Bicara Bumbung
profil Rasulullah
Jumaat, Februari 26, 2010 | 10:03 PTG | 3 comments


salam & hello coffemate TM

:) sebenar nya dari semalam nak post entri nie. tapi tak sempat :). apa salahnya kan berkongsi sempena Maulidurrasul. Adakah anda benar-benar kenal Nabi kita ? jom kenali Nabi kita !

nama panjang Nabi Muhammad ialah Muhammad bin Abdulllah bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf bin Qusoi bin Kilab bin Murrah bin Ka'bi bin Lu'ayyi bin Ghalib bin Fahri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhorri bin Nizar bin Ma'addi bin Adnan.


هو محمد بن عبدالله بن عبد مطالب بن عبد مناف بن قصى ابن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر ابن     كنانة بن خزيمة بن مدريكة بن الياس     بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان     

Nama ibu Nabi pula ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Kilab ialah datuk kelima Rasulullah daripada sebelah bapa nya , Abdullah. Manakala Adnan pula datuknya yang ke-20 daripada zuriat Nabi Ismail Alaihissalam. :)

Nabi Muhammad dilahirkan pada pagi Hari Isnin bersamaan 12 RabiulAwal. Setengah pendapat ulama' mengatakan Nabi lahir pada 9 RabiulAwal bersamaan 20 April 571 Masihi.

Selain menyusu dengan ibunya Aminah , Nabi juga pernah disusukan oleh Thuwaibatul Asanah ( ثويبة الأسنة ) yang merupakan hamba kepada Abu Lahab. Selan itu , Ummu Aiman dan tak lupa juga Halimatus Saadiah ( حليمة السعدية ) yang pernah menyusukan baginda sehingga berumur 5 tahun.

Ibu Nabi Muhammad meninggal semasa di Madinah dan dikebumikan di Abwa'. Ketika itu mereka dalam perjalanan untuk menziarahi kubur ayah Nabi iaitu Abdullah.

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

:) :) semoga bermanfaat. sharing is caring kan ?

credits ; kitab Sirah SMRA & google :)




Older Post | Newer Post



Writing is an art bebeh. Lantak ler kita nak tulis stail lagu mana. Asalkan orang paham sudah.






Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha