggu lepas ? HAHA bagus tak ? --------------


minggu lepas siryes tak on langsung. tak sempat lepastu busy ecewah menghafal pastu tetiba baba ajak pergi mana ntah. eheh tetibe terlupa ingatan. petang tu, hujan pulak. T_____T haih. terkilan sikit sebab tak dapat post something meaningful untuk hari ibu :(


ok ok skip cerita macam tak penting kat atas. sebenarnya , ada lagi penting daripada post bermakna hari ibu tu tau tau. haha nak tau ? betul nak tau ? ye ke nak tau ni ? ok saye cerita sekarang.

hari ibu jatuh pada 9 Mei minggu lepas. well , hari tu memang meaningful. bukan buat saye. tapi buat umie saye. sebab ianya adalah ..


yeay umie saye semakin comel umurnya. anak nya jugak layak dipanggil anak dara. wakakaka sangat geli lah. menyampah.

jujur, saye sayang umie. umie memang ratu hati. ape yang saye ingat masa kecik-kecik, pernah cikgu bagi homework kaler-kaler gambar orang satu buku. tskk anak kecil comel macam saye kena dera kaler. T__T sampai tengah malam tak siap-siap. tahu ? umie dengan saye sama-sama kaler buku tu. siapkan sama-sama. bila teringat balik , memang sweet :')

ada lagi , petang lepas balik sekolah , tengah konon sibuk kemas buku kat bawah. tetiba umie pangil. " Atenn !! " suara memang tak bermaya langsung. kuat tapi lemah. terus saye larii naik atass tengok kenapa. ya Allah ! umi pengsan ! umi terbaring baru lepas sedar pakai telekung. umie suruh apa memang saye tak ingat. time tu siryes dah menangis meleleh keluar semua khazanah cecair terlarang. saye cepatcepat amik al-Quran baca surah apa yang patut. siryes masa tu memang takutttttt. hesh adek kat bawah relaks je tengok tv ok ? rupanya lepas solat , umie tidur atas tangan pastu terpengsan gitu la kot. sampai tangan umie tak boleh gerak. terus bawak pergi klinik malam tu :')

memang banyakkkk memori dengan umi. eh dah 14 tahun tu umie menatang husna ! cukup masa umie menatang cucu pulak. wakaka terlepas. mungkin umie tak tahu, Aten memang sayang umi tau tau. mungkin kami tak dpat tunjuk je. sebab anak umi ni kan pemaluuuuu. 


-------------------------------

eh korang , esok sekolah kiteorang hari guru. saje buat awal. cikgu sengaja tak sabar tu nak sambut diri masing-masing. hoho nak tau lagi ? umie seorang guru jugak. so , 3 sambutan dalam seminggu ! wau umie saye sungguh gojes. lalala

sebenarnya, class teacher saye baru je pindah. takde la baru , adalah dalam 3 minggu lepas ? and expecting ! sebelum dea pindah tu , dea bagitau dea pregnant. haha how lovely. :) siryes , kiteorang sekelas macam anggap dea mama dan kawan. ustzh memang gila sporting & cool sekali !

see ? comel kan kan ? last day dea kat sekolah sebelum pindah. kiteorang belanja dea pizza lalala.

walaupun kiteorang baru sangat kenal ustzh Zai tahun ni , rasa mesra datang macam dah lama rapat. lagi lagi dea ajar subjek Sains , haha kiteorang serang ustzh habis-habis tanya macam-macam. HAHA paham paham sendiri la ye. takpun lebih afdal tak payah faham.

ustazah pindah Melaka. sebab ikut suami tercinta lagi terhensem. terima kasih sangat sebab layan kiteorang satu kelas yang memang tak pernah senyap kalau ustzh ada kat kelas. dah la kelas kiteorang ada macam-macam spesis iaitu kaki bedak , kaki cermin , kaki nyanyi melalak , obses agresif , suara cekudut , minat jerit tetibe , kaki tanya memacam , kaki gelak lagi menyampukkan , kaki pinjam barang , kaki buat lawak tetibe walaupun sebenarnya tak lawak dan kaki makan. wau hebat.

satu je yang saye ingat ustzh cakap masa lepas kiteorang nyanyi lagu tu untuk ustzah , ustzh kata ..

 " kadang - kadang Allah ambil sesuatu sebab tak mahu kita terlalu bergantung harap atau lalai disebabkan benda tu "
SELAMAT HARI GURU , USTAZAH :) 

sekarang , ganti cikgu baru. ha'ah tengah sesuaikan diri dengan dia pulak. Ustazah Mai, welcome to our world. hee harap tabah selalu kerenah kami ok ? ustzh Mai lembut sikit , suka warna pink ! dan berjiwa ros dan bunga :)
tahun ni langsung takde beli hadiah apa apa :( sebab masa memangggggg tak cukup. next week exam pulak

p/s; tetibe hidung darah ! ayoookkkk. salam ~ hehe

Label: ,

senyum takpe. tersengih sengih nampak gigi kan susah
Jumaat, Mei 07, 2010 | 6:47 PG | 8 comments
salam && hello coffeemateTM

Keep smiling , it makes people wonder you are up to.
macamane entah , time dekat saye je boleh ubat setepler habis. hesh saje je setepler ni tau tau. mensibuk hari yang indah. orang tengah syok jawab paper ni haih haih. ustazah , kesian lah saye. hari saye dah rosak. ok takpe lah , sambung je setepler tu.

" heh sampai awak je habis ubat " ustazah tetiba kata sambil betulkan.

" HEHE *muka suci pasrah gitu heh. sila menyampah* "

muka suci macam kene simbah eyemo.

" kakak Mirza yeh ? "

" aaa (?) emm ye ha'ah " *muka suci habis dah ni.

" patut serupa. asyik senyum senyum "

persoalan di sini ; baru tau adik saye yang comot suka suka senyum pulak ye ? haha ok tahniah kerana secara drastik mengikut jejak langkah kakak slenge ni. sila maklum , orang kata dea serius. kakak dea pulak slenge memanjang.

al-kesah itu buat teringat cerita lain. haha sekarang baru tau memang sah husna slenge rupanya.

" nampak husna mesti senyum je "

" ape sengih sengih ? "

" eh eh gelak pulak dea " semua buat muka pelik.

pernah jugak sorang ustazah cakap pasal student dea kat bilik guru. aiyokk kantoi kantoi. haha sape bagitau ? pembagitahu dirahsiakan. terimakaseh.

" eh husna tu pendiam ye. kalau cakap tak keluar suara "

ok entah apa maksud ustazah ni. hesh tak caye saye. Rasa macam bising je kat kelas tu haa. ;P lalala kan kan ter terkantoi. ok fikir positif ; ustazah perli tuuuu ha ok ok haha sabaa je :)


pernah buat pic ni sebagai profile pic kat ym. rasa comel aje

rasa-rasa kalau husna senyum macam ni lah kan , apa akan jadi ? pilih jawapan yang betul lalaala
a . dunia menjadi celaru kerana pertama kali melihat senyuman sebegini rupa
b . semua orang terasa sejuk perut lapang usus membalas senyuman husna yang ini
c . para wanita memakai satu penutup khas bagi melindungi daripada terkena sinaran senyuman yang berbau
d . try buat jawapan sendiri. jawapan kreatif akan dibagi markah bonus terimakaseh.

p/s ; rasa terkedu kenapa buat entri tak ada nilai moral ni huhuhu. entri pendek tapi macam terambil masa yang lama. kesian pressure memang cenggini ye lah kot.

padan muka haaa kan kan sape suruh tak makan. kan jalan terhuyung rasa nak zuppp tido je. muka rasa semacam takde darah sejuk dingin T_______T selera takde sebab tengok kantin penuhhh :( dengki eh ?
terjumpa sorang budak cute darjah bape ntah. kaki dea sakit. naik tangga guna satu kaki je. eh tak bukan bukan. dea ada kaki tapi guna kaki kanan je nak jalan. saye suka tengok dea lah , sweet betul. dah la comel grr rrr. sopan santun baik hati semua ada. lengkap ; saye cop sbgai menantu ok ? 

Label:



Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha